Steamboat Antarabangsa

Friday, September 21, 2012 - si tukang karang : zey at 3:50 PM
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! *eceh*


Weekend lepas, public holiday hari Isnin, so ramai yang berebut-rebut nak buat macam-macam pada tarikh ni, wedding misalnya. Big sorry pada Kak Intan dan Kesten Emira sebab tak dapat datang pada hari besar mereka. Sekali lagi sorry. Aku sendiri pada asalnya dah plan untuk ke Perak [wedding Kak Intan] tapi apakan daya, pada hari yang sama family aku decide nak spend time bersama. 

Pada 12hb yang lepas, birthday Mak, so weekend lepas ktorang selebret. Weekend yang lepas sebenarnya agak busy. Hari Sabtu pergi ke Tanjung Malim, Ahad ke KristalHeight, Isnin pulak singgah ke Melaka sebelum balik ke Muar.

Dalam entri ni, aku nak letak a few pics masa ktorang selebret birthday Mak kat Steamboat  Antarabangsa Bangi. Menu best, harga pon berpatutan, makan non-stop pada satu harga, ada dessert, air, ada grill, macam-macam. :D

Steamboat Antarabangsa
Jalan Medan Pusat Bandar 4a, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
016-275 4370  


Abah dan Mak ;)
 
Yang belanja tuu...
 


Kita :)


The one yang allergic ketam. So sad...


Tang makan, dia ni paling serius. Serius!


Grill?


Almost done. Bluurrppp. Alhamdulillah!
Da kenyang semua. Rasanya masa untuk bagi bintang. Aku bagi 4.3 over 5 bintang la. Pilihan menu yang sangat banyak. Boleh topup banyak kali. Memang best, best dan best. haha! :D
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Trip to Utara ii

si tukang karang : zey at 10:51 AM
Assalamualaikum dan salam ramadhan semua! :D


Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, entri kali ini aku akan upload kan sambungan trip family ke Kedah pada bulan Julai yang lepas untuk menghadiri Majlis Konvokesyen di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah. Alhamdullillah, everything went well. Tahniah buat adik lelaki aku yang akhirnya dapat menamatkan pengajian dalam kos Ukur Tanah [actually I don't know the specific name of his course la. kehkeh]. Kalau aku kat rumah mungkin aku dah jerit tanya nama panjang kos beliau! Bila difikirkan balik mungkin ada hikmah di sebalik ketidak hadiran aku di majlis konvo tu. Ini mesti sebab nak mintak adik aku sambung belajar mungkin. Yer, mungkin. Hewhew.. Anyway, enjoy the pictures!

Yang ini sekolah rendah pon tak grade lagi. Haks. gaya tu ada.

The Family. Look at Chibby holding his 'scroll'. Hah!

Orang yang diraikan : Sabiq Haziq bin Jamaludin 

The speech? Kemain!

The Family :)

The Baby of the family?
Lepas ni aku taktaw lah sapa antara siblings aku yang ikut jejak kitorang [Ajib dan aku] further studies kat Utara. Tapi aku rasa kalau ada yang pasang angan-angan nak further studies over the seas mungkin lebih baik. Ceh. Ceh. Nanti kang ada pulak niat nak sambung belajar kat Sabah Sarawak. Heww. Adios semua!
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Trip to Utara i

Wednesday, July 25, 2012 - si tukang karang : zey at 3:04 PM
Assalamulaikum dan salam ramadhan semua!

Dah awal ramadhan dah... pejam celik nak seminggu dah kita berpuasa. So amacam semua?  Feeling great? Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas. Entri kali ni aku cuma nak upload a few gambar masa family pergi Kedah minggu lepas. Family aku je, aku tak pergi sebab tengah praktikal la wey, aku ter-ponteng sehari pon, parents dah bising. Yes, bising for good :) Rombongan ke utara kali ini bukanlah sesaja tapi ada misi, yelah sebenarnya kalau takde misi, agak payah kami sekeluarga ke utara sana tu. Dan misi kali ini ialah untuk menghadiri majlis konvekesyen adik lelaki aku di Kulim, Kedah. Details pasal konvo, insya Allah pada entri akan datang. Entri yang ini cuma nak habaq surface ja. [ceyt~]

Actually bila kata nak pergi utara, family aku sangatlah excited. Kalau takde peluang macam ni, memang tak kot kami ke sana. Sebelum ni pon dah 2 tahun aku ulang-alik utara-selatan. Lepas tu adik lelaki aku pulak ikut langkah study kat utara. Anyway, selamat menjamu gambar muka-muka gembira mereka ni :D



Chibby dan Iqa

Feri Penang

Chibby ambil gambar pelancong ke?

Pemandangan dari feri.

Yang 3 hadapan ni aku kenal, yang hujung sekali aku tak taw lah, kenalan dorang kot?!

Suka beno naik feri yer?

Camwhoring~

Hotel Seri Malaysia

Selagi ada pool, selagi tu dia nak swim!

Pada aku, Penang dan feri tak boleh dipisahkan, tu adalah tarikan utama kat Penang. Walau ada jambatan pon, bila pergi Penang kami memang akan naik feri. Bak kata orang satu kelainan, negeri lain mana ada. Kalau setakat jambatan tu, Jambatan Muar tu dah selalu! Ok, jumpa lagi entri akan datang! :D
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

I Am Done!

Tuesday, July 10, 2012 - si tukang karang : zey at 11:09 AM
Assalamualaikum lovely people!


It's been a long time since my last entry about college's dinner... meeting with Sleeq. Not because I am so lazy-bum to update, but because hectic-final days I've been through. Hectic days baby. Bloody tiring days of a walk to graduation. Sampai rasa mandi tu macam buang masa. Yes, that was the time that clocks ticking with golds! Yes, time is gold... too many to settled in a short time! About internship, assignments, reports, VivaVoce, thesis, lab, data, analysis, exams... tambah lagi dgn with the pressure of no-money. haha! Tp sebenarnya that month parents da bank-in duit banyak kali. Still broke-ass. Taktaw apa silap. :(

But darlings, I've been through aaalllll that at one peace! Haha. tipu. Mana boleh tenang... Alhamdullilah, internship aku dapat kat Mardi [which was my second choice], assignments and reports : I managed to submit it before date line, VivaVoce in front of three lecturers... alhamdullillah lidah lancar terang satu-persatu. Jilid tesis at the cheapest shop! haha! Walaupun jauh kat Serdang tapi dapat gak tengok-tengok-kenal-kenal dengan staff Mardi. Bak kata orang sambil menyelam minum air. Believe me, without those cool-people around, I am half-dead. haha! Thanks a bunch to those people... semoga Allah permudahkan urusan di dunia dan akhirat. Thank you Allah! :D


Blue Rose : Final year post-grad dinner 2012

P/s : Currently staying with Along at Putrajaya finishing my intern at Mardi Serdang for 3 months :)
P/s/s : Pic credit to MunSab
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Senior Night and Sleeq

Tuesday, April 24, 2012 - si tukang karang : zey at 7:49 PM
Assalamualaikum lovely people!

Last Saturday was the first time I joined Senior Night. Yelaa, dah super senior kan. At first memang lah malas sangat nak dress up, nak makeup segala bagai ni... Man, I was so lazeyhhh! and about fashion and stuff, I know nothing. Saya cuma pakai apa yang saya rasa konfiden dan dibenarkan oleh mak dan abah. Untunglah sapa ada pakwe, boleh tanya pakwe, haha! So dalam lebih kurang pukul 6 petang barulah aku mandi, bersiap, cari baju, make up semua dengan pergerakan yang super-duper lambat. Pukul 8 malam siap dan terus mendaftar kehadiran di Dewan Canselori Tun Abdul Razak. Masa tuh, dalam fikiran cuma nak makan dengan percuma! yehh..kihkihkih... =pp

Macam biasa starting diner, ada lagu Negaraku, Varsiti Kita and..and... surprisingly, Sleeq joined our diner! Ok, memang terkejut gila, the day before my sis asked me about Sleeq coming to UKM and I really thought that they were joining Battle of The Band at Kapreza. Tp rupanya tak, Sleeq was there to performed! Gosh, I am so lucky! :D

Sleeq performed at UKM





With my two Prince Katak - Syarif and Alyph Sleeq



Lepas makan kenyang-kenyang aku pon nak angkat kaki cepat2, nak cuci muka, tak kesah lah majlis tak abes ke pebenda. Hadiah bertuah ke hape...tak kesa. Janji perut saya dah kenyang XD Dan-dan aku keluar tetiba yang si AJK diner ni tahan aku "Kak, tak boleh balik dulu" dan aku "Eh, napa pulak? Orang lain boleh je balik..." Ajk "Akak top five!" Dang! there were so...so...many beautiful girls yang memang dress to impress... man.. why me?!


Top Five Of the Prom Queen


Yang ni lagilah aku malu.. =.=' Memang seriously nak cabut terus. Aku punyalah cari pintu keluar, semua tutup. heee.....! I dun wanna be on stage like this! nooo...... >;( dan bila nama prom queen naik. Muka aku terpampang kat depan skrin besar tu, aku dah angkat alas meja nak nyorok bawah meja, nak je aku mintak Yana on stage... tapi...malangnya, those spotlight...! Dang! uuuwaaa..... rela je laa.....

Trophy and Garnier set
Anyway, beta...ehemm... saya nak ucapkan terima kasih kuasa giga pada semua AJK dinner yang bertungkus-lumus menjayakan dinner kali ni. Memang beta saya puas hati dengan makanan yang best, puding best... hehe... hadiah cabutan bertuah pon best siap bagi Smart Tag lagi taw..very smart lah! Yang paling bijak sekali ialah korang boleh bawak Sleeq to our dinner..yeh, korang memang gempak! Keep it up. keep it up.  Yela, dorangkan Singaporean, kalau tak join dinner entah bila boleh jumpa dorang kan. Cara managing dinner, masa, tentatif program semua memang smart, tak boring. Once again, I am very honoured and humbled to be crowned as the Prom Queen :)


apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Dear Future Husband

Saturday, April 7, 2012 - si tukang karang : zey at 12:00 PM
Dear Future Husband, 

I don’t want to be your girlfriend. 
I just want to be the one you call your wife. 
Your presence will give me happiness. 
You’ll be my halal prince charming. 
Riding your horse of Taqwa. 
Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah in your left. 
I hear you’re worth the wait, so I'll wait Insha’Allah. 
My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. 
It belongs to Allah SWT and only Him. 
You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. 
Only through Him though. 
I hope you’re up for the journey. 
I know I am.


Future? Blur image in my mind. 



From a friend of mine, Awin. 
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

4th Putrajaya International Hot air Balloon

Sunday, March 18, 2012 - si tukang karang : zey at 6:24 PM
Assalamualaikum and happy good day lovely people!

Minggu lepas cuti sekolah, seminggu. Weekend ni pulak, family day! Jalan-jalan je kerja dengan phone aku entah ke mana, charger pulak tak bawak. Nice kan? Kebetulan minggu ni gak festival belon panas kat Putrajaya. Sesaknya daripada hari Jumaat tu jangan cerita lar. Sepanjang jambatan pon dah penuh orang duk parking. 

Fakta best pasal belon panas ni ialah kat Malaysia ni cuma ada 5 orang saja yang ada lesen untuk menaikkan belon panas ni. Nak naikkan belon panas ni pulak bergantung sepenuhnya pada cuaca. Bila tengahari tu harapan je la nak naik belon panas. Cuaca terlalu panas tak boleh, hujan kilat lagilah tak dapat. Dalam pukul 8am tu dorang dah ready naikkan belon. Nasib baiklah rumah Along kat Presint 9, bila nak taw belon dah naik ke belum, tengok dari tingkap je dulu..hihi~ 

Yang ni jenis belon-tak-terbang

Budget bawak instax dapatla sekeping dua sign retis

Mata berkerut, tu maknanya panas gila!

Yang ni sarung nak tutup kepala dia.

Yang belah kanan sekali Rabu ni siap la dia.

Gua rasa cam Boney M pon ada. 
Sekarang ni memang style lah budak-budak kat Putrajaya ni pakai wig gaya gini. At first aku ingatkan ada hari wig sedunia ke apa...rupanya memang jadi trending. Bagus jugak rambut camni, boleh tutup kepala bila panas gila, so budak kecik takdelah merengek kata pening kepala ke apa~
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

The Ugly Truth #10

Saturday, March 10, 2012 - si tukang karang : zey at 9:55 PM
Assalamualaikum lovely people!


Blurr image.


Don't push yourself too hard to impress, you might well end up 
being depressed.







Apa yang saya nampak dalam proses 'approaching' ramai boys dan girls menjadi orang lain. Mungkin sebab tu bila dah penat menjadi orang lain, mulalah nak menuding jari. oh!
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Langkah Bendul

Sunday, March 4, 2012 - si tukang karang : zey at 9:18 AM
Assalamualaikum dan salam mesra semua!


Chaza dan Ajib
Abah kata anak-anak dia takde yang langkah bendul. Bukan nak percaya sangat adat Melayu tu, tapi tu semua planning abah kan. Mana kita taw. Yang dalam gambar tu aku dengan pakcik aku,eh! adik lelaki aku. Aku rasa dia membesar dengan cepat berbanding aku. Yer, memang dari kecik dia memang suka overlap aku. Tapi aku masih ingat, masa kecik dulu aku pernah lebih tinggi dari dia. haha! :D Langkah bendul takde kena mengena dengan adik-beradik lelaki dan yang sepatutnya lelaki memang patut melepaskan adik-adik dia dulu kahwin. Tapi ini semua jodoh dah tertulis. Rezeki, Jodoh dan Ajal adalah antara perkara pertama yang ditetapkan oleh Allah semenjak kita masih dalam kandungan lagi. Kita manusia tiada daya nak menghalang~ 


P/s : Insya Allah bulan Jun ni family aku pergi Umrah. Atuk Mi belanja. Ya Allah murahkanlah rezeki Atuk Mi, diberikan kesihatan yang baik dan permudahkanlah urusan mereka ke tanah suci. Aminn~



apa u'all rasa? 
8 00 walks Links to this post

I Have No Time!

Tuesday, February 28, 2012 - si tukang karang : zey at 1:06 AM
Assalamualaikum dan salam mesra kepada lovers dan haters.

Jeti Tg Gemok.
Mencari ketam untuk projek akhir.

Entri kali ni, aku nak straight to the point yer, bukan straight to my heart... =p a few weeks ago, aku ada disagree about one of my 'incredibly gorgeous' blogger. Disagree about one part he told about baju renang muslimah. 

To be honest, aku sekarang dah final semester and my everyday life is like bloody tiring! so I have no time to entertain those attention whore or whatsoever.

But anyway, big thanks pada yang tegur aku tutup aurat tak betul. Nasihat diterima, aku perlukan. :) dan aku setiap hari berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Syukur, aku masih layak terima nasihat sebegitu. Terima kasih pada yang menegur.

Kalau nak keluarkan apa yang ada dalam kepala aku ni memangla panjang, nak tulis pon takda masa sebab masa rehat aku sekarang amatla penting. Kalau nak sangat dengar aku berhujah, jom lah chill dengan aku minum air carrot susu segelas dua. :)

I'm not attention seekers and I hate to be one. Fame? I don't want it. Take it all, I don't need it. Kengkadang syok jugak dilabel rebellion, keras kepala sebab selagi apa yang kita buat tak melanggar hukum syarak, buat apa kita nak berhenti.

Dunia ni luas, banyak benda kita belum kaji. KITA, maksud aku bangsa kita, agama kita. Sampai bila kita nak beri lampu hijau pada bangsa lain semuanya sebab bangsa kita yang terkenal dengan segalanya-yang-tidak-boleh. Sunnah kita kaji, al-Quran kita kaji. Hadis kita cari, mana yang sahih, mana yang tidak. Ustaz kita dengar, tapi ingat jangan berpandukan pada satu ustaz sahaja. :) 

Sunnah kita kaji. Antara cara nabi bersukan ada tiga : berenang, memanah dan menunggang kuda. Apa relevennya pada zaman sekarang? Sunnah, jangan ambil mudah. Kalau kita kaji betul-betul ketulan ais yang berada di hujung kutub dunia semakin mencair. Sebab apa? Sebab pemanasan global. Kalau kita tengok ketulan ais yang menyeliputi kedua-dua belah kutub mampu menenggelamkan seluruh dunia. YER, SELURUH DUNIA. SATU DUNIA. dan satu-satunya cara untuk survive pada waktu itu? yer, berenang. tepat sekali! Itu sunnah nabi. Nyawa itu penting dalam Islam, selamatkanlah sekurang-kurangnya keluarga kaw. Memanah dan menunggang pula? Belajar memanah akan menajamkan mata dan ada para bijaksana mengatakan tentang peperangan akan datang yang kembali pada cara lampau. Yer, dengan cara memanah dan menunggang kuda. Wallahualam~

Sekarang kita berpatah balik pada asal. Bangsa kita, sampai bila kita nak bagi sedara-sedara Neil Armstrong ja takluk bulan? Sampai bila kita nak beri sedara-sedara Alexander Graham Bell ja cipta kemudahan untuk komunikasi? Kita ada Ibnu Sina yang telah menulis berbagai-bagai ilmu perubatan, kita ada Ibnu Khaldun yang mengkaji sains moden. Cuba fikir luar kotak, kaw ingat toko-toko dunia ni hanya melihat dan goyang kaki saja ke dengan perubahan dunia? Mereka bukan yang mengikut aliran dunia begitu saja. Mereka cuba melawan arus dengan membawa sesuatu yang baru. Kenapa kita tak teruskan perjuangan mereka? Mengkaji dan memberi ilmu untuk satu dunia. Bangsa kita, cuma tahu menuding jari bila ada yang bersalah. Mengetawakan bila ada yang mencuba. Mengharamkan bila ada yang nak memulakan. Cuma apa yang paling sedih, ilmu-ilmu yang toko Islam kaji telah diputar belit oleh mereka yang berpengaruh masa ini. Dan kita ikut, kita tak perasan. Itu musuh kita, memang berusaha segala macam nak menentang kita. Tapi kalau dalam bangsa kita sendiri ada yang memutar belit kata, melarang apa yang dilakukan oleh nabi. Fikirlah. Kita ada akal. Kita cari jalan penyelesaian bukan memudahkan segala benda dengan mengatakan tidak. 

Aku patah balik pada yang asal. Mungkin sebab aku perempuan dan ini mungkin akan membataskan aku untuk melakukan bermacam benda. Dan apa kaw akan jawab bila aku kata apa yang lakukan sekarang ini untuk membina kolam mandi muslimah sahaja? Kalau bukan aku yang mulakan, sapa lagi? Belajar berenang bukan satu perkara yang kaw boleh mahir dalam satu hari sahaja. Kaw memang takkan dapat belajar berenang di kolam air panas, mahupun air terjun. Itu hanya suka-suka. 

Allah tidak memberikanku pengganti untukku yg lebih baik drpd Khadijah. Dia percaya kepadaku kala org lain mengingkariku. Dia membenarkanku kala org lain mendustakanku. Dia menyerahkan hartanya kepadaku kala org lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunanku melalui rahimnya kala aku tidak dapat drpd isteri-isteriku yg lain. -Rasulullah-
Wallahualam~
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Kopi 434, Muar

Monday, February 6, 2012 - si tukang karang : zey at 1:03 AM
Assalamualaikum dan salam mesra semua!


Minggu ni aku ada kat Muar, empat hari dari kat sini. Lama gila tak balik Muar, Aku ingat last time aku balik Muar tahun lepas [birthday abah 26 dec]. He-ha! lama kan? =p Bila dah balik Muar tu memang rugilah kalau tak pergi makan cendol kat Jalan Sisi, minum air pear kat Jalan Yahya, makan mee bandung, mee rebus, bla..bla.. nasi beriyani..bla..bla.. Abc.. banyaklah senang cerita. Duk kat sini jangan risau pasal makan, murah dan sodap. Dijamin! ceyt! 

Cuti kali ni aku ada misi. Misi nak menghabiskan voucher buku aku tu. Nak beli buku pon aku discuss ngn family. [ceh, mengada kan?] Alang-alang dapat voucher free RM200, aku rasa baik aku beli buku mahal terus. Yelah, kalau beli novel yang RM30 tu..mmm...aku rasa boleh guna duit sendiri kot nanti. So bincang punya bincang aku pon decide nak beli buku "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Mahathir Mohamad". Tapi yang sedihnya satu Muar ni dah habis oredy... =,( sedih...esok kalau kat Melaka takde gak, taktawla... 

Makanya, untuk menghiburkan jiwa yang lara ni, me and my siblings singgah lah minum-minum kat Elephant Bean, Muar. Minum kopi 434 yang cuma ada kat Muar. besh taw! XD 


Nak buku Mahathir jugak! Tak kira!!!


Azirah : Budget nak jadik cover girl novel Terfaktab siri ii


Iqa : Baru balik kenduri akak member dia kahwin. Akak dia sebaya aku. [Enuff!]

Mochacino

Kopi Ais

Cappuccino
Kopi Panas

Reaksi teruja dapat mocha!
Half boiled egg

P/s : Persamaan kami satu keluarga : kami gila kopi [tapi kat rumah selalu buat air teh], kami gila kambing dan kami suka tengok cerita lama. =)
P/s/s : Bila ada kat rumah, saya tak suka apa-apa cerita pasal uni. Takpe, say cuti tak lama. Hari Rabu saya balik uni. 
P/s/s/s : Hari Rabu balik uni, hari Jumaat sampai Isnin depan turun JB untuk sampel thesis.
apa u'all rasa? 
7 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME