Budak Keparat ii

Tuesday, May 16, 2017 - si tukang karang : zey at 3:13 PM
This post saved in my draft since 2014.

Assalamualaikum dan salam keamanan kepada semua! *ceyt*

Sambung cerita dari entri lepas, pasal dunia keparat. Kali ni aku nak cerita pasal pendapatan aku sebagai trainee budak keparat. Duit yang masuk dan duit yang keluar. 

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.
MISKIN TEGAR : RM500-RM1000
MISKIN : RM1000-RM3000
SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000
SEDERHANA : RM6000-RM10000
SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000
KAYA : RM15000-RM20000
SANGAT KAYA : RM20000-RM50000
JUTAWAN : RM50000-RM100000 
Sumber : Terfaktab 

Eh. Tetiba masuk statistik hantaran kahwin? Gah. Kalau ikut pendapatan aku sebagai Budak Keparat aku dah boleh dikategorikan sebagai miskin tegar. Serious talk. Banyak benda aku kena jimat. Daripada awal office naik kereta (terima kasih banyak kat Fae), dah turun kepada motor, last sekali turun kepada bas. Dua kali naik bas ke tempat kerja. Nasib baik kerja aku tak main punch card. Asal meeting kau masuk, kerja siap, jam berapa kau nak masuk keluar suka hati kau lah. Naik kereta cermin pecah, tayar pancit, semua aku terpaksa telan nak jadi budak keparat punya pasal. Balik lambat tertinggal bas terakhir, naik motor basah lencun sebab hujan tu kena biasakan. 

Dengan elaun 'miskin tegar' tu aku cuma mampu lunch kat warung office sebelah. Dapatlah aku jumpa nasi goreng tom yam harga RM4.50. Air limau ais RM1.20. Kira standard optimum la zaman aku study dulu. Itu pon hari-hari aku bawak bekal air masak dan seboleh-bolehnya aku bawak bekal makan. Nak jadikan cerita warung sebelah pulak tak sambung kontrak. Dah nak kena tutup. Habis sudah, sumber kebergantungan aku. So aku mula lah berjinak-jinak makan kat luar yang jauh sikit. Hamboih. Nasi goreng biasa sampai RM8.90. Air sirap bandung sampai RM3.50. Dah double dah duit aku keluar. Dengan kerjanya sampai ke malam. Huh. Nasib baik pantri department aku agak happening. Thanks to Kak Aida. Tahan jugaklah buat muka kenyang sampai ke rumah. 

Kemain busy kononnya

Tambah pulak, aku gastrik, kena ready-ready jelah ubat gastrik kat peti ais tuh. Basically, department aku ni buat event. Event besar-besar punya. Kat situ jugaklah aku belajar nama-nama negara Tan Tan dalam peta dunia tuh. Event nak buat kat hotel 3,4,5 bintang. Tukang book, tukang buat quotation budak-budak selevel aku lah. Amboih kemain steady cakap omputih. Dress-up ni satu hal. Kena pakai macam dorang. Tak kiralah kalau aku cuma tulis minute meeting je. Bila ada event, blazer tu penting, style dah macam high authority. Duh.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME