Kekok

Thursday, April 28, 2011 - si tukang karang : zey at 9:22 PM
Assalamualaikum~

Kaw dengan aq pernah kekok.
Iya, pernah...aq gunakan perkataan pernah sebab aq tak nak rasa ni berpanjangan.
Semuanya sebab sifat ketidak matangan melebihi sikap Kesetiaan.
Nyesal? Oh, satu perkataan yang aq melarang diri aq menyebutnya.
Aq sayang kaw. 
Aq tak guna perkataan pernah sebab aq masih sayang kaw sekarang.
Mungkin dengan cara aq sekarang kaw ingat aq benci kaw sangat-sangat.
Tapi, tak. Kaw tahu aq tak pernah benci kaw?
Tapi aq pernah terkilan, dan kini aq kekok.
Tapi masih aq sayang kat kaw. Tahu?
Aq sayang kaw.
Aq sayang kaw.
Disebabkan aq sayang kaw, aq tak pernah tinggikan suara kat kaw.
Aq tak pernah tunjukkan rasa marah aq kat kaw.
Tapi, aq tahu sampai sekarang kaw masih kenal lagi perangai aq yang satu ni.
Kalaulah aq dapat putar balik masa.
Aq cuma nak jadi lebih matang. 
Menggunakan akal fikiran yang panjang daripada menggunakan akal aq yang pendek.
Iya, pendek akal. Punca semuanya.
Dan kaw ajar aq banyak benda.
Perasaan. Aq tak boleh simpan.
Kalau aq marah, aq kena luahkan,
Kalau aq tak berkenan, aq kena cakap,
Sebab bila simpan...mulalah berdendam.
Oh, aq tak pernah dendam kat kaw.
Pasal yang lepas, aq belajar untuk Menghargai.
Aq nak cakap lagi sekali,
Aq sayang kat kaw.
Nak balik macam dulu? 
Oh, aq rasa kekok. Engkaw?
Aq sayang kaw.


Bitter and Sweet is a Perfect Combination. Isn't it?




Melastik Bintang - Adrenalin



Hari dan hidupku takkan seindah dulu tanpamu.
Ada hikmahnya hidup tanpa kasih darimu, sygmu, senyummu.
Seharusnya aku terus melangkah kaki dgnmu
melindungmu, menjagamu, lebih berbanding diriku
Dan ku akur silapku
terlalu sempit mindaku, akalku, sangkarmu
namun salahkah aku? kau sering berselingkuh, selalu, terlalu
Andai ada penggantimu
akanku peluk dinginnya
melindungnya, menjaganya, lebih berbanding diriku
Seharusnya aku terus melangkah kaki dgnmu
melindungmu, menjagamu, lebih berbanding diriku
andai ada penggantimu
akanku peluk dinginnya
melindungnya, menjaganya, lebih berbanding diriku

Kalau ikut teori nami, well u got 48 hours to fix the relationship, extanded than that it will be different.

P/s : Nama kaw pernah aq sebut berulang-kali dalam doa selepas solat aq.
P/s/s : And hey, I am not a fag!
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Ku Menanti...Ku Menunggu~

Friday, April 22, 2011 - si tukang karang : zey at 12:17 AM
Assalamualaikum~


Cerita ni mungkin dah basi, tapi entah lagu yang terciplak dan menciplak ni asyik dimainkan kat radio je. Biasalah radio Malaysia, berbuih mulut kata sokong lagu kita, but still mainkan lagu luar. Aq tak kesah sangat dalam bab mainkan lagu luar sebab muzik tu universal. You hate that sound, you don't give the damn about it. Aq sendiri layan lagu omputih, lagu korea dan macam-macam lagilah. Tapi agak-agaklah kalau lagu standard sampah, nak tercabut telinga aq ni dengar, awat la hangpa duk mainkan lagu tuh again and again. Ada banyak kot lagu-lagu bawah tanah independent yang sedap je dengar, sedap je lirik lagu. Tapi, biasalah bila budak-budak indie dah masuk main stream,...lagu dah berubah. Daripada asalnya lagu-lagu omputih, dah tukar nyanyi lagu Melayu. Well, kena ikut kehandak market. 


Kaw kenal band ni? Ini band STATIK.
Bagak with his new hair-cut.



Panjang intro aq hari ni. Actually, aq cuma nak cerita pasal lagu Ella : Ku Merindu dan lagu Rossa : Ku Menanti. Aq agak korang mesti pernah dengar lagu baru Rossa yang seakan-akan sama dengan lagu Ella. At first aq ingatkan depa ni memang collab dua ke...rupanya idak! Rossa siap boleh buat-buat terkejut lagi dengan lagu dia yang sama dengan Ella. Ditambah lagi, dia tak pernah pon dengar lagu Ella tuh. herrkh? --_- tapi yang radio kita asyik mainkan lagu tu kenapa? haiih,


Oklah, korang sambung la baca kat entri Irene Nadia Marcello nih.






P/s : Aq harap pada adults yang ada Pedophile tuh, tak yah la bukak belog si cumil Irene nih. Huhu~ 
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Kita Kehilangan~

Thursday, April 21, 2011 - si tukang karang : zey at 12:15 AM
Assalamualaikum~


Lensa Rosak

Seingat aq, aq tak pernah tulis lagi pasal my incredibly gorgeous blogger yang satu nih : AlexiaAqram. Ya, the way his thinking memang incredible. Dan semalam 20 April secara officialnya the end of his blog. No...no..maksud aq Blog Lensa Rosak. Tapi beliau still akan teruskan perjuangan dia dalam Pseudosains dan Terfaktab. Mungkin boleh ganti list incredibly gorgeous aq nanti. Masa awal-awal dulu aq ingatkan belog dia neh cerita pasal gambar. Yelah, pasal lensa. Tapi rupanya lensa tu bukanlah lensa kamera, tapi lensa mata dia...lensa mata dia yang tengok dari sudut yang lain daripada manusia tipikal.  Dan dalam blog dia gak aq pernah terharu. But anyways...aq rasa nak letak link entri-entri cambest dalam blog beliau. Pada blogger yang belum sempat kenal lensa rosak, korang... mmm... rugi... serious. Oh, sebak seyh! 

Antara entri terawal yang aq suka dan aq sebarkan : 


Itu tak masuk lagi bila Aqram berjiwang dengan Alexia...memang, peh... sweet gila tahu? They both are like so sweet... 

Anyway, pada blog-walker yang lain, selamatlah berjalan-jalan ke entri-entri lama AA. Minda korang akan berkembang dan memang korang takkan rugi. Sekian,


P/s : Peh, gigih gila aq cari balik entri AA yang lama-lama...haaah~
apa u'all rasa? 
10 00 walks Links to this post

Berlari la kaw, Mencari Konco?

Wednesday, April 20, 2011 - si tukang karang : zey at 10:56 AM
Dia ni wannbe...versi gedempul....konon unedited version....tapi pic dia semua bloom high 13 kali punya... aq malas nak cerita, aq brain wash dia...k, fine...dia tak approve komen aq....dasar chicken, drumstick tul lah!


Honestly aq kenal minah tak sedar diri ni pon dari wall facebook Mr K. Konon masa tuh dia dating dengan mamat so-call Mr k, then letak link kat wall Mr K. Gila. Aq mati-mati ingatkan cik ayam ni awek Mr k tahu? Sebab aq dah baca blog Mr k for ages, masakan Mr k boleh main cinta dengan gadis si ayam ini. Rupanya ini cara cik ayam mintak perhatian... but my incredibly gorgeous Mr K tak melenting pon, langsung tak letak link cik ayam kat mana-mana entri dia....I suka cara you khairul! Oh, come on...si milimilo yang ada ehem-ehem dengan Mr K pon tak kecoh larr!


Ok, bak sini aq cerita pasal akta memplagiat dalam dunia belog yang aq tahu. Sedikit ilmu yang aq timba masa semester pendek yang lepas. Dengar sini, mana-mana karya yang kita publish kat umum, kita mesti wajib kreditkan pada tuan punya karya. Itu Karya. bukan gambar. Aq ulang, bukan gambar...Gambar yang kaw ambil, tapi kaw wat entri versi jilat-punggung, walaupun tak di kreditkan pon, trust me the cik ayam will still know you...dan letak link blog kaw kat entri dia...toche, toche,...sebab payungkan saya.... toche....~


Jom, ikut aq pergi US. Korang cuba google gambar PRESIDENT BARRACK OBAMA. Banyak kan gambar? Ada gak yang diedit gila-gila. Ada tuh yang letak gambar si Barrack tak pakai pape....Si Michelle pon boleh lepak je. Sebab ape? Sebab apa? Sebab orang tahu yang tu bukan badan dia...Ada tak si Barrack tu tetiba melenting nak detect si pengedit tuh, pastu letak bom bawah rumah dia? Dengan kuasa yang dia ada, dia boleh je buat. Tapi dia tak buat! Sebab? Benda kecik doe! Kecik cam dinoflagellate kaw nak besarkan saiz giant squid. Kejadah!  

And that blogger was just wrote the evolution of hijab based on his view. Most peeps reading blog to hear other point of view, and this is his view. His perspective. Come on, don't be like so-close minded...I don't mind of you wear like those 70's fashion, but your thinking is 70's! Gosh, so lame! Trend kaw plak menjadi ikutan. Tak kiralah ikutan untuk dikutuk atau dipuji [blueek!]. Then, kaw tak bangga ke trend kaw tu telah ter-evolusi. Oh, kaw tak nampak tuh, sebab kaw marah orang guna gambar kaw.


*Ini adalah antara isi komen yang aq hantar, tapi tidak di-approve. Aq cuma nak tengok dia reply hape, xde kerja doe aq nak tgk blog dia tuh!


Again, untuk kawan-kawan yang kita suka.


Inspektor Ramos -Hujan.

Muda memberontak etika yang kononnya akan dipegang sampai ke hari tuanya
Jari jemari contoh lidah tidak bertulang yang berkuasa
Sains dan agama tidak sehaluan menjadi puak-puak yang lemah
Hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampak batu menyorok tangannya


Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya

Digital kini semuanya digital-digital belaka
Dari syurga ke neraka dimuat turun ke dalam komputer ribanya
Cinta songsang diterbalik dunia mata keranjang laki-laki dan wanita
Pembangkang mahu publisiti murahan memfitnah cuma senjata ringannya

P/s : Come on people, we don't seek for any FAME from this blogosphere~
P/s/s : Kalau kaw approve je comment aq tuh, boleh la kawtim...kira kes setel.
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Just The Way You Are

Monday, April 18, 2011 - si tukang karang : zey at 1:44 AM
Hola people!
*Ini cuma essay UPSR je LOL!


Too many to be choose from? ha-ha!



I don't search for a boy that says 'love you' every time we met, that says 'missing you' every time we leave, that says trillion time that he is loyal to me even though he don't even know the meaning of it, that buy me handyplasts, panadols, to show that he cares. I am searching for a boy that don't have any of those characters but COMPASSION. Yes, I am inside him and he is inside me. I don't want you to be what YOU want, I just want you to be comfortably on your own skin, dear. That's all, and now you keep telling me that I am 'high maintenance' and whatsover...well, you got no idea why I don't 'appreciate' your try-so-hard-thingy. 




P/s : Agak-agak budak-budak Hujan tu tengah scrabble word apa yer?
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

[Review Movie] Just Go With It

Saturday, April 16, 2011 - si tukang karang : zey at 1:46 PM
Assalamualaikum~


Malam semalam aq tengok wayang. Ok, rasa cam dah berabad gila kan aq tak buat review pasal any movies kat sini. Sebab, the truth is aq memang dah berkurun tak tengok wayang. Dan semalam ada seorang member, budak master fikiran celaru...pasal pakwe dia mungkin...dan dia ajak kami untuk lepaskan tension dia. Ok, aq ikut je. Actually this was like the first time aq hang-out ngn dorang. Dorang dah banyak kali ajak before this. Cuma kali ni je aq ada kelapangan. 


Just Go With It!
Jalan cerita memang nampak tipikal. Nampak biasa. Well, you know bila one guy [Adam Sandler] 'falling in love' dengan a very damn hawt sexy girl, he tried so hard to get that girl, dan jalan paling simple [mungkin] adalah dengan bantuan kawan sendiri. Kawan tu pulak perempuan [Jennifer Aniston]. Oh, come on, a girl and a boy yang sangat2 rapat...know each other for years, takkan takde rasa sayang kan? Cumanya mereka sendiri tak nampak.

But...but this movie is not like other typical-bestfriends falling in love. Cerita ni memang lawak gila nak mati. Well, it's Adam Sandler, paham-paham jelah lawak dia yang kengkadang 18sx tu. haha! and honestly, I just falling in love with him. Oh, come on, aq dah tengok dia berlakon dengan banyak cerita...aq dah banyak gelak dengan lawak dia, but this time...I...just...MELT! From this movie, now I know why most girls love dating with funny guy. 

Adam Sandler and Jennifer Aniston
And...and....Jennifer Anniston, she is so damn hawt! Gosh, how we miss her. Dah lama tak tengok dia berlakon kan? And rambut dia, memang cantik gila...muka dia maintain awet muda je...haha! Seriously, you guys patot tengok cerita neh. Memang tak rugi~ Seorang lagi actress, okeh, takdelah hawt mana...bak kata member aq tuh : badan berisi! haha! 

Yang diraikan, yang sedang berjiwa lara : SHIRA.






P/s : Bila hang-out dengan budak-budak nih, ada je soalan cepu mas.
Yes, i am single. I don't have any steady boyfriend. 
BUT I do have stories that I rarely wanna talk about. 
Thanks. Respect. Thanks. Tanya. 
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Maskulin

Friday, April 15, 2011 - si tukang karang : zey at 3:55 PM
Assalamualaikum~


Tetiba minggu neh, timbul pulak mood gatal aq nak selak majalah Maskulin kan? haha! Siap beli pinjam kat member lagi. hoho... =)


Nama dia Haziq Aliff. Nak kenal? Oh, dia sudah berpunya.



Okeh, aq ada satu fakta yang menarik yang aq rasa nak kongsi bersama : 


Anda mungkin tidak membercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina dan diterbitkan dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresikan dengan bersikap murung.
Dengan kata yang mudah difahami : 
Apabila putus cinta, kaum lelaki adalah yang lebih merana.




Big credit to Maskulin's magazine volume 115, issue April 2011.   


P/s : Finalis favourite model korand dah keluar. Pe lagi? G r vote :
KK MAS P2 04 hantar ke 33333 
=)
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Seriously Annoying Pukul 2 Pagi

Thursday, April 14, 2011 - si tukang karang : zey at 12:17 PM
Assalamualaikum~


**Entri yang ni aq rasa tak elok kalau korang baca pukul 2pagi. Baik korang baca esok paginya. Haha!
Ada yang kata tak elok 'burning the midnight oil' = study memalam buta. Tapi sebenarnya malam lah lagi tenang, nak study pon best...boleh bancuh air kalau bosan, boleh order karipap bakar roti bila lapar. Dalam ketenangan ni plak ada je benda-benda yang aq tak gemar. haiihhh.....korang bacalah kat bawah ni ha,


Kak Limah Pon takut uuu....~



Seriously annoying pukul 2 pagi macam nih :


1. Kaw masuk toilet, kaw bernanyi. Kaw membuang kaw sambung nyanyian kaw tuh. Kalau lagu Joe Flizzow...u got do it...do it....aq pon semangat je nak join kaw membuang. Tapi lagu kaw tuh lagu zaman Parameswara, sikit maju dari Hikayat Merong Mahawangsa. Okeh, aq lagi semanagat untuk lari!


2. Kaw duduk kat tepi tangga. Senang cerita kaw bergayut. Bergelak sakan, sebab pakwe kaw buat lawak tahap maharaja lawak. Lawak gila pecah perut. Itu tak dehal. Aq boleh tabah lagi dengar. Tapi bila part pakwe kaw mula bercerita cerita Titanic, aq dah rasa tak best. Kaw plak menangis...makin aq cuak, eh, makin kuat kaw nangis yer. Siap kaw esok pagi!


3. Pukul 2 pagi. Biasalah sunyi...dapatlah aq blogwalking study dengan tenang. Tetiba, takde angin, takde ribut...korang satu bilik bergelak sakan! Terkezut makk, nokks! Kalau ye pon korang feel tengok si Ucop Wilcha tuh, agak-agaklah kan nak tengok waktu-waktu cenggini yer?


4. Member ketuk pintu bilik dengan penuh kencang tanpa gtaw nama. Ok, this one is so creapy. Pernah terjadi. Aq sorang tak tido lagi. Da lah aq pakai headset, tetiba dengar bunyi pintu kena ketuk. Sikit lagi nak pecah pintu aq ni taw. Aq terus melompat naik katil roomate aq. Opocot!


5. Yang ni aq tak tawlah, ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi pada aq, pada waktu-waktu camni, bila nak g toilet tuh, hentak kaki takyah lah nak bunyi sakan woyy...nyett..nyett.... Ada orang, bila bunyi selipar camtuh, baru confident nak g toilet sebab 'kononnya' ada gak nak g toilet. Tapi pada aq "kalau yang bunyi tuh bukan manusia cana?" wow!






P/s : Okeh, selamat study semua!! =D
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

First-Night-Dress

Wednesday, April 13, 2011 - si tukang karang : zey at 10:35 AM
Assalamualaikum~



Yang ni namanya uniform-bekerja.
[On Along's Engagement Ceremony]



Aq pantang betul lah budak-budak nih, dalam bilik kolej pon kaw nak pakai First-night-dress kaw nak goda sapa? Tampar mahu?







Ini mesti kes webcam memalam buta, bila roomate dah tidur. Sengal apa?







Aq neh, nak tido pakai bedak sejuk [yang mak swoh pakai] nak webcam amendanya? haha!




P/s : Wifi Jaring semakin gastropod. Thanks a lot!
apa u'all rasa? 
8 00 walks Links to this post

Perubahan [Irma dan Asyraf]

Friday, April 8, 2011 - si tukang karang : zey at 9:04 PM
Assalamualaikum~



Ramai orang kata Irma Hasmie makin cun, makin comel, bila pakai tudung. Tipulah, muka dia sama je, tapi apa yang nampak beza sangat ialah dia nampak mahal. Takyah tunjuk mutiara Rafflesia, pakai Hijab cukup membuatkan orang-orang kat luar sana tak berani cuit sesuka hati. =)


Betul lah bak kata Asyraf Muslim, "Jangan takut lakukan perubahan". 






p/s : Bila aq tenung punya tenung muka Irma dan Asyraf, ada nampak keserasian gitu. Ehem.
apa u'all rasa? 
8 00 walks Links to this post

It's Final!

si tukang karang : zey at 6:02 PM
Heyyo peeps.


Final exam is just around the corner. The first day of exam which is my first paper will be on 11th April. Yes, next Monday. And the first LUCKY paper is : MARINE CHEMISTRY. Gosshh..


Getting a New Life? LOL!


So, my dear silent readers, I'm not going to update anything on this lovey dudiee blog for the moment. But still, i will have a walk to your blog and drop some 'cool' comment. haha~ Kthxbai!
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Untuk Kawan-kawan yang Kita Suka.

Wednesday, April 6, 2011 - si tukang karang : zey at 6:41 PM
Hola people! (Hawaiian-style gitu~)


Tokyo Bloom, Penang Matriculation College, Batch 2008


Bruno Mars-Count On Me
If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do,
oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

You'll always have my shoulder when you cry

I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you





P/s : Dalam pic tuh, agak2 aq yang mana satu? =)
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Gossip...youuu....~

Tuesday, April 5, 2011 - si tukang karang : zey at 10:49 PM
Hola kaki gossip~


Yang ni kaki jalan
Ajib, Iqa, Along



Sebut pasal gossip, laju je yer nak kliknya? haha! Anyway, gossip kali ni yang aq nak cerita mungkin dah basi. Mungkin dah ramai orang taw, sebab bila aq gugel nama beliau sat tadi, ada je nama beliau dengan girl dia..hoihh... Dan aq secara jujurnya baru taw, time aq jaga kedai tadi. Baca magazine secara free. Aq terkejut! Jaw open siap. Nasib baik takde customer kalau tak mesti best je kena menganjing [cam kes aq nyanyi lagu grenade kat motor, hampeh r mamat tuh!]


Kenapa aq terkejut bagai? Sebab aq minat dia dalam-dalam wo. Aq baca blog dia. Since dia celebrate birthday dia tahun ni, aq dah smell something fishy happen. Bau macam ikan goreng kunyit. Sluurpp! --_- Pertama aq agak beliau dengan Liyana Jasmay. Tapi, gayanya macam abang dan adik, tak lebih dari tu. Bila aq usha lagi, aq agak beliau dengan Anna Raffali neh, semacam je asyik2 muka dia je kat VC Anna Raffali tuh. Sapa admire sapa?
Aq dah agak korang yang bijak pandai neh, mesti dah dapat teka kan?


Zahiril Adzim

Ha,..ye..betul lah tu....Zahiril Adzim. Bulan Mei ni nak bertunang da woii. Depa couple dah 6 bulan dah. dan aq baru tahu hari ni.. =( Depa dua plan tak maw tunang lama-lama, nak ikat sat saja, pastuh terus nikah. Well, itu yang terbaik, boy! Mamat nih couple bukan dengan calang-calang orang wo. Personaliti TV3. Cantik, comel orangnya. Seriously, aq restu depa dua! Cepat kahwin, pastu dapat anak comel-comel yer? hoho. Dan girl ni dulu pernah couple dengan Kamal Adli. eh, ni dah gossip liar namanya.

Ini dia girl yang bertuah : Shera Ayob!



“Walaupun sekadar majlis pertunangan sahaja, ia adalah satu perkara yang perlu diambil serius dan saya agak berdebar-debar menunggu hari tersebut.
“Justeru itu, selain beberapa filem lakonan saya yang bakal dikeluarkan seperti Senjakala dan Bunohan, saya juga akan memberi fokus mengenai persiapan pertunangan ini”
“Alhamdulillah, setakat ini kami sudah pun berjumpa dengan kedua-dua belah keluarga kami dan saya sudah pun bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami Shera” Zahiril Adzim.
 Okeh..okeh kepada peminat Boy, korang janganlah hampa yer. Doakanlah yang terbaik buat mereka dua. Latest mengenai Boy, filem terbaru dia akan keluar di pawagam 14 April 2011 : Senjakala. Cerita Ahmad Idham. Aq harap cerita ni tak macam cerita seram yang biasa Ahmad Idham buat. Kalau aq tengok pon, mungkin sebab Boy. Well, aq kalau tengok wayang mestilah berkira, siapa lead actornya [actress tak senarai okeh?], siapa penerbitnya, siapa directornya. Yelah, kalau Movie Prof Madya A. Razak Mohaideen, korang boleh agak kan ceritanya camna. Tapi pada aq, director Malaysia yang aq admire habis dengan movie dia ialah : Mamat Khalid! Filem-filem dia memang sempoi habis wo!


Instead of having six packs abs, he got one spare tire! Kaw hade?! 

apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

HARI TANPA BEG PLASTIK katanya.

Monday, April 4, 2011 - si tukang karang : zey at 6:51 PM
Assalamualaikum and happy good day people.


Semalam aq selamat sampai ke uni, kembali dengan semangat baru setelah di-brainwash dengan kata-kata perangsang mak, abah n Along. Thanks again. Bila aq merajuk, bila aq marah, aq tak suka orang duk sebut perkara yang telah terjadi. Dia tetap dia dan ini kali pertama buat aq. Nasi dah jadi bubur, buat apa nak sebut pasal nasi lagi? Baik kita pikir lauk untuk bubur tadi. Yedak? So, aq sampai uni dengan nafas yang baru gitu. Cewah! 


Buat masa sekarang nih, family aq tersangatlah sibuk dengan persiapan kahwin akak aq. Dua orang adik perempuan aq telah dikuarantin sebab depa amek exam besar tahun ni. Sorang PMR, sorang lagi SPM. Makanya, aq dengan Chibby lah yang macam duo-clown kat rumah tuh. hurmmm. 


Clown



Hari minggu yang lepas, aq dengan rasa girangnya bagai final exam jauh lagi, ikut depa shopping barangan wedding. Hari Sabtu. Public Holiday. Ktorang shopping kat Melaka. Dah tahu yang hari ni hari TANPA BEG PLASTIK. Makanya, ktorang sediakanlah shopping bag. Barulah green. Barulah back to mother nature. Barulah kata kita sokong kempen hijau nih. 


HARI TANPA BEG PLASTIK. Aq sebagai budak biologi, tak pernah bangkang kempen hijau nih. Aq sokong. Malah, aq bagi kesedaran kat family aq. Econsave belakang rumah ktorang pon time melancarkan kempen nih, jemput mak. Satu hari tanpa beg plastik? Takdehal. Ada certain shopping complex, akan charge 20sen kalau nak mintak plastik. Ada pulak yang jual beg dia sendiri bagi menggantikan plastik. Itu takdehal, dah Mesia susah sangat nak tukar beg plastik dengan beg kertas cam omputih tuh. Mungkin ada sebab. Ada girl yang nak beli pad, bawa siap2 beg sendiri. Bukan malu, bukan segan. Tapi worth it ke gtaw satu dunia hormon tak seimbang kaw tuh ha?


Berbalik pada hari Sabtu yang lepas, kami berbelanja di satu shopping complex kat Melaka. Aq yang tukang bawa segala shopping bag family. Bukan satu, bukan kecik. Tapi besar gak r... yelah shopping barang rumah sekali. Mananya sikitkan. Disebabkan shopping bag tuh takde isi, makanya aq lipatlah elok-elok, masuk dalam beg Domu-kun aq neh. Aq orang yang terakhir masuk. Family aq dah masuk jauh kedalam kedai. Aq dah masuk, tetiba pak gad tuh kata 
"eh..dik...dik....apa beg tuh, beg sila letak kat luar"
"ha? dalam ni ada shopping bag, cek r kalau nak"
"x...x...letak luar"
"haa...? Kata hari ni takde beg plastik."
"Takde...takde...letak kat luar"


Gemuk!



Aq bengang gak r kan. Aq rasa maybe kedai nih, dikecualikanlah kot. Lagi satu aq rasa depa ni hengat aq nih perompak bersenjata kot. Takut kot2 aq samun satu kedai. Oh,come on, apa guna lu letak censor bagai kat luar pintu tuh kalau takleh detect penyamun? Oh, mungkin lu malas nak tag setiap item dengan barkod. Mana boleh detect kan? LOL! 


Lepastuh, kami pon sambung aktiviti shopping kami. Setiap tingkat kami pergi. Dan barangan plak, penuh satu bakul. Nak terkeluar pon ada. Cashier plak kat aras bawah sekali. [Aq syak dak Melaka mesti dah tahu tempat nih] Time bayar. Ni part paling best. Cashier tuh tanya mak "Ada bawa beg?"
Aq plak menjawab "Tadi masa masuk, kata tak boleh bawa beg?"
"Beg kat mana?"
"Luar r!"
"Haa.....boleh ambik la"


Watde fish? Aq ngn menggelegak nya, keluarlah ambik beg tuh. Bila masuk balik. Aq sempat bagi sedas dua kat pakgad tuh, dengan cashier2 sekali kena. Kalau kaw lawyer ke, majistret, doktor, paling tak pon doktor falsafah, cukup buat aq terdiam. Tapi korang ada? Takde kan? Meh sini giliran aq untuk tembak korang sedas dua barang.
"Tadi kata tak boleh bawa beg? Kalau dah tak bagi nak bawak beg, takyah r nak tahan customer masa kat entrance tadi. Sengal! Orang buat hari takde plastik beg, kaw pon nak buat. Sekarang nak cop resit plak. Pejadahnya?!"


Cukup r tuh, aq tak pernah buat perangai camni wo. Masa makan, mak aq kata "Lain kali, takyah wat camtuh, biarkan je...orang tu kan dah tua..."
"Mak...customer always right. Ni seb bek dia tegur orang, kalau dia tegur nenek tua, ntah cana gayanya. Kita ada hak mak..."










p/s : Ada yang sokong, ada yang bangkang Hari Tanpa Beg Plastik. Korang plak cane? Kalau barang kering masuk dalam beg, takdehal. Barangan fresh plak cane? Masuk dalam beg? Aq pon geli woii! Nanti plak takut ada market letak sign awal2 "Bakul dan beg tidak dibenarkan masuk". Kejadah!
apa u'all rasa? 
8 00 walks Links to this post

My Ugly Truth #3

Saturday, April 2, 2011 - si tukang karang : zey at 2:04 AM
Assalamualaikum~
Nasi Kandar Pantai Penyabong, Mersing, Johore
Dalam bab makanan, aq ter-sangatlah flexible. 
Well, aq suka mencuba!

Apa gunanya study sampai kat Penang, kalau tak pernah rasa pasembur?
Apa gunanya singgah Sungai Dua kalau tak pekena mee udang?
Apa gunanya berjauhan dari family kalau tak pernah rasa ikan keli?
Apa gunanya pergi ke Sarawak, kalau tak pernah rasa laksa Sarawak?
Apa gunanya pergi Pantai Penyabong, kalau tak rasa belangkas bakar? [err?]
Apa gunanya lepaking kat mapley kalau tak hisap Shisha? wo! =0,
















p/s : apa gunanya duk kat Muar, kalau tak reti masak mee bandung. ehem.
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Dearest Chaza~

Friday, April 1, 2011 - si tukang karang : zey at 2:58 AM
I am stronger on the surface. Not all the way through -zey-


Dearest chaza sayang,


Apa yang berlaku tadi, benda kecik je. Chaza kan kuat. Chaza selalu kata nak jadi cam orang yang kuat kan, independent cam Mak. Humble cam Abah. Chaza selalu cakap camtuh kan? Chaza sayang kena kuat, kena kental, chaza kata nak jadi ganas cam jerung kan? Chaza pernah nampak jerung nangis? Chaza pernah nampak jerung nangis cam penyu?


Chaza tahu tak, bila umur kita dah meningkat, lagi ramai yang kenal kita. Chaza tahu apa maknanya? Maknanya setiap hari kita akan berhubung dengan 1001 jenis ragam manusia. Ragam manusia ni memang banyak 'variety' Chaza. Tapi, Chaza ingatlah : Setiap sesuatu ada hikmah. Fikirlah dengan akal dan nilailah dengan iman. Chaza sepatutnya bersyukur, sebab Chaza masih layak menerima dugaan Tuhan pada peringkat awal. Cuba Chaza bayangkan kalau Tuhan mahu menguji Chaza lagi? Bukankah lagi pedih?


Kalau dulu, masa Chaza baby, Chaza ingat lagi tak masa tu umur Chaza setahun lebih, time tuh Chaza tak begitu kenal lagi dengan dunia. Lepastuh, lahir adik lelaki Chaza. Bila dia lahir, Chaza ada satu perasaan. Satu perasaan yang Chaza sendiri tak tahu. Chaza simpan, tapi masa tuh, Abah, Mak, Kak Ju tahu yang Chaza sebenarnya 'jealous' kan? Bila dah membesar dengan adik lelaki Chaza yang cuma beza setahun je, Chaza rasa seronok kan? Rasa cam ada 'member kamcing'. Chaza nampak tak, dulu Chaza tak taw apa yang akan berlaku nanti, bila dah laluinya, barulah rasa manisnya kan?


Najwa Mahiaddin
" u got to go...goo...goo...go.....~"


Macam tuh jugaklah masa Chaza kat sekolah rendah, ada konflik dengan cikgu. Masuk sekolah menengah, Chaza ingat lagi tak pasal 'the toilet-thingy' yang tak pasal-pasal Chaza terlibat. Kena gantung kelas, duk depan bilik Penyelia Petang, kawan-kawan lain semua dah balik, Chaza tak balik lagi. Chaza diam.  Chaza tak cerita kat cikgu dan ya, waktu tu cikgu pun tak nak dengar. Lagi bertambah dugaan, nama Chaza dan sorang lagi member Chaza di-black list daripada nama PENGAWAS. Perhimpunan minggu depannya, penyelia petang sarkastik dalam ucapan beliau. Chaza diam. Yang tahu cuma Mak. Chaza tak salah, tapi lepastuh Chaza tahu kan apa yang jadi? Cikgu yang hantar Chaza kat depan bilik Penyelia Petang tuh, tukar sekolah. Dia mungkin tahu apa silap dia, dan Chaza tak silap sebab tak cakap. Chaza terus diam. Dan sekarang, Chaza nampak kan hikmahnya? Walaupun jawatan Chaza ditarik, Chaza dapat fokus dalam PMR. Chaza perform. Dan tahun depannya, cikgu disiplin mintak Chaza apply jawatan lama. Chaza cuma cakap "terima kasih."


Macam tu jugaklah yang berlaku masa Chaza dapat PLKN kat kem Ayer Keroh, Melaka. Sebulan Chaza homesick kan? Tapi bila dah keluar, rasa rindu plak kenapalah kem tu sekejap sangat? Masa Chaza dapat tawaran belajar kat Penang, Chaza rasa downkan. Hujung dunialah Chaza rasa, tak de saudara kat sana. Sampai semua ahli keluarga Chaza yakinkan Chaza yang kita pergi sana untuk ilmu. Surrounding, pedehal? Bila dah sampai Penang, ramai yang senang hati / sayang kat Chaza kan? Semua orang sayang kat Chaza. Chaza plak rasa seronok pergi tempat yang takde sapa tahu asal-usul Chaza. dan mungkin sebab kan itu Tuhan tarik balik rasa sayang tuh, Tuhan nak Chaza belajar daripada kesilapan yang Chaza sendiri buat. Tuhan nak Chaza kembali ke landasan yang benar. Chaza sayang dah belajar semua tu kan?


Dan sekarang, Chaza tahu tak, Allah dah jadikan takdir yang terbaik untuk Chaza. Yer, yang benar tu sangat pahit. Andai kata kebenaran tu tak de rasa, Chaza tak dapat tahu kan? Malah Chaza tak perasan pon, tak ingat dan Chaza tak akan belajar. Chaza sayang tengah belajar, belajar dan belajar. Pasang niat siap-siap. Belajar kerana ilmu, ilmu kerana Allah. Chaza sayang kena tahu : INI BARU SATU PERMULAAN.












p/s : And to all my lovely readers, this entry was written to give strength to Chaza. Been written here, so she won't never forget to be better and better in the future. 
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME