Macam Main Bola la...

Friday, July 29, 2011 - si tukang karang : zey at 10:53 PM
Assalamualaikum dan hola readers!


Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Wardah bt Jamal Abdul Nasir, sepupu aq yang telah kembali ke rahmatullah petang kelmarin, Jumaat 29 Julai 2011  sekitar jam 6.40 petang tadi. Arwah menghebuskan nafas terakhir di HKL pada umur 20 tahun. 

Again, another lost. Bulan ni saja my family had lost two of our beloved relatives. Arwah Abg Long Syuk dan Arwah Wardah. They died at such a young age. We never knew what next. Tak habis terkejut dengan berita yang lepas, datang lagi satu. Aq harap dugaan kali ni satu pemangkin untuk kami sekeluarga dapatkan Cinta Allah, cinta yang abadi.


Hari Khamis yang lepas, Khamis malam Jumaat, lepas buat apa yang patut, aq sempat tengok game bola sepak Malaysia vs Singapore. I'm sure ramai Malaysian dan Singaporean yang tengok. Minggu lepas aq kat rumah akak aq, temankan dia dan since kat sana tak dapat channel RTM 1, aq tengok via channel TCS 5 media corp [channel Singapore]. Tak kesah la aq tengok kat mana, yang penting semangat aq memang tinggi kat Harimau Malaya.


Tapi bukan result bola yang nak pertikaikan, tak pernah langsung aq bezakan pasal pemain import atau tak, stadium yang penuh dengan tisu tandas. Tak. Bukan tu yang aq nak cerita. Aq nak cerita pasal match bola sepak yang boleh kita aplikasikan dalam hidup.


Takdir

Pemain bola diberi masa sekian sekian untuk berlawan. Confirm-confirm buat yang terbaik. Takdir dah ditentukan. Tapi kita masih diberi option untuk mendapatkan ending yang sama dengan situasi yang kita pilih. Kalau Safee Sali tak berlari nak masukkan gol, mungkin tak dapat gol tuh. Gol tetap gol, mungkin bukan dari dia. Kalau kita tahu yang kita diberi masa macam dalam match football, mesti kita buat yang terbaik dalam hidup ni. Carilah harta seolah-olah kita akan hidup seribu tahun, beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.


Kita pulak, penonton hanya memerhati dengan penuh semangat. Takdir dah ditentukan. Tapi bila ada yang tak puas hati mulalah timbul laser hijau dan sebagainya. Tapi at last, kita kena akur. Aq pon tak tahulah camna nak cakap, shortly, hidup kita ni terlalu singkat untuk kita membenci orang, singkat, singkat sangat untuk kita menabur dendam, menabur fitnah yang bukan-bukan. Tak salah kalau kita buat orang sekeliling kita senyum dan gembira.


Hady Mirza ke Safee Sali? Tak kesahla...kalau Giovanni L. Tobing g World Cup pon aq sokong!

P/s : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Jom pergi Terawih malam nih!
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Gelap. Gelap. Semua Gelap

Thursday, July 28, 2011 - si tukang karang : zey at 4:25 PM
Assalamualaikum dan heyy~


SHORTEST THURSDAY


Hitam

Dari satu, ke satu masalah, tak habis satu, datang lagi yang baru. Oh, bukan masalah, tapi dugaan. Bak kata orang semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita. Awan hitam. Sesak nafas. We're not trying to turn the dark clouds inside out, we're trying to walk, try to breath under the dark clouds. No more miracle. Hari esok mungkin lagi teruk, so do appreciate every second of the day. For at least you can still breathing.   

Doa Rejab, Syaaban, Ramadhan

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.






P/s : Ya Allah Ya Tuhanku, hamba bersyukur kepada-Mu kerana masih layak menerima dugaan-Mu kali ini Ya Allah, maka Engkau kuatkanlah semangat kami sekeluarga untuk terus melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Amin~ It's been very, very hard.
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Doa Melupakan

Wednesday, July 13, 2011 - si tukang karang : zey at 1:28 AM
Assalamualaikum and hello people!


Sebelum aq belajar mengeja perkataan CINTA, aq paling tak suka PERPISAHAN. Aq tak suka bila bestfriend aq tukar kelas, aq tak suka bila member aq tak maw rehat sama ngan aq. Aq tak suka. Aq tak suka bila ada member aq kena tukar sekolah sebab ayah dia naik pangkat. Pada aq, apa guna kita kenal kalau akhirnya kita berpisah? Bila aq dah pandai menyebut CINTA, aq tak suka breakups, aq tak suka. Bila breakup, hati sakit, cam ada batu, semua tak kena. But, as I always say, separate is always better when feelings are gone for at least you won't hurt the feeling for a longer time. People deserve to be love. If you can't give the love, why don't you just give it up to other people, okeyyhh? 


But still, breakups cara baik atau tak, still rasa cam separuh mati. Tu yang ada nak terjun jambatan kedua kat Muar tuh...Haaiihhh,.. Mak aq pergi daa,wedding dorang dulu. Ok,off record- Ini baru breakup hidup, dah rasa separuh mati. Aq rasa cerita paling sadis ialah cerita Nami. Cerita pasal girlfriend dia yang meninggal dunia pada masa dorang punya impian yang jauh, impian yang bermacam-macam. Tahniah Nami, kaw masih hidup dalam keadaan sihat sejahtera untuk merasa pemergian arwah pada tahun yang keempat. 


Ajal dan maut ketentuan Allah, kehilangan orang yang kita sayang sangat buat kita sedar, Allah maha besar. Kekuasaan Allah yang tiada tandingannya. Sekarang kita jumpa dia, kita belai rambut dia, but who knows for the next half an hour, he/she'll be gone FOREVER. Ini juga satu peringatan bagi kita yang hidup untuk sentiasa menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah di bumi Allah. Sentiasa bagi orang sekeliling kita gembira, senyum. Insya Allah bila kita kat bawah sana, orang yang kita sayang masih doakan kita yang terbaik dengan ikhlas mencurah-curah dari saudara dan kenalan. 


Bahagia rasa



Tahniah kepada Along kerana kuat dan semangat meneruskan hidup tanpa arwah di sisi. Mungkin family tak dapat mengganti tempat arwah, tak dapat berada 24 jam dengan Along seperti arwah dulu, tapi ktorang satu family mencuba sedaya mungkin mencurah kasih sayang kat Along. We do love you. Kalau mungkin cara ktorang tak sama, deep in my heart, I just don't know how. Though the sun may not be shining, there’s a hidden silver thread, If you turn the dark clouds inside out, You’ll find it in the end. Along, you have all the time in the world to find the hidden-silver-thread. 


Aq ada selitkan petua dan doa untuk melupakan. Amalkan dengan yakin. Baca doa di bawah sambil meletakkan tangan di dada. Insya Allah dapat melupakan pasangan kita yang sudah tiada. 


apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Belasungkawa

Monday, July 4, 2011 - si tukang karang : zey at 4:39 PM
Assalamualaikum~


Al-Fatihah 
kepada Allahyarham Mohd Syukri bin Ahmad
yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Rejab 1432 bersamaan 2 Julai 2011
pada jam 1:10 pagi.

Syuk dan Sof
Pasangan bahagia hingga ke akhir hayat si lelaki


************************************************************************************************************

Terlebih dahulu aq nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah kepada kami sekeluarga, pada saudara dan kenalan yang tak putus mengunjungi rumah kami, pada yang text, pada yang call, sorry kalau ada waktu aq tak dapat angkat phone calls dan reply text sebab pada hari kejadian, aq menjaga phone Along, Ibu dan Arwah. Terima kasih pada semua yang memahami. 

Kehilangan arwah memang satu tamparan hebat buat kami sekeluarga. Ibarat kalau ada 9 nyawa, 5 nyawa kami lumpuh! Cuma tinggal 4 nyawa yang perlu diteruskan. Kami semua terkejut. Pemergian arwah abg syuk seperti hilang nya seorang anak yang taat, seorang suami yang warak, seorang adik yang menyayangi, seorang abang yang memahami, seorang sahabat yang tiada ganti.

Arwah seorang anak dan adik yang taat


Walaupun tak sampai sebulan kami memanggilnya 'Abang Long' tapi kehilangan beliau memang cukup perit untuk ditelan. Pada hari kejadian, seluruh keluarga kami tak selera makan. Sakit tekak. Telan sebutir nasi rasa sakitnya, tak sampai turun ke perut. Tapi aq sedar, aq kena kuat untuk Along! Kami semua sayang arwah. Pada hari-hari terakhir arwah, arwah tak henti-henti buat kami ketawa. Beberapa hari sebelum kejadian, arwah sempat menunjukkan kepada kami adik-beradik americas funniest video dalam hp nya, sempat melihat maharaja lawak dengan kami =,(

Secara ringkas aq ceritakan apa yang berlaku. Pada petang 1 Julai 2011.

Lebih kurang jam 5:30 petang : Aq dan Iqa keluar untuk ke BSN dan ke Popular untuk membeli stationary. Dalam perjalanan ke Popular, kami berselisih dengan Arwah. Aq tak perasan. Iqa nampak. Arwah menaiki kereta Frontier. 

Jam 5:40 petang : Arwah call Iqa, tapi tak sempat angkat phone. Arwah sempat call Hazirah yang berada di kem motivasi pelajar harapan cemerlang daerah Muar di Tawar Farm Plantation, Pt. Bunga, Muar. Kami tahu jika terserempak dengan arwah di jalan, mesti arwah akan text atau call kami.

Tepat jam 5:55 petang : Arwah call aq.

Zey : Hellooww...
Arwah : Ehh...mak jem [panggilan jozan dlm maharaja lawak] nih, menonong je bawak keta ha...
Zey : Yelah, mak jemah ni pon, naik traitorn [baca:triton] manelah mak jem nak perasan.. hhaaa....!
Arwah : Ada kat mana tuh?
Zey : Dah kat Popular dah, baru sampai, temankan Iqa beli stationary untuk exam...
Arwah : o0o0... Azirah tak ikut?
Zey : Azirah ada kem sekolah dia tuh. Esok dia balik lah.
Arwah : o0o0..
Zey : Eh, hari ni Along tak balik kan?
Arwah : Haah. Dia kan ada larian serentak tuh. Abg Syuk ingatkan nak pergi Pontian tengok Along, tapi esok kena pergi KL plak. [nada abg Syuk mula serius dan slow]
Zey : Oh, ye ke. Abih tu Along tak balek la minggu ni?
Arwah : Esok hari Sabtu Along balik la.
Zey :  Abg Syuk tak pergi sana lah?
Arwah : Eh, pergi-pergi. Abg Syuk pergi Pontian hari Ahad.
Zey : Oh. Antar Along la...
Arwah : Bye...[tak berapa clear....]
Zey : Haa..ok, bye!
Arwah : Eh, tak-tak. Jom pergi warung bai. 
Zey : Alahh...baru sampai sini lah.... Abg Syuk dah sampai kat warung bai ke? [mood sekarang:sesal]
Arwah : Taklah...takpe2lah. Ok lah.
Zey : Assalamualaikum. Bye!
Arwah : Waalaikumsalam.
...

Pada jam 6.20 petang : Ajib call untuk ambil Cibi yang baru pulang sekolah agama.

Pada jam 6.40 petang : Aq, Iqa dan Cibi sampai di rumah. Tiba-tiba ibu bagitahu bahawa Abg Syuk accident dengan kereta viva. Masa tuh, kami tenang lagi sebab baru jumpa Abg Syuk menaiki triton. Mestilah viva tuh yang kena. Tapi, rupa-rupanya Abg Syuk sempat pulang ke rumah untuk menukar kereta dan kemudian menaiki motor untuk ke pejabat pos. 

Waktu selepas Maghrib : Abah, Ibu dan Ajib keluar menziarahi rumah Wak Kam, saudara belah ibu yang meninggal pada petang itu. Aq hantar Iqa ke tuisyen. Hanya Cibi di rumah.

Selepas  10:00 malam : Aq, Iqa dan Cibi bergegas ke Hospital kerana dimaklumkan Abg Syuk kritikal. Abah, Ibu dan Ajib sudah awal berada di sana selepas melawat. Rupanya Along orang pertama yang tahu [pada pukul 6.30 petang] dan Along terus bergerak dari Pontian ke sini.

Pada jam 11.00 lebih : Abg syuk masuk zon merah dan kemudian ke ICU. Brain damage. Bleeding terlalu teruk. Doktor kata kita cuma boleh berdoa. Aq doakan "Ya Allah, kaw berikanlah Along peluang untuk menjaga Abg Syuk walaupun mungkin dia tidak seperti sebelum ini. Aminn"

Lebih kurang jam 12.30 malam : Aq menghantar abah dan Cibi pulang ke rumah. Hati ni tergerak untuk ke tempat abg Syuk accident. kat simpang Taman Perdana. Darah masih belum kering. Serpihan motor sana-sini. Sebelum kembali ke hospital, aq sempat ke 7 eleven untuk membeli air untuk ibu dan Along.

Tepat jam 1.14 malam : Ajib call dan menyatakan Abg syuk baru meninggal. Masa tuh, aq tak keruan. Terus aq tekan minyak selaju mungkin ke hospital. 

Arwah Abg Syuk seorang abg yang tak henti-henti buat kami gembira

Ajib, Cik Cut dan wakil keluarga Arwah terus ke balai polis untuk buat laporan. Pemilik kereta viva, perempuan, umur 21 tahun. Rupanya dia lagi dulu membuat laporan polis. Dari rekod pompuan tuh dah banyak buat kes. Langgar lari. 
Kereta dan moto arwah dari main road untuk ke simpang Taman Perdana. Pompuan tersebut menyondol moto arwah dari belakang, mungkin tak perasan arwah yang sedang menuju ke simpang. Badan arwah bertembung dengan kereta dan melambung ke bonet hadapan kereta. Ya Allah, hamba bukan mahu menjadi seorang pendendam tapi apakah ujian ini ya Allah, jenis manusia apa pompuan tuh? Kenapa terlalu kejam??! Tapi bukan setakat itu saja. Pompuan tersebut masih tekan minyak, terus menggerakkan kereta ke depan, bagai tiada apa di depan cermin kereta dan badan arwah terus-terusan melambung ke tiang di tepi jalan. Darah terlalu banyak pada kepala arwah. Pompuan tadi terus berlari entah ke mana meninggalkan kereta di situ. Syukur, kebetulan kawan-kawan arwah ramai yang melihat dan terus menelefon Along untuk ke sini. 

Syuk dan Sof

Cerita Along dan Abg Syuk cerita yang jarang kita dengar.
Abg Syuk mula berkenalan dengan Along pada tahun 2001
Semasa Along berumur 15 tahun dan Abg Syuk 17 tahun di Sekolah Dato' Seri Amar diRaja. 
Bermula dengan hubungan adik dan abang angkat.
Pada tahun 2004 Abg Syuk melamar Along sebagai kekasih.
Along masa tuh sedang menyambung pelajaran di KMJ pada umur Along 18 tahun.
Di teruskan pula perjalanan mereka ke hari pertunangan pada 12 Jun 2010.
Majlis di buat pada malam hari.
Alhamdulillah, jodoh mereka panjang sehinnga pada gerbang perkahwinan.
Along dinikahkan dengan Abg Syuk pada 3 Jun 2011.
Status mula berubah, tambahan ahli dalam keluarga kami. Gelaran Abg Long, mula wujud. Abah dan ibu pon mula menukar gelaran, walaupun agak kekok.
Tapi, apa kan daya, arwah mungkin terlalu rindu dengan ayahanda beliau, pulang ke rahmatullah pada 2 Julai 2011.

Cerita Along, cerita yang jarang berlaku. Aq mohon pada semua yang membaca entri ini sedekahkan al-fatihah dan doakan Along kuat dan tabah menempuhi semua ini. Melihat wajah jenazah yang tenang, kami merelakan arwah pergi. Wajah jenazah sangat tenang, lebih tenang dari wajah arwah semasa melafazkan nikah tempoh hari. 

apa u'all rasa? 
11 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME