Pengalaman Aq di Sekolah Henry Gurney

Tuesday, May 24, 2011 - si tukang karang : zey at 6:33 PM
Assalamualaikum dan hai kepada gangster sekolah, budak kaki report, budak tukang payung, anak emas sekolah, ketua pengawas yang berdedikasi dan nerdy boys and girls.


Sekarang ni tengah kecoh dengan cerita budak sekolah, budak sekolah nakal. Bukan calang-calang sekolah, sekolah juvana namanya. At first aq teruja dengan cerita nih sebab Zahiril Adzim yang berlakon, jadi watak pertama lagi yuuwww... tapi, kali ni Zahiril Adzim yang melakonkan watak Daim, memang...memang...lembik lah aq boleh cakap. Beza sangat dengan watak dia dalam cerita Kami, watak Boy, jadi pusher, jadi taiko lah rasa. Muka ganazz je. hoho~ 


Dan aq rasa hot setuff dalam cerita nih mestilah Botak, sapa lagi kan si house captain tuh. Watak Apek pulak sempoi gila meneutralkan lagi the whole cerita so takdelah memanjang tunjukkan keganasan dan ketakutan. Family aq suka cerita nih. Bak kata mak aq cerita ni memang bagus ditonton supaya kita tahu apa yang berlaku dalam sekolah juvana camtuh. Overall, aq memang suka cerita nih. =) 


Juvana


Drama Juvana mengingatkan aq dengan pengalaman aq ke Sekolah Henry Gurney, umur aq masa tuh 18 tahun. Underage. Sebelum aq pergi jauh, bak aq kasi tahu Juvana ialah remaja yang bawah umur yang melakukan kesalahan jenayah yang boleh menyebabkan mereka masuk ke lokap. Tapi tak boleh masuk lokap lagi sebab underage. Kalau kesalahan yang dilakukan sangat berat, remaja tersebut akan terus ke lokap lepas grad dari sekolah juvana. 

Aq ke Henry Gurney? Kaw hengat senang ke nak masuk sana? Yeh, aq terpilih. Aq pergi sana sebab Program Latihan Khidmat Negara [PLKN]. Yeh, sekali lagi aq terpilih. Di bawah program khidmat masyarakat tak silap. Sebelum aq pergi cikgu [jurulatih] kami ada nasihat supaya berjaga-jaga, lebih-lebih lagi bagi wirawati. Pehh, gila aq cuak taw??! Yelah, dorang kan dah lama tak tengok dunia luar. Masa aq jejakkan kaki ke sana, ada yang tengah bertukang, stop, ada yang sedang welding, stop. Terpaku. Aq agak cuak. Masuk dalam tuh, tak boleh bawa handphone dan kamera. So, aq cuma cerita jelah pengalaman yang aq ingat keh :

1. Statistik 'pelajar' yang masuk ke dalam sekolah tu semakin meningkat. Luckily, bangsa kita bukan pada ranking tertinggi.
2. Mereka diberi latihan seperti bertukang, buat rumah, baiki enjin dan sebagainya. Jadual mereka memang padat.
3. Pada sesapa yang ingin belajar, cikgu khas akan ajar mereka. Tapi kebanyakannya memang tak nak belajar. It's optional
4. Dalam pada itu, hukuman pada mereka tetap akan dilakukan. Ada hari yang mereka kena habiskan jumlah sebatan dan sebagainya. Sakit gila wo! Aq tengok video yang sebenar. Sepanjang hukuman, doktor mesti ada di sebelah.
5. Warna-warna baju berbeza mengikut batch. Selalunya pelajar 'senior' [pelajar yang tinggal setahun untuk dilepaskan] yang memang dah berubah akan jadi 'pengawas'. lahh, kira cam house captain lah. Dan 'pengawas' nih bertanggung jawab penuh dengan anak buah dia.
6. Ada hari meraka akan lakukan sesi kaunseling di luar. Buat satu bulatan. Semua duduk atas kerusi. Sesi ni diketuai oleh pengawas tadi. 
7. Sesi kaunseling nih amatlah menakutkan bagi aq. Dalam sesi ni, kalau ada pelajar yang tak puas hati sesama mereka akan cuba bersuara, masa ni lah ada yang nak bertumbuk, baling kerusi dan sebagainya. Semuanya terpulang dengan pengawas tadi untuk handle situasi nih. Selalunya, pelajar yang lain akan cuba menenangkan mereka. Muhasabah diri. Lepastuh dah baik dah... =))
8. Ikrar dan lagu Sekolah Henry Gurney memang seriously touching!
9. Kebanyakan yang 'grad' dari sekolah nih memang fully recover. Senang cerita ramai yang jadi budak baik, alim, berdikari. But sadly, ramai jugak yang masuk balik sekolah tuh sebab PANDANGAN TIPIKAL MASYARAKAT, pandangan orang kampung yang tak boleh lupakan dosa mereka yang lepas. Nak tak nak, dorang patah balik ke jalan gelap tuh. =,(
10. Mereka diberi elaun, ada masa boleh outing [tapi masih di bawah pengawasan], ada masa boleh boleh terima kunjungan pelawat.
11. Antara kes yang mereka lakukan : curi motor, pukul orang, rogol, bunuh dan sebagainya. Dari kes yang besar sampailah yang kecik.
12. Ada antara mereka yang berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, tulis sajak. Mereka pon berani je perform depan kami. Rasa berbangga. 


Bawah ni aq letak pics aq masa PLKN dulu. Rasa rindu plak. =) 

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA,
KEM HUTAN REKREASI, AYER KEROH, MELAKA,
SIRI 4/2007, KUMPULAN SATU,
KOMPENI ALPHA.
KELAS KENEGARAAN : CIKGU HENG
KELAS 'CHARACTER BUILDING' : CIKGU HENG

Pakai baju celoreng, ni baru gagah.
Ini bukan baju kilang, ok. Tolong sikit. Ni baju pergi kelas.
Yang ni, seingat aq nak support member aq tuh karaoke. Tema semua hitam.


Apa yang aq belajar : Hidup ni kadang-kala kita nampak macam tak adil bagi kita, tapi walau bagaimana teruk sekali pun, bukan kita yang menjatuhkan hukum, biarlah Tuhan uruskan semua. 


P/s : Dah lama tak dengar cerita pasal member baik aq kat PLKN dulu, Mohamad Azri yang sambut study kat Jepun. Masa aq kenal dia, dia memang hantu Jepun, sekali dapat sambung study kat Jepun, huh, gembira tak gembira je lah kan.
apa u'all rasa? 
11 00 walks Links to this post

Wedding Dress

Friday, May 20, 2011 - si tukang karang : zey at 1:43 PM
Assalamualaikum and Happy Good day to all Korea-lovers and Korea-haters!


Wedding dress a song from Big Bang's group member- Tae Yang. For Korea-lovers, I'm sure you guys had listen or even download this song. As for me, this song is incredibly touched my heart yaww! And to Korea-haters, don't worry much because this song come with many version on You Tube. Meleis version by Nik Irfan, English version by Kevin Lien. And guys, you should, should, should watch the original video by Tae Yang. Gosh, I love the way he dance!! =DD


Big, big credit to Kevin Lien for the words and lyrics for English version of wedding dress. Now, I understand what is the song is all about...geeheee.... =p



Baby, all the times we've had
I kept my feelings wrapped.
I'll always ask myself,
"How did I lose her heart?"
Your love was in my reach 
but now, far gone.
I never thought that 
I would fall this hard. 




I was afraid to tell you 
all the feelings in my heart..
thinking that if I told you,
you and I would fall apart.


I hesitated...
and now our love is breaking...
'cause you move on
and I'm still waiting.


Baby, he won't ever 
love you like I do.
'cause you should be my lady.
Waited for so long 
to say to you...
Come back to me.


It was so perfect in my dreams.
Don't you know that...
I will always 
love you forever.


But baby...
When the church bells ring...
You know I wanted us to be there together.


Now you're in your wedding dress
How could he be the one?


Now it all comes down to this.
Our love is such a bliss
You've blessed me with the best


and now he wants in your heart
I wanted you to know my heart bled for you.
But would he ever do the same for you?
We played this game called Love
but how is it that I came out gone?



Wishing that this could have been real 
this time around, our love.
Tick, tick the times runs
and I can't keep on it
cause time won't tell.
will I make it home?


Well, I guess the time has come
the veil has to come off.
He takes your hand but baby...
Please, don't say "I do"
It's tearing me apart.
It's chocking me
It's piercing my heart and my soul




P/s : Musim cuti sekolah nak dekat, musim kahwin-kahwin pon sama. Kalau ikutkan teori 'How I Met Your Mother', ianya semacam bala bawa ex-couple dalam wedding kita. Tapi aq tengok Anang tuh, lepak chill je siap bolah menyanyi lagi dalam wedding ex-wife dia. Dalam hati dia, sapa tahu kan.
P/s/s : Tak kira, aq still nak cakap Nik Irfan memang handsome! =)
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Ke-normal-an

Thursday, May 19, 2011 - si tukang karang : zey at 1:51 PM
Assalamualaikum and happy good day people.


Sebelum aq pergi terlalu jauh, aq nak tanya beberapa soalan :


1. Apa persamaan Justin Bieber dan Rebecca Black?
2. Apa persamaan Maria Elena, Yuyu Zulaikha dan Fatin Liyana?
3. Apa persamaan Najwa Latiff, Najwa Mahiaddin, Jazz Hayat, Nik Irfan [hhaaahhhhh....*girls screaming~] dan Melda Ahmad?
4. Apa persamaan Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Maria Elena?


Apa persamaan semua sekali yang kat atas tuh? Dapat? Tak dapat gak? Okeh, yang kat atas tuh semuanya gain fame dari video. Tak kiralah via You Tube ke 1Tube ke, yang penting video depa orang duk spread. Ada yang video nak kasi tahu vokal dia yang cambest tuh [macam Rebecca Black misalnya =D], ada yang tunjuk tutorial pemakaian shawl yang super-duper hot lah rasa, yang memang tunjuk bakat dalam mainkan muzik sambil menanyi dan yang paling cool-gila- sempoi video yang kasi tahu satu-satu isu dengan cara yang super-duper sempoi.


Final projek aq untuk semester pendek kali ni ialah menghasilkan video pendek yang berdurasi 3 hingga 5 minit. Tajuk : Kesihatan Mental. Tema : Untuk memberitahu masyarakat untuk menukar pandangan tipikal mereka terhadap mereka yang abnormal. Tajuk, menarik kan? Video ni akan di-upload ke dalam You Tube. Papehal, aq akan update so soon keh.


Sebenarnya, kelas ni pon menarik, menarik sangat. haha! Percaya atau tidak dalam banyak-banyak simptom-simptom 'disorder', trauma, fobia dan sebagainya mungkin ada simptom yang kita ada, tapi tu tak bermaksud kita pon perlu jumpa professional. Tak semestinya mental kita ni tak sihat. 'Mungkin' masih normal. Okeh zey, cakap makin berbelit~


Lagi membuatkan kelas ni fun dan menarik, kuiz pertama ktorang kena denda. Main game crazy of the day. Aq cakap r, memang crazy... gila! Task yang ktorang kena buat : Buat aksi kungfu dalam masa 5 minit kat foyer falulti. Gila tak gila. Satu kuliah jadi saksi. Tak aci tul!
Time ktorang buat aksi, time tulah ada dua pensyarah kan. Sabor jelah. 


Ada aksi Bruce Lee, Hang Tuah, Hang Li Po, Hang Pasai Apa pon ada

Tengoklah tuh peminat, dah macam dalam ring Smack Down pon ada aq rasa

Yang ni dah biasa bertapa zaman muda dulu. Haha!

Aq pon kurang pasti apa aksi yang aq buat nih, macam Naruto Shipudden pon hade
Ini pengaruh kak Intan lah ni tengok cerita korea : Gumiho.

Lima minit camni lenguh gak woyy... Seb bek r aq tunduk bawah. Tapi yang jelik nya aq menonggeng! Haiyooo!! Malu, rasa nak terbang pon hade. Haahh...sebelum aq upload video pendek projek kami nanti, aq perkenalkan yang buat aksi ala-ala kung fu fighter kat atas ni lah orang kuat dalam pembikinan video tuh nanti. Tunggu yawww!!
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Anak Kedua?

Tuesday, May 17, 2011 - si tukang karang : zey at 11:41 PM
Assalamualaikum readers!


Entri kali ni aq cuma nak explain sikit daripada notes yang di-forward oleh member aq, toro kepada aq. Notes mengenai ciri-ciri anak kedua. Di-forwardkan kepada aq sebab aq anak kedua. Bila aq baca, ada betul nya. Ada yang sama dengan perangai aq. 
See? Perangai aq OBVIOUS. Bukan susah sangat pon nak paham aq kan.


ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..


TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..


BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …


HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi


HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka


BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..


ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri


PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah


PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....


1. Anak Manja Ibu
Nak kata aq manja dari kecik, tak rasanya. Cuma mak ada perangai yang aq adore dari kecik. Orang lain yang tak kenal mungkin kata demand, sombong, high taste. Tapi kalau kita berpandangan ikut view mak, kita nampak lain. Sebab itulah apa je yang aq buat, aq akan utamakan nasihat mak. Apa-apa pun. Kalau mak kata tak, maka taklah jawapan aq. Apa-apa sikit ibu? Mestilah!


2. Anak Degil
Degil. Kalau aq kata nak ini, aq mesti dapatkan yang ini. Aq mesti dapatkan walau apa cara sekali pun! Masa zaman sekolah dulu lagilah aq mengada. Aq jenis tak suka beli barang yang sama dengan orang lain, so selalunya aq akan beli barang secara katalog, barulah tak cliche. Aq sanggup tunggu lama berbulan, asalkan aq dapat. Perangai ni boleh tengok dengan cara aq tulis.


3. Tak Pandai Pujuk
Heyy, aq perempuan...takkan aq yang kena pujuk lelaki?


4. Bercinta
Pengorbanan aq sebab cinta? Can't remember.


5. Hitam/Putih
When I said no, it means forever. Tak payah la sesusah nak pujuk aq. Tapi bila aq kata tak kisah, maknanya aq masih fleksibel. 


6. Hati
Okeh, aq mengaku yang satu ni, cuma setengah orang saja yang boleh tegur aq. Tak semua. Kengkadang aq lagi suka orang tegur aq...tapi mesti kena dengan caranya.


7. Berdikari
Aq selalu cuba untuk berdiri atas kaki sendiri. Aq selalu cuba. Tapi kengkadang apa yang aq cuba tu hanya akan lebih menyusahkan orang lain. Macam contoh aq nak balik rumah kekonon nak bagi 'surprise' kat family aq. Balik mengejutlah kiranya. Dah beli tiket segala, sekali satu family aq pergi bershopping sakan kat Melaka...haah, konon indie...tapi ini dah kira membazir. Tiket balik Muar kira burn larr...beli tiket balik Melaka. Rugi!


8. Arahan
Kalau ada yang mengarah aq tuh selalunya mak dan abah. Bukan aq tak buat arahan tuh, aq buat...tapi mungkin lambat. Dan bila kena bagi kerja, aq akan buat muka sepoyo mungkin. haha!


9. Pemaaf & caring
Ini ikut tempatlah. Aq jarang marah, tapi tolonglah jangan bagi aq marah. Aq tak suka orang buat kerja last minute yang ada berkaitan dengan aq. Aq tak suka gak orang ubah daily schedule aq. Terima kasih.


10. Pakaian
Aq rasa pakaian aq takdelah up-to date sangat. Selalunya aq main ambil je mana-mana baju yang senang aq gapai. Yang penting aq selesa. Pepandailah aq mismatch kan baju-baju tu so that takdelah kantoi pakai baju yang sama dalam seminggu!


On Along's Engagement
Insya Allah 4 Jun nih, lepaslah si sulung, yang kedua nanti aq menyusul. uhuk!

apa u'all rasa? 
5 00 walks Links to this post

Hero? Ha-Ha!

Wednesday, May 11, 2011 - si tukang karang : zey at 10:52 PM
Assalamualaikum~


Macam dah lama sangat tak update kan. Latest pasal aq sekarang nih aq buat semester pendek, ulang-alik Muar-Bangi sebab nak tolong apa yang patut untuk wedding aq Along bulan Jun depan. Semester pendek,..kelas bukan banyak sangat pon, membazir beras je banyak.


Okeh, sebelum jadi terlalu basi, aq rasa nak update satu benda.


Guess who? The guy with arrow on the top of his head.



Rasa hero sebab tembak orang tanpa senjata? hoh?! Peperangan dalam Islam merupakan jalan terakhir dalam satu perbalahan. Masih, ianya suatu jalan penyelesaian. Yang bersenjata lawan dengan yang bersenjata, tak kisahlah senjata mahal atau tidak. Itu terpulang pada strategi pertahanan dan kekebalan. Bila dah ada yang menang, mestilah ada yang kalah. Pahit, manis mestilah kena telan. Tapi kalau ada yang menggila menggunakan kuasa sesuka hati membunuh orang paling dikehendaki dunia dengan menggunakan senjata M-4 Carbine lawan orang tanpa senjata baru dikatakan sama rata? Terpulang. Adil? Terpulang. 


Credit to obe for the pic. 


apa u'all rasa? 
5 00 walks Links to this post

Kali ini Untuk Puan Pemaisuri.

Sunday, May 8, 2011 - si tukang karang : zey at 1:42 AM
Assalamualaikum semua!

This special entry is for my beloved mak who gave me birth and love me so much. You're such a wonderful woman, deserve to own all the happiness in the world. Ucapan terima kasih sebanyak gallon air di lautan pon tak cukup kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan yang mak buat. Mak is my superwoman!

She was once a very typical-village woman grown up to be such an independent-beautiful-superwoman.
She teaches me to stand on my own feet on every step I make.
She's the one who cook for me every time I’m starving, oh, she'll never let me starve.
She's the one who put family on her priority no matter what.
What life would be if you own so much money, wealthy enough to sleep on your bed full of coins but have to work far away from your beloved ones?
Yes, she's the one who will throw away all the money in the world just to be with us, her family.
She's the one who would lend me her ear to hear my problem.
Her different perspectives are unique, not like other mommy in the world. Oh, she's the queen of my heart!
She's not the one who easily says yes, but we trust her for making every decision for the family.

I want to be just like her when I grew up. I wanna be a good cook like her, a good taylor like her, a good policewoman like her, a good judge like her, a good driver like her, a good baby sitter like her, a good teacher like her, a good boss like her, a good worker like her, a good counselor like her.

Oh, I love her so much!


Puan Permaisuri

Happy Mother’s day to all moms in the world!


apa u'all rasa? 
5 00 walks Links to this post

Cerita Cinta Mami

Sunday, May 1, 2011 - si tukang karang : zey at 7:20 PM
Assalamualaikum~


Hari ni aq dah selamat sampai ke rumah, dan pada tarikh ini, my baby Zahiril tunang,... dengan Shera Ayob. Tahniah..... ", *senyum terpaksa*


Entri kali ni aq tulis khas untuk generasi akan datang, anak-anak aq. Yer, kalau korang rasa nak termuntah ataupun berdarah hidung dengan ayat-ayat kat bawah ni, aq suggest takyah teruskan membaca yer... =) Entri suka-suki!


First crush mami bermula pada umur mami seawal 11 tahun. Yer, darjah 5. Mami ingat lagi masa tu zaman-zaman Backstreet Boys [BSB] tengah up. Yelah, budak sekolah perempuan, pe lagi masing berebut-rebut nak beli keset BSB. Dan Mami dapat own keset tuh, thanks to Mak Long, sebab dia pon minat gak. Segala poster BSB semua mami ada. You tell me lar, pose mana je yang budak-budak BSB shoot yang mami takde simpan? Sampai sekarang mami simpan lagi satu kotak penuh dengan poster, segala poskad, sticker dan macam-macam lagilah, itu pon kalau nanny kamu tak buang lagi... -_-


Ok, back to first crush mami, bila sebut pasal BSB, hangpa ingat sapa? Ok, korang tak kenal sebab korang budak millenium kononnya, huh! Pada zaman mami, all girls are deadly wanna meet NICK CARTER. Yes, budak yang baby face tuh, termasuklah mak long kamu. Tapi mami lain, mami tak suka minat orang yang semua orang duk minat. Persaingan sebegitu rupa. Mami tak suka. Guess who, mami minat gilaxx kat Alexander James McLean a.k.a AJ Mclean. Mami siap mimpi lagi mami datang konsert dia, mintak autograph dia, peh! 


AJ McLean

But, as years goes by, AJ dah mula terlibat dengan drugs, alcoholic addict. Rehab tu dah macam rumah kedua dia lah mami agak. Lepas tu, mulalah timbul boy band baru 'n sync namanya. Cana nak sebut? Camni anak-anak : and sing. Dah dapat sebut? pandai yer. =) 'n sync ni kurang lebih je cam BSB tuh, almaklumlah syarikat rakaman dorang sama. Alah, macam Super Junior dengan Girls Generation tuh. Ha, cam tu lah. Syarikat yang sama, hasil acuan pon sama.

Kalau sebut pasal 'n sync plak, semua girls mesti scream kat mamat baby face + rambut rinting, si Justin Timbercelake tuh. Yela, mana tak feymes, mamat ni dulu couple dengan Britney Spears taw. Dah macam Prince Charming dengan Princess Fiona Barbie Princess gitu... Mami plak memang tak suka si Britney tuh, sebab mami suka lagi Cristina Aguilera. haha! Korang taw tak Britney tuh pernah kahwin 48 jam je? Mami pon tak taw kenapa dia boleh kahwin dengan budak sekampung dia tuh.

Dalam 'n sync mami minat sapa pelak yer? Mami minat Joshua Scott Chasez a.k.a JC Chasez. Dari nama dia gak lah mami menggatal mengeja nama mami dengan Chaza Hany Dean. Konon-konon ada nama tengah, konon-konon ada nama family. Duh gedik! *letak tangan kat dada, mata naik atas, mulut ternganga. Pada mami, dia macho gila...suara dia memang ummpph! JC berjaya kekalkan nama dia tanpa sebarang gossip, sebarang masalah disiplin. Tetapi mami sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mula khabar angin kata JC Chasez gay dengan Chance Crawford. Kalau tak de angin, takkan pokok bergoyang wooyy. Nah ni, sebagai bukti, mami bagi tengok dua gambar ni. Manalah mami tak sedih.. =( Ha, lagi satu, mami memang tak gemar tul lah dengan mereka yang homoseks neh. huh!


JC Chasez and Chance Crawford

Lepas-lepas tuh, mami mula kenal dengan orang Melayu...yer, mami minat KRU taw dulu. Minat sangat-sangat dengan si Yusry tuh. Yelah, yang kamu tengok cerita lagenda lama Hikayat Merong Mahawangsa tu, Yusry lar pengarahnya. Dia ni kira crush meleis pertama bagi mami huhu~ Mami memang minat semua hasil karya adik-beradik dia tahu? Lebih-lebih lagi video clip diorang, mami suka. Tapi entah, tak taw kenapa, mami berubah angin~


Young-Yusry

Mami berubah angin pulak pergi ke Korea. Masa ni mami dah masuk Sekolah Menangah. Sampai mami sanggup belajar Bahasa Mandarin sebab senang mami nak mintak gambar kat member-member mami yang berbangsa Cina. Sebelum tu Mak Long kamu minat gila dengan cerita Jepun, penuh gaklah dulu bilik kami dua dengan komik Great Teacher Onizuka, Slamdunk, dan banyak lagilah, mami pon lupa. Poster kat dinding? Jangan cerita larr... Tapi dulu mami kurang minat sikit dengan Jepun, sebab dorang suka mandi...macam Shizuka tuh. Shizuka sapa? Nanti korang tanya pakcik gugel. Hero Korea pertama yang mami minat ialah Won Bin. Kachak gila taw dia. Tapi korang jangan gatal tangan nak search gambar Won Bin masa muda. Yer, mami tahu, plastik surgery. =,(

Won Bin


Lepastuh mami ada crush balik kat omputih, mami tengok cerita kat tv Singapore, movie Edward Scissorhand. Best cerita neh. Ha..? nak tengok, takpe nanti kita cari DVD kat Mydin yer. Cerita ni buat mami betul-betul sebak dengan mamat yang bertangan gunting ni, tapi punya hati. Sebak lakonan Johnny Depp. Daripada movie tuh, mami terus falling kat Johnny Depp, tengok jelah blog mami tu dulu banyak gambar Johnny. Nanti kamu semua download lar cerita Pirates of the Carribean tuh k. 

Edward Scissorhand

Dan akhir sekali, barulah mami jumpa dengan daddy kamu ni. Walaupun muka dia tak sehensem JC, tapi sedap mata mami memandang, walaupun perangai dia agak annoying macam AJ, tapi tulah yang mami suka. Muka daddy kamu semanis Yusry walaupun kulit dia tak secerah Won Bin. Walaupun daddy kamu suka buat mami marah, sedih, gembira, sebak tapi tulah yang mami minat sampai lah dapat kamu semua... 




P/s : Satu hal yang patut tahu [ceh, ayat nak merong!] masa ayat ini ditulis, aq masih belum ada steady boy.
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME