Iftar Bersama #2

Monday, August 29, 2011 - si tukang karang : zey at 1:48 AM
Salam Ramadhan again, readers!


Nak-nak dekat raya, time nilah ramai yang ajak iftar bersama. Yang di-invite nya punyalah ramai, tapi last-last yang datangnya cuma 4 orang, haha! Muka-muka yang setia ni jelah... Kali ni berbuka bukanlah kat hotel besar-besar sebabnya cuti sem ni aq tidaklah bekerja. Harap maklum. Iftar kat mekdi sudehhh, murah pon murah! [Barulah western iftar makan burger!]

Dari kiri : Shafferina, Rafiqah n Nurin
Nurin : Political Science, UIA
Yang ni, Nurin memang gila. Maksud aq perangai dia yang gila-gila. Aq kenal dia dari tadika. Satu perkara yang tak boleh blah pasal ktorang : ktorang ni dah lama tahu yang ktorang ni sedara bau-bau bacang, tapi tak pernah nak ngaku depan-depan. Boleh plak camtu kan? Dah abes sekolah menengah nih, masing-masing baru nak ngaku. Hampeh!

Rafiqah : Environmental Tech, USM, Penang.
Shafferina : Civil Engineering, Canada.
Ha, yang ni budak-budak yang study jauh. Tapi walaupun jauh, sampai ke tempat Justin Bieber nun sana, tapi tetap senang nak jumpa. Still keep in touch. Ni namanya bukan kacang lupakan kulit yer. *merepek

Cendol, Muar

Dah kenyang perut, ktorang pergilah berjalan-jalan kat downtown Maharani [kat Muo pon ada downtown okehhh?] Jalan punya jalan, stop kat gerai cendol nih. Apa yang spesel pasal cendol nih ialah korang boleh drive thru je. Maknanya, korang boleh je makan cendol dalam kereta bawak sekali dengan mangkuk-mangkuk cendol. Asalkan korang tak bawak lari mangkuk tu sudah laaa..... Cendol ni kat Jalan Ali, kalau datang Muar boleh la singgah sini! XD

apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Pompa Bensin

Thursday, August 25, 2011 - si tukang karang : zey at 12:53 PM
Salam melayan karya-karya Melayu people!
 
Before I started anything I would like to give a big credit to my younger sister for doing some 'research' on this band, Pompa Bensin. ***Mungkinkah nada terpaksa??? =.=' 


Pompa Bensin


Pompa Bensin. Amenda tuh? Ikut nama, apabila ditranslatekan, ianya adalah sebuah stesen minyak dalam Bahasa Indonesia. Pompa Bensin pulak adalah nama sebuah band 'baru' yang dianggotai dengan mereka yang telah lama established dalam dunia hiburan. 

At first, Pompa Bensin nih susah benolah nak detect ahli kumpulannya. Tapi semenjak Pompa Bensin sendiri buat fanpage kat pesbuk, peminat dengan mudahnya dapat meneka ahli kumpulan Pompa Bensin iaitu terdiri daripada Azma Aizal Yusof [aka Isma Yusof suatu tika dulu], AG [Hujan], Andra Ahmad [Aqasha], dan Aidan Haliqa [Nadia Aqilah]. Nama-nama dorang pon cam undercover, ada yang terbalikkan namalah, ada yang letak nama lain lah. Haihh.... =.=

Sebenarnya kenapa aq beriya sangat dengan Pompa Bensin ni pon sebab lagu Jangan Lupa Namaku [OST Ramadhan Terakhir]. Masa awal tengok tajuk cerita nih aq agak mesti cam cerita tipikal meleis yang lain, cerita yag kita boleh agak endingnya. Tapi bila tengok penerbitnya : Radius One, aq agak mesti drama yang ni lain dari lain. Dan memang betul drama ni tak macam drama tipikal meleis yang lain. Ada kelainannya. 

Lagi-lagi dengan lakonan adik Ogy : Fazlina Dato' Ahmad Daud, memag all out habis! Bila jerit tuh, bingit memang bingit tapi tulah realiti segelintir orang kita. Hobinya menjerit-jerit tak tentu pasal macam tak boleh cakap slow-slow. Jalan ceritanya pulak memang best, tak klise, rasa keinsafan macam dekat je dengan kita. 

Papepon, drama macam nilah yang kita looking forward. Drama samarinda yang sebelum nih : Anissa pon not bad gak. Variety la sikit hiburan kat mesia nih. Takdelah tak habis-habis duk tunjuk bisnes yang besar-besar, kompeni yang besar, yang nak bankrupt pastuh kena kahwinkan anak sebab nak jaga maruah. wohoww...klise habis!

Before aq end, meh la layan lagu Pompa Bensin nih :



Credit also to Jefrizal and Cikgudahlia.
apa u'all rasa? 
1 00 walks Links to this post

Mengenai Jiran

Wednesday, August 24, 2011 - si tukang karang : zey at 12:00 PM
Salam kat semua!


Cita & Cinta


Aq baru tengok cerita nih. Cita & Cinta. Ulangan kat Tv9. Aq taw cerita ni best, tengoklah sapa pengarahnya : Izma Yusoof kan. Aq admire almost semua drama dia. Cumanya masa drama ni ditayangkan dulu, aq kat uni, takde masa nak tengok.

Bila aq tengok cerita nih, aq teringat dengan cerita lama, cerita jiran lama aq dulu yang memang serupa dengan cerita Mia dan Kamarul. Parents of the cool twin. Mulanya dengan si ayah berlaku curang, lagi dan lagi. Sampai bawa perempuan lain masuk dalam rumah, macam takde bini, macam takde anak yang tengok perangai 'terhormat' dia tuh. Sampai si isteri jadi gila.

Jiran lama aq dulu [si isteri] memang friendly, happy go lucky person. Aq ingat dulu, dia suka sangat peluk ktorang bila jumpa. Tapi bila si ayah buat perangai, dia boleh jadi tak keruan, jadi gila. Aq ingat sampai dia boleh baring atas kereta laki dia. Hari-hari bergaduh. Mak aq, dan jiran-jiran yang lain paham, anak-anak dia pon dulu selalu lepaking kat umah aq. Yelah, ktorang lebih kurang sebaya dengan dorang. 

Tapi si ayah, again and again buat perangai. Yang ni buat aq pikir. Kenapa dan kenapa. Aq pernah dengar dulu orang kata lelaki curang mempunyai IQ yang rendah dan lelaki bila dah start curang, memang sampai kahwin pon perangai macam tuh. Money cannot brings you happiness. Hari-hari tido atas duit pon boleh jadi gila taw, sebab rasa tak secure.

Marriage is a big thing. Bukan benda main-main yang boleh disebut-sebut oleh budak bawah umur. Akad nikah benda besar, dunia akhirat. Satu perjanjian yang menentukan siapa 'ketua bidadari' untuk kaw dalam alam satu lagi. Bukan main-main. 

In a short, pada ketua-ketua keluarga, jalankanlah tanggung jawab. Tak salah kalau kita belajar dengan orang yang lebih arif. Agama, jangan pandang tepi. Berdoalah kita untuk menjadi keluarga sakinah kat alam yang satu lagi.
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Iftar Bersama #1

Monday, August 22, 2011 - si tukang karang : zey at 12:07 AM
Salam Ramadhan readers!


Tup tap tup tap dah masuk ramadhan yang ke 21 dah. So how's you guys punya perut? Getting shrunk? Baguslah nanti kalau fitting baju raya dapatlah saiz yang kecik yaww... Rabu lepas aq dapat invitation under mahasiswa Muar beriftar bersama. 

"Abah, hari ni orang buka kat Masjid Jamek"
"[abah giggle] Awak buka kat masjid?"
"Ha'ah, under mahasiswa Johor berbuka dengan Dato' Razali Ibrahim"

Abah plak cam tak caya je kan aq berbuka kat masjid. Dah tak de sapa nak belanja buka kat hotel abah..hoho~ At first aq agak terkezut beruk gak lah dapat invitation macam nih. Aq kat uni memanglah ada masuk Mahasiswa Johor, tapi tak pernah nya nak join aktiviti dorang. Haha! Tapi kali ni disebabkan aq memang free, takde ape nak buat, lagi-lagi event tuh pulak kat daerah aq. Muar besar sangat lah, so aq decide untuk pergi dengan adik perempuan aq. 


Bila dah sampai, barulah aq tahu rupanya uni aq yang incharge event nih. Patutlah depa jemput aq. Hoh! Ingatkan nak gather semua mahasiswa Muar, rupanya just nak bagi wang pendahuluan pada bakal mahasiwa dan mahasiswi. Layan jela~


Dapat topi free!

Haa...yang belah kiri tuh kira wakil uni aq.
Yang lancarkan pulak Dato' Razali Ibrahim

Yang sebelah tuh member aq dari kecik-Rafiqah

Yess...yang ni aq tunggu....berbuka! =)

P/s : Ada lagi yang nak belanja berbuka? haah!
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Hey, Shawl People~

Saturday, August 20, 2011 - si tukang karang : zey at 5:03 PM
Salam Ramadhan semua~


Actually, aq dah perasan lama benda nih. Shawl people. Pakai fancy-fancy, end-up jadi model. Yeah, model. Kalau ada product sendiri tu, it's oklah, tapi yang lain tu? Makin lama makin ramai youngsters yang pakai tudung, get all body cover up sebab nak jadi feymes. Nak perhatian senang cerita. Tujuan sebenar dah lari. Well, entri Maria Elena kali ni aq memang tabik spring yaww!!


Negative
P/s : Punyalah make-up tebai, sampai satu reta pon aq make up! Haaah!
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

[Lagu] Percaya Padaku

Friday, August 19, 2011 - si tukang karang : zey at 10:15 PM
Salam Ramadhan readers!


Ok, kali ni aq nak layan lagu yang satu ni. Lagu Indon. Entah kenapa rindu dengan bibik lama mungkin. Ahaks! Lagu ni dah lama dah...cambest gila! Nak-nak suara Pasha lagi... Auuww....Enjoice!


Lirik :


Aku tak tahu apa yang ku rasakan

Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu




Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku

Percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)


Agar kau tahu betapa ku terlalu

mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku



Tolonglah aku bagaimana diriku

Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu



On the way beriftar kat Masjid Jamek

apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

I heart Mesia

Sunday, August 14, 2011 - si tukang karang : zey at 11:33 PM
**Okeh, sebenarnya aq tak taw nak letak title apa...


Assalamualaikum dan hey people!


Jujurnya, aq memang dah lama tak dengar radio Melayu, dengar radio paling tak pon aq bukak flyFm. Yelah, bila naik kereta abah kena pasang cd, sebabnya abah tak kasi tukar channel klasikFm tuh. Haiishh. Naik kereta Along, hampir nak khatam dah aq dengar cd-cd beliau. Cd Search pon aq layan yawww! XD

Then, satu hari tengah aq online, mak datang, kata lagu baru Siti best gila. So aq macam lagu apa? Siti Situ Sana Sini? Weehyy, tu je ke lagu siti yang kaw tahu ha? Haha! Aq men petik je. Lagi pon, lagu-lagu Siti memang best pon. No doubt. Manalah Datuk Key tak cair. hikkk! 

Mak kata lagu baru Siti lagu English. Ceh, mak ni mentang-mentang suka dengan lipstik Siti, lagu Siti pon nak minat...Okey Siti dah terer speaking. Oklah tuh, satu kemajuan beb! Bangga aq selebs Mesia camnih taw. Then aq pon You Tubing larr....




Then, for the very first time aq cakap lagu di bawah ini lagi terbaik :






P/s : Suara bagus, lagu bagus, pronunciation teruk pon, tak best gak telinga aq nih dengar, pronunciation bagus, suara ada tapi bini PM pulak...haiih, lagi lah rasa macam dia habiskan duit mak abah bayau duit karayoke...duit dah banyak, pergilah kelas pronunciation tak luak mana pon duit. Malulah bila gaduh-gaduh manja dengan singaporean kata mesian tak reti speaking. Malu!
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Kelebihan Solat Sunat Terawih #2

Thursday, August 11, 2011 - si tukang karang : zey at 10:38 PM
Assalamualaikum and hey people~


Alhamdulillah, dah masuk ramadhan yang ke-11. Dah masuk fasa kedua dah : Fasa Keampunan. [Nota : Bulan Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa yang setiap fasa terdiri daripada 10 hari iaitu : Fasa Rahmat, Fasa Keampunan dan Fasa Keselamatan dari Api Neraka]. Disebabkan dah seminggu lebih berpuasa, so menu berbuka makin lama makin simple. Tapi yang wajib untuk keluarga aq : sup daging mesti ada! =)). 

Okeh, tak yah nak intro panjang lebar, jom kita usha fadilat solat terawih untuk minggu yang kedua :

Malam Kelapan :
Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihisalam.

Malam Kesembilan :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan moto ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam Kesepuluh :
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas :
Keluar ia daripada dunia bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam Kedua belas :
Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya [cahaya ibadahnya].

Malam Ketiga belas :
Datang ia pada hari kiamat dalam iman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Keempat belas :
Datang malaikat menyaksikan ia solat terawih, serta Allah tiada menyesatkan pada hari kiamat.
Jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah lebih dahulu dari kita sepi tanpa doa dan sedekah dari kita. Sesungguhnya, apabila mati seorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali : doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah amal jariah
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Your Life, Your Choice.

Tuesday, August 9, 2011 - si tukang karang : zey at 2:30 PM
Assalamualaikum and happy fasting people!


Hey, meet again. Kali ni aq nak kongsi satu video dari obe. Satu kesedaran dalam bulan yang mulia nih. A short video about young people, urban one and their prayers.




P/s : I remember when I was studied at Penang, I watched this kind of video. A really heart-touching video. Pasal sakaratul maut. And I cried like a baby. Nangis-nangis call mak, tapi tak gtaw kenapa nangis... waaa~

apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Kelebihan Solat Sunat Terawih #1

Sunday, August 7, 2011 - si tukang karang : zey at 1:49 AM
Assalamualaikum dan hello people~


Pejam celik, pejam celik, dah seminggu kita berpuasa yek? Alhamdulillah, sampai juga kita berpuasa ke hari ini. Entri kali ni plak aq nak kembangkan minda aq, minda korang semua pasal kelebihan Solat Sunat Terawih mengikut hari.

Malam Pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Kedua :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta kedua ibu bapanya [sekiranya mereka orang yang beriman].

Malam Ketiga : 
Berseru malaikat di bawah arash supaya kami meneruskan solat terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Keempat :
Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

Malam Kelima :
Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjid al-Aqsar.

Malam Keenam :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di baitul maksur [70 000 malaikat sekali tawaf] serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendokan supaya Allah mengampunkan dosa orang mengerjakan solat terawih pada malam ini.

Malam ketujuh :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi  Musa serta menolong nabi menentang musuh ketatnya, firaun pada malam ini.

Buah-buahan tempatan
Bila dapat rezeki lebih tuh, bersedekahlah.
Bersedekah pada bulan puasa menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa yang banyak, dan berlipat ganda banyak pahalanya, dicurahkan rahmat oleh Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.

Ehem. Lagi satu dengan menggunakan bahasa aq, aq nak sampaikan satu-dua perkara.

1. Niat awal nak solat terawih. Niat dah bagus. Satu kebaikan dah dicatat. Tapi sampai masjid, bukan nak solat, buat bising kadang-kadang aq rasa pasar besar yang aq pergi waktu petang pon lagi sunyi. hooih! Ada. Aq dah pergi dari masjid ke masjid, kengkadang aq rasa cam jadi pengawas sekolah pulak mintak bebudak ni senyap. Hoh!

2. Jadikanlah Ramadhan kali ni kita semua betul-betul berubah. Bukanlah bulan ni jugak lah kita nak mula buat perkara yang tak elok. Misalnya, mencuri kasut, meragut beg telekung. Haiih,

3. Pada Jemaah yang hadir untuk solat sunat terawih tuh, peraturan jemaah, macam biasa lah, rapat-rapatkan saf. Yang aq nampak mak cik-mak cik yang bawa sejadah sendiri, tak maw berganjak langsung! Yelah, mak cik nak guna sejadah mak cik je okeh?! Makmum yang  boleh muat 3 saf dah jadi sampai 5 saf ke belakang. Adoyy...putus saf dahh!!

4. Yang pasal Bazar Ramadhan cekik darah, aq malas nak cerita, masing-masing nak duit lebih kan. Kat bazar sekarang standard kuih RM1 dapat 3 biji. Rasanya pulak belum tentu sedap. Hurrmm, tapi mak aq dapat jumpa satu warung ni jual kuih RM 1 5 biji. Kuihnya besar dan sedap gila taw!


P/s : Kebanyakan ayat kat atas aq ambil dari hand-out adik lelaki.
apa u'all rasa? 
1 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME