Budak Keparat i

Tuesday, May 16, 2017 - si tukang karang : zey at 3:12 PM
This post saved in my draft since 2014.

Assalamualaikum!
''They say it's what you make, I say it's up to fate. It's woven in my soul, I need to let you go''-Demons-


Dah lama tak menulis, yang paling payah sekali macam biasa introduction. Kih. *Tengok tajuk entri* Ok. Budak Keparat. Haha! Sebenarnya nak tulis budak korporat. Pengalaman dalam dunia korporat, banyak benda aku belajar. Tapi pengalaman yang aku belajar tu baik buruknya insya Allah aku jadikan landasan untuk masa depan bukan benteng untuk aku sesalkan. 

Macam mana aku  boleh masuk dunia keparat? Lepas aku join gomen program, untuk Part 2 aku sambung placement kat Cyberjaya. Masa awal happy gila bak hang sebab dekat dengan Putrajaya umah akak aku. Korporat ni satu dunia lain. Dunia yang kalau kau nak selamat, kau kena pancung orang dari belakang untuk kau naik sorang. Nak survive memang payah. Tapi ada yang survive. Dunia ni ganas, bukan untuk yang lembut, lembik. 

Minggu pertama aku dah balik pukul 10 malam. 4 waktu solat aku kat office. Buat ppt untuk Boss. Kat dunia ni kau kena tahu sapa yang bayar gaji kau, sapa yang naikkan bonus kau. Orang macam ni lah kau kena pura-pura baik. Kau kena pandai mingle around dengan orang atas. Kalau budak-budak kat supporting level bencikan kau, kau tak payah ambek kisah sangat kalau pangkat-pangkat senior level sukakan korang. Hebatnya orang atasan sebab dorang ada orang bawahan yang hebat-hebat. 


Ada senjata, kena guna baik-baik

Nak baik dengan orang ni bukannya susah sangat. Kena rajin bukak mulut. Kena pura-pura concern.
"Boss dah makan? I nak keluar ni, boleh tapaukan untuk u"
"Dah pukul berapa ni Boss tak balik?"
"Boss dah breakfast?"
"How are doing today, Boss?"
"Boss, u nampak penat, semalam u habiskan projek tu ke?"
"Lawa colour baju u harini, Boss. Mana u beli?"

Dan macam-macam lagilah yang aku sure korang lagi pandai. See? Tak susah mana pon nak Boss's pet. Satu benda yang korang kena ingat. Korang jangan bagi Trust korang kat dorang. Depan dorang pakai topeng-baik korang tu, lepastu korang kena bukak balik topeng tu, jadi diri sendiri. Korang jangan mengharap tinggi menggunung sangat. Yang macam aku cakap, dorang ada senjata, dorang boleh pancung korang, bila-bila masa. Tunggu masa.

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME