Monolog Gadis

Tuesday, February 19, 2013 - si tukang karang : zey at 6:10 PM
"Bermula di Facebook kau tegur ku dulu tak tahu malu. Tak kuasa nak layan aku buat tak tahu. Kau terus cuba dan mencuba sehingga ku jatuh cinta..." Tasha Manshahar, Be Mine.


Assalamuaikum and hello to people who fall in love every single day! :D

Jap. Jap. Nak promote buku Lejen lagi...

Dalam panggung, Gadis tidak dapt tumpu kepada wayang. Bola mata Gadis ke tepi, merenung Jaka dari sembunyi. Jaka menyedari tindakan Gadis lalu tersenyum. Dia menyuruh Gadis berhenti dan sambung menonton.
"Wayang ini bagus", katanya.
Monolog Gadis :
Harga tiket RM10 terlalu murah untuk saya melihat kamu selama 2 jam, tanpa kelip. Saya tak mahu sia-siakan 1 saat pon kerana kamu lebih indah dari segala kisah yang pernah saya tonton. Lebih indah dari segala puisi yang pernah saya baca. Lebih indah dari segala lagu yang pernah saya dengar.
Hati Jaka milik orang lain.

Pernah cuba tgk wayang sorang2? 

Entri ni sebenarnya takdelah apa sangat. Almaklum, takde apa yang terbaru pasal aku. Sebabkan aku banyak baca buku Lejen tu yang aku promote satu dua buku dorang. Aku ada gak beli buku Nami : BauSemangatAnakMuda, dah abis baca da pon. Pada siapa yang agak2 jiwa indie, jiwa muzik, berbaloi la beli buku ni. Tengok cover aku ingatkan buku ni pasal bola, rupanya takde kena mengena dengan bola pon...wkcwkckwc...(apa punya bunyi woi?!) Aha! Selain buku, dalam entri ni aku nak promote satu music video from local artist of course. Naahh. Enjoice! :D




P/s : Pernah tengok wayang seorang diri? Kadang2 rasanya lagi syok-best-gila-gempak daripada kau merayu kat org lain mintak teman kau tengok wayang. Betul. Tak tipu ;)
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME