Fright Night

Wednesday, September 21, 2011 - si tukang karang : zey at 11:05 PM
Assalamualaikum and hello people!


The gorgeous male ever - Colin Farrell! Okey, let me ask you this, when was the last time you heard about Colin Farrell? His gossip with Britney? Am I right? And now even Britney herself have two sons with Kevin Federline. [hah, finally not with Farrell!] To all Farrell's fans and vampire-loving this movie, Fright night is a much watch for y'alls. This great looking actor is now a blood sucker! The different about this movie is of course the actor that we never seen him in a lot of action movie. Oh, Farrell we really miss you so bad!

Colin Farrell




P/s : Boleh pengsan jugaklah nak pilih Colin Farrell [Fright Night] atau Taylor Lautner [Abduction]. Atau pon nanti pengsan tengok duit aq nak tengok wayang dua-dua movie becoz of these two gorgeous actors. Breaking Dawn? Nahh....not on the list-of-watching.
apa u'all rasa? 
1 00 walks Links to this post

Konsep Jiran Satu Malaysia

Tuesday, September 20, 2011 - si tukang karang : zey at 6:26 PM
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!
*Entri kali ni ditulis dengan penuh berhati-hati. tehee...~


Sempena Hari Kemerdekaan yang baru lepas, aq terpanggil untuk menulis entri ni. Entri satu Malaysia gitu. Satu Malaysia yang aq maksudkan ialah Melayu, Cina dan India. Kali ni aq tak nak besarkan skop negara bagai, aq kecik kan dalam konsep kejiranan sudahh... Pengalaman aq selama ni dengan rutin berjiran.

1. Rumah aq dalam taman. Ketua penghulu aq pon Chinese. Dia pandai main pawang wo. Jiran depan aq- Chinese. Lama kenal, boleh kata macam besties mak dah. Jiran sebelah kanan-atuk Chinese-Tua dah dia, sekarang ni asyik ikut anak dia balik Singapore je. Jiran sebelah kiri- rumah sewa. Aq pon tak taw berapa jumlah sebenar yang duk dalam rumah tuh. Jiran belakang-Melayu.

2. Cerita pasal Satu Mesia, aq start dengan jiran depan rumah aq-ala2 besties mak. Nyonya depan rumah ni memang concern abes dengan kami. Masa ktorang suka, dia ada, masa zaman ktorang jatuh pon, dia tak putus-putus datang jenguk.

3. Tapi, pernah sekali musim Chinese New Year tak silap. Ktorang datang rumah dorang. Nak simple, nyonya tuh bagi ktorang air kotak dengan air tin. Ada lah jugak biskut, gula-gula. Bila sampai rumah, sekali tengok air yang dia bagi tuh air shady daaa..... 1% alkohol. Oh, mungkin nyonya depan nih tak taw yang Majlis Fatwa Kebangsaan dah kata makanan dan minuman yang dibenarkan dalam Islam 0.01% alkohol.

4. Dalam taman aq, ada sorang taylor Chinese, pandai menjahit. Bukan nak bawa mulut tapi ada golongan Meleis kat kampung belakang rumah kata kat taylor tuh : Mak aq sombong, tak maw bercampur. Taylor tuh dari zaman aq kecik, dia lah yang jahit semua baju kurung aq, kenal family aq dalam-dalam. Apa lagi, back-up besar lah mak aq!

5. Ceritanya camnih, golongan Meleis tuh pernah jual ala-ala direct selling kat rumah kami. Jual kacang sempena nak raya lah konon. Cerita ni dah lama dah. Sebab kan yang jual tuh Meleis, mak aq pon beli lah kacang tuh. Tapi tup-tup, syawal pon dah abes. Kacang pon tak sampai-sampai... Haihhh!


Pasukan Delima Convent, Muar. Hari Sukan 2011.
Ni dulu, tyme aq jadi asst capten, cheer leading ni banyak chinese yang masuk, sekarang dah variasi. Baguslah.

6. Ha, Meleis yang deret betul-betul belakang rumah aq ni, kewl. Memang kewl. Time kecik dulu pon selalu lepak ngan anak dia. Kalau dia masak lebih-lebih pon selalu bagi kat ktorang.

7. Ada lagi Chinese deret belakang rumah ni, agak tua lah dia. Kat rumah aq ni, kalau tak nyonya depan bising ajar anjing dia yak-yak, nyonya belakang ni lah yang buat havoc. Aq pon tak taw lah dorang ni gaduh ke bercakap. Sebab aq tak paham bahasa dorang. Aq agak bila dorang bukak mulut tuh, cam nak keluar je anak tekak dia.

8. Nyonya belakang rumah ni plak, ada dusun buah-buahan. Cara dia nak bagi buah : Dia bukak tingkap dapur belakang tuh, then dia letak lah buah tuh. Bagus cara dia, bak kata orang kalau sedekah tangan kanan tuh, tangan kiri tak boleh tahu. 

9. Kengkadang kalau ada antara siblings aq main kat tepi rumah tuh, nanti dia panggil lah bagi buah. Yang bestnya dia ni tak reti sangat cakap Meleis. Bila dia bagi buah, dia tanya kami "Buah apa?" "Hoo...ni manggg-ggiss" "Manggiss?" "Yer, manggis". Yang buah senang-senang tuh, aq boleh lah layan. Tapi kalau dia bagi duku ngan langsat, sudah aq tak reti nak beza. Bila dia bagi jambu batu ngan jambu loceng....lagi payah aq nak mengajonya!

10. Ada satu family Indian besar kat deret depan rumah aq. Dorang ni alim wo. Time azan maghrib, time tulah dia bunyikan loceng. Family dia besar, aq agak ipar duai semua duk kat rumah tuh. Setiap tahun bila raya, mak aq buatkan ayam kari untuk jiran nih. Mak aq boleh je buat kari daging, tapi for the sake of respect. Tak pe lah.



Actually, tak kesah lah kalau kaw Meleis ke, Chinese ke, Indian ke...kalau nak buat baik, buat je. Kalau jahat pulak, tak kira bangsa. Bagus didikannya, baguslah dia. Camtu lah gak sebaliknya. Dan bila kita merasa kejatuhan yang amat sangat, barulah kita nampak true colours, yang mana kawan, yang mana lawan.
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Untuk Settle Down

Thursday, September 15, 2011 - si tukang karang : zey at 7:18 PM
Salam mengenyangkan perut, memenuhi undangan rumah-rumah terbuka semua!


Bila raya, bila cuti, mesti ramai lah yang ambil peluang ni untuk menukar status. Tak payah tengok jauh, budak kelas aq dah tiga orang kahwin. Alhamdulillah, syukur, tahniah. Aq datang satu wedding antara mereka bertiga, sebabnya yang satu tuh je aq dapat kad! hoho. Walimatul urus, wajib datang bila dijemput. Aq pon takde aral yang melintang, aq datang.

Bila cerita pasal wedding, aq teringat balik kesemua feeling aq, family dan sedara-mara aq bila kami sekeluarga mengadakan kenduri kahwin. Excited, suka melonjak-lonjak! Rasa macam baru, rasa macam masih ada lagi bau-bau bunga telur. Masih baru, semua masih baru. Sampaikan pakcik aq tak sanggup masuk rumah [sebab kejadian yang lepas] sebab tak dapat tahan, tak cukup kuat nak tengok rumah aq yang dulunya meriah dengan segala khemah, dan kekecohan tetamu yang datang. Orang luar jugak tak pernah nampak kami selumpuh ini. Yer, masih baru. Terlalu singkat. 29 hari. 

Dugaan kali ni memang dugaan yang terlalu hebat dalam family aq. Sesungguhnya Allah masih pelihara iman kami, mungkin kami kadang-kadang terleka. Dengan dugaan yang datang ni, buat ktorang jatuh, lumpuh dan saat ni aq rasa terlalu takut, takut dengan kebesaran Allah. Allah yang menghendaki setiap kejadian di muka bumi, perut bumi dan alam semesta~ Bila dugaan macam ni datang, ktorang sekeluarga jadi sangat rapat, yang mana kurang kita tutup, yang mana lebih kita bagi. 

Sesungguhnya kehadiran hamba Allah yang satu tuh yang hampir sempurna sifatnya betul-betul memberi kesan yang mendalam dalam family aq. Segala nasihat, segala teguran yang dulunya aq tak pernah buat, baru rasa nak buat, baru nampak kebaikan di sebalik nasihat tuh semua. Mungkin Allah telah ciptakan hamba Allah tuh walaupun hanya sebagai singgahan dalam keluarga kami, cukup untuk kami betul-betul merasa keagungan Allah. Kehadiran beliau sebagai pemangkin buat kami mencari kesejahteraan dunia dan akhirat~ Jujurnya, memang TAKDE orang seperti beliau. Along orang paling beruntung dalam muka bumi ni.

Kahwin. Sebenarnya jauh dalam sudut hati aq, aq sebenarnya trauma. Cumanya aq tak pernah sebut sebab aq nak overcome sendiri. Trauma bila sebut pasal kahwin. Yelah, yang dulu tu kan kali pertama, dan kami sekeluarga buat sesempurna mungkin, taknak nampak cacat celanya. Masa depan aq? Mencari sebanyak mungkin bekalan untuk ke akhirat kelak. Tapi mungkin tak lengkap kalau aq tak dapat cari siapa pemilik tulang rusuk. Aq ni sebahagian tulang rusuk siapa? Aq memang tak ambil kisah pasal semua ni dulu. Tapi ni melibatkan dunia akhirat yang kekal abadi. Aq tak mencari tapi aq taw Allah ciptakan aq secara berpasangan. 

Aq harap trauma ni dapat hilang. Aq jugak berdoa supaya ahli keluarga aq dapat jalani hidup yang baru. Hidup yang lebih baik. Biarlah tak macam dulu. Tapi yang lebih baik. Setiap perkara yang kita lakukan ada pilihannya, kita yang pilih. Cumanya kita kena berdoa agar tak salah pilih. Berdoa dengan lebih kuat. Bila aq sedih, aq tak suka orang lain ikut sama, aq tak suka semua orang taw aq sedih. Biar aq sorang rasa. 

Yang kiri sekali tu bakal tukar status. =)

apa u'all rasa? 
1 00 walks Links to this post

Terasing Di Tempat Sendiri

Monday, September 12, 2011 - si tukang karang : zey at 8:33 PM
Salam beraya semua~

Entri ini sepatutnya di tulis dengan penuh emo sekali [emo=emosi]. Bukan pasal apa, bila dah berkaitan dengan family, aq sangat emosi.

Minggu lepas, lagi accident berlaku dalam family. Accident kali ni melibatkan warga asing, izin ke tak izin aq peduli hape. Aq highlight di sini, pendatang asing. Dahlah masuk lorong mak aq, dia punya corner tak hengat....nak lap pon agak2 la, kaw ingat ni kat Sepang ke. Kalau naik motor honda kapchai tu cun lah gak nak lap jauh2 ni, tapi mamat ni naiik beskal. Aq repeat BESKAL! Dah bertembung depan kereta chevrolet yang mak drive. Pe lagi, kemek la tayar depan beskal dia tuh. Alhamdulillah, kereta takde pape. Mak pon okey. Yang jadi tak okehnya, mamat tu plak mintak mak aq bayar RM200 dia nak betulkan beskal dia....mak aaiiii....kaw hengat beskal kaw beskal fixie ke yang boleh gostand ke belakang. Chantek rambut kaw nak suruh mak bayau! 


Dah gitu gini, gedebak gedebuk, mamat tu bawak geng dia, dia bawak tokeh dia. Dia hengat mak aq pompuan dia boleh tipu. Dia tak taw kot mak wonder woman! Mak bawak stuff dia...ada gak lah orang kat kawasan tuh back up mak. Mak kata ada sakit? Jom gi sepital. Dah dia buat drama hindustan baring2 atas jalan....[yukks! benci gila!] Tokeh dia plak kata nak gi klinik, taknak sepital. Chantek muka kaw, nak g klinik berbayau. Mak mintak permit, tak bagi. Nak report polis, kata sakit perut, tak makan.....[herrrgghhh, sakit hati] Mintaklah tokey kaw nasik! Tokey dia kata nak report esok plak. Mamat tu plak tak habes2 mintak mak RM 200 nak betulkan beskal. Eh, tolong, Rm200 tuh dah boleh beli beskal baru! Cakap berbelit. Betul lah orang kata kalau ada ular dan bangsa dia, baik tikam bangsa dia, sebab belit lidah dia lagi berbisa.


Aq rasa sekarang ni style bila ada kes langgar-melanggar ni, baik kita terus report polis, tak payah lah nak nego setel luar ke setel dalam. Banyak sangat cekadak. Esok pagi, mak terus report bawak sorang saksi. Yang aq panas hatinya warga asing sekarang ni dah besar kepala. Dia hengat pangkat dia besar sangat lah dah buat proses pemutihan bagai tuh. Eh, kaw kat tempat kaw pon nak beli beskal pon tak mampu taw, kalau kaw kena lenyek bawah tayar keretapi [eh?] pon orang kaw buat tak nampak je taw! hoih!


Aq tak nak nanti akibat dari kebanjiran warga asing, sejarah lama berulang kembali. Gantikan tokey-tokey kilang besar dengan orang British dulu. Bawa kemasukan imigran bagai untuk kerja dalam Tanah Melayu, lama-kelamaan dah beranak pinak, mula nak jadi warganegara...mula-mula warganegara, lama-lama nak hak sama rata dengan warga Tanah Melayu. Mula timbul Jus Soli. Ingat lagi? Lepas-lepas tuh naik tocang, buat rusuhan bagai. Haih. Kita kan belajar sejarah, kena tahu asal-usul moyang kita dulu, jangan jadi warga yang tak kenang budi. 


Korang cuba bayangkan bila warga asing dah buat family kat sini, dah cukup duit nak beli rumah, beli kereta...yelah, mesia kan gaji tinggi menggunung...dah bertahun-tahun duk kat mesia, anak-anak depa duk sekelas dengan generasi kita, jangan nanti masa tuh kita 1 mesia barulah nak berganding bahu kalau mereka mula nak hak sama rata dengan orang kita. Nak hak biasiswa yang sama. Nak taraf yang sama. Aq rasa tak mustahil nanti. Sejarah kan ada. Benda yang sama mungkin berlaku.


Atok Mi and The Mothers
Tulang belakang keluarga besar kami.

apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME