I Have No Time!

Tuesday, February 28, 2012 - si tukang karang : zey at 1:06 AM
Assalamualaikum dan salam mesra kepada lovers dan haters.

Jeti Tg Gemok.
Mencari ketam untuk projek akhir.

Entri kali ni, aku nak straight to the point yer, bukan straight to my heart... =p a few weeks ago, aku ada disagree about one of my 'incredibly gorgeous' blogger. Disagree about one part he told about baju renang muslimah. 

To be honest, aku sekarang dah final semester and my everyday life is like bloody tiring! so I have no time to entertain those attention whore or whatsoever.

But anyway, big thanks pada yang tegur aku tutup aurat tak betul. Nasihat diterima, aku perlukan. :) dan aku setiap hari berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Syukur, aku masih layak terima nasihat sebegitu. Terima kasih pada yang menegur.

Kalau nak keluarkan apa yang ada dalam kepala aku ni memangla panjang, nak tulis pon takda masa sebab masa rehat aku sekarang amatla penting. Kalau nak sangat dengar aku berhujah, jom lah chill dengan aku minum air carrot susu segelas dua. :)

I'm not attention seekers and I hate to be one. Fame? I don't want it. Take it all, I don't need it. Kengkadang syok jugak dilabel rebellion, keras kepala sebab selagi apa yang kita buat tak melanggar hukum syarak, buat apa kita nak berhenti.

Dunia ni luas, banyak benda kita belum kaji. KITA, maksud aku bangsa kita, agama kita. Sampai bila kita nak beri lampu hijau pada bangsa lain semuanya sebab bangsa kita yang terkenal dengan segalanya-yang-tidak-boleh. Sunnah kita kaji, al-Quran kita kaji. Hadis kita cari, mana yang sahih, mana yang tidak. Ustaz kita dengar, tapi ingat jangan berpandukan pada satu ustaz sahaja. :) 

Sunnah kita kaji. Antara cara nabi bersukan ada tiga : berenang, memanah dan menunggang kuda. Apa relevennya pada zaman sekarang? Sunnah, jangan ambil mudah. Kalau kita kaji betul-betul ketulan ais yang berada di hujung kutub dunia semakin mencair. Sebab apa? Sebab pemanasan global. Kalau kita tengok ketulan ais yang menyeliputi kedua-dua belah kutub mampu menenggelamkan seluruh dunia. YER, SELURUH DUNIA. SATU DUNIA. dan satu-satunya cara untuk survive pada waktu itu? yer, berenang. tepat sekali! Itu sunnah nabi. Nyawa itu penting dalam Islam, selamatkanlah sekurang-kurangnya keluarga kaw. Memanah dan menunggang pula? Belajar memanah akan menajamkan mata dan ada para bijaksana mengatakan tentang peperangan akan datang yang kembali pada cara lampau. Yer, dengan cara memanah dan menunggang kuda. Wallahualam~

Sekarang kita berpatah balik pada asal. Bangsa kita, sampai bila kita nak bagi sedara-sedara Neil Armstrong ja takluk bulan? Sampai bila kita nak beri sedara-sedara Alexander Graham Bell ja cipta kemudahan untuk komunikasi? Kita ada Ibnu Sina yang telah menulis berbagai-bagai ilmu perubatan, kita ada Ibnu Khaldun yang mengkaji sains moden. Cuba fikir luar kotak, kaw ingat toko-toko dunia ni hanya melihat dan goyang kaki saja ke dengan perubahan dunia? Mereka bukan yang mengikut aliran dunia begitu saja. Mereka cuba melawan arus dengan membawa sesuatu yang baru. Kenapa kita tak teruskan perjuangan mereka? Mengkaji dan memberi ilmu untuk satu dunia. Bangsa kita, cuma tahu menuding jari bila ada yang bersalah. Mengetawakan bila ada yang mencuba. Mengharamkan bila ada yang nak memulakan. Cuma apa yang paling sedih, ilmu-ilmu yang toko Islam kaji telah diputar belit oleh mereka yang berpengaruh masa ini. Dan kita ikut, kita tak perasan. Itu musuh kita, memang berusaha segala macam nak menentang kita. Tapi kalau dalam bangsa kita sendiri ada yang memutar belit kata, melarang apa yang dilakukan oleh nabi. Fikirlah. Kita ada akal. Kita cari jalan penyelesaian bukan memudahkan segala benda dengan mengatakan tidak. 

Aku patah balik pada yang asal. Mungkin sebab aku perempuan dan ini mungkin akan membataskan aku untuk melakukan bermacam benda. Dan apa kaw akan jawab bila aku kata apa yang lakukan sekarang ini untuk membina kolam mandi muslimah sahaja? Kalau bukan aku yang mulakan, sapa lagi? Belajar berenang bukan satu perkara yang kaw boleh mahir dalam satu hari sahaja. Kaw memang takkan dapat belajar berenang di kolam air panas, mahupun air terjun. Itu hanya suka-suka. 

Allah tidak memberikanku pengganti untukku yg lebih baik drpd Khadijah. Dia percaya kepadaku kala org lain mengingkariku. Dia membenarkanku kala org lain mendustakanku. Dia menyerahkan hartanya kepadaku kala org lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunanku melalui rahimnya kala aku tidak dapat drpd isteri-isteriku yg lain. -Rasulullah-
Wallahualam~
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME