Harta

Thursday, August 1, 2013 - si tukang karang : zey at 9:12 PM
Firman Allah...
“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anak mu itu hanyalah dugaan dan disisi Allah pahala yang besar” [An Alfal: 28]

Assalamualaikum semua!

Dugaan. Dugaan. Dugaan. Allah memberikan dugaan pada hamba-hambaNya dengan pelbagai jenis. Antaranya dugaan harta. Harta sikit, dugaan untuk kita berusaha lebih. Usaha lebih, redha, tawakal. Selalunya time ni lah kita tak lupa dengan Tuhan. Doa tak putus-putus. Solat hajat lagi. Solat sunat lagi. Sebab kita sedar dugaan kita. Kita sedar kita kena berusaha macam orang lain untuk berjaya. 

Dugaan harta dilimpahi harta yang banyak. Yang ni bahaya. Dugaan yang ini selalunya kita tak sedar. Bila kita kurang, dengan perasaan tak malu, kita meminta-minta dengan Tuhan. Masya Allah. Tapi bila Allah turunkan rezeki pada kita, rumah, kereta, makan pakai cukup, takda kurang...kita mula lah lupa. Kita lupa harta itu tidak bersifat kekal sebab harta itu tidak akan di bawa mati dan harta itu juga tidak dapat membawa kebahagiaan yang abadi.

Bila kita mula seronok dengan harta, mula kita lupa. Kita rasa kedudukan kita dah tinggi sangat. Lupa pada tangungg jawab ibu bapa. Tiada balasa untuk ibu bapa. Mak ayah mintak balik sebulan sekali pon bising, belum lagi cerita 'elaun' yang sepatutnya (diberi pd ibu bapa) setiap bulan. 

Mula kita lupa berdoa. Mula kita lupa bersyukur. Sedekah tu sedekah. Tapi sedekah pada anak yatim yang diutamakan, golongan cacat di pasar malam yang diwajibkan. Padahal cara sedekah yang sebaik-baiknya adalah bermula dengan keluarga sendiri. Orang yang paling dekat. Ada adik beradik sambung belajar, itu sudah dikira Fi Sabilillah, paling diutamakan untuk sedekah. Tapi kita tak nampak. Yang kita nampak orang lain yang meminta-minta.

Bila kita mula seronok dengan kedudukan kita, mula lah kita lupa dengan kedudukan lama kita. Cerita lama kita. Luka lama. Kita lupa. Kita hidup seolah-olah terus ke atas, tak pernah ke bawah. Masya Allah.


Ya Allah Ya Tuhanku, hamba bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia kerana ini  adalah satu-satunya harta yang hamba miliki. Ya Allah, kaw peliharalah iman hamba daripada perasaan riak, bongkak, takbur yang boleh memusnahkan segala kebaikan hamba...
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME