[Fakta] : Mati Mengejut

Wednesday, March 30, 2011 - si tukang karang : zey at 1:21 AM
Assalamualaikum~

Hey semua. Minggu lepas, aq ada kat rumah. Home Sweet Home. Hari Rabu yang lepas, ayah kepada member aq satu sekolah meninggal dunia. 
Salam takziah kepada keluarga dia. Keluarga aq sempat menziarah rumah dia, almaklumlah mak dia member mak aq time muda-muda dulu. Adik aq pon sebaya dengan adik dia. So secara tak langsung, kami sangat care dengan pemergian arwah. Bila diingatkan balik, when were the last time i met arwah, really can't remember, lama gak lah rasa...lgpon member aq tuh, tak in touch dengan dia. Dia tak de FB. maispes maybe ada.

Punca kematian? Sesak nafas. Sepanjang hidup arwah, memang tak de sakit jantung,.... Dan beberapa hari sebelum tu, memang tiada simptom-simptom yang menunjukkan arwah sakit. 




Entri kali ni aq nak kasi tahu sedikit info mengenai Mati Mengejut.
Sebelum aq pergi jauh, kita usha dulu, who are the famous Malaysian who died because of sudden death :
Julai 2006 : Hani Mohsin Hanafi
Ogos 2009 : Ustaz Asri Rabbani
Januari 2011 : Faizal Yusop

Selain tuh, Feao Latu dan Shamrin Photographer juga meninggal atas sebab yang sama. Kenapa mati mengejut? Kematian secara mengejut nih sering kali dikaitkan dengan sakit jantung. Hakikatnya, tahukah korang bahawa Faizal Yusop bukanlah penghidap sakit jantung selama dia hidup. Serangan jantung bukanlah punca satu-satunya punca kematian mengejut. Tetapi lebih kerap dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, HOCM, atau masalah ketebalan otot jantung.


Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak / peacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung. Bila jantung rosak berlaku satu fenomena di mana aktiviti dalam jantung menjadi porak-peranda. Bila tidak mengepam, seseorang akan pengsan. Kerosakan berkekalan pada otak berlaku selepas 3-4 minit jantung berhenti. Memandangkan otak itu mengawal jantung dan organ-organ yang lain, maka kematian akan menyusul.



Kematian mengejut sememangnya sukar dikesan. Tetapi, kita boleh mengelak daripada mati mengejut. Walaupun kematian mengejut memanglah sukar dikesan pada peringkat awal, yang penting : Jaga Kesihatan Jantung!

Cara Mengelak Mati Mengejut.

1. Minum teh hijau.
2. Memasak gaya orang Itali (menggunakan minyak zaitun mentah)
3. Amalan makanan yang sihat (lebih serat)
4. Mulakan hari dengan jus
5. Bersenam untuk jantung
6. Makan pisang (untuk menurunkan tekanan darah)
7. Kurangkan gula
8. Jangan jadi perokok pasif


Kat bawah ni aq letak video clip anti-rokok daripada our Ministry of Health. Serious, kalau aq seorang perokok, memang sangat2lah makan dalam wo!




Big credit to magazine iSIHAT version of April 2011 for the sharing info.







p/s : okeh, terasa cam nak jog esok.
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

The Ugly Truth #6

Monday, March 28, 2011 - si tukang karang : zey at 12:06 AM
Assalamualaikum~


Minggu lepas, aq buat SPPK (Sistem Penilaian Pengajaran). Bagi skala kat lecturer sendiri.
Kat situ ada letak gambar lama lecturer kami...dan aq dapati :


Zey, Dr. Zaidi (my mentor) and Anum

Lelaki makin berumur, makin style + smart gitu.


Agree ngn aq? Kalau perempuan plak camne? err..opposite maybe?




















p/s : Jatuh cinta dengan lelaki lebih muda? Takde hal. Aq pernah.
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

The Ugly Truth #5

Thursday, March 24, 2011 - si tukang karang : zey at 12:17 AM
Assalamualaikum~

Pic sekadar hiasan.
H5P1, KMPP batch 2008/09.


Kalau ada kawan yang nak pantang nampak apa 
sahaja yang kita ada, dan dia pun mesti nak jugak, 
hati-hati, sebab orang macam ni la yang selalunya 
kawan makan kawan.

















p/s : Malam semalam aq wat solat taubat. Alhamdulillah, hari ini yang indah. Ce korang try wat mlm neh plak?~ 
apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

[latest] Horny Gaga

Sunday, March 20, 2011 - si tukang karang : zey at 10:16 PM
Hola readers~


I dun care about innocent-voice of gaga


I dun care about gaga dresses' being like-so freak

I dun care about the lady gaga high shoes even she, herself might fell!

I dun care 'bout all-the-gaga-wannabe

I dun care 'bout the-capsule thingy of gaga

I dun care 'bout gaga and her 'illuminati' thingy

but...I do care this
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Gosh....she's gone too far.......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
way too freak!

THE HORNY GAGA
Lady gaga gets horny at the Grammys







p/s : oh, dunia...dunia.. '-_-
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Berbentuk Hati Cinta Namanya~

Saturday, March 19, 2011 - si tukang karang : zey at 12:18 PM
Hola readers~
Estrella



Di sudut termenung jauh,
Mengenangkan nasib kita,
Kita miliki separuh,
Berbentuk hati cinta namanya. 

Walau kau jauh,
Ku sentiasa menunggumu, 
Inginku imbas kembali memori. 

Walau kau jauh,
Ku berjanji kan terus tunggu,
Dipisah lautan biru. 

Ku mahu kau tahu,
Aku kan terus menunggu.

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu,
Jangan pernah sekali kau buang,
Seperti cinta ini yang terbuku, 
Akan bersemi jua.

Terus menunggu,
Kita kan bersatu,
Terus menunggu.    


Hujan-Ku mahu kau tahu.   
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Tipu Status Dalam Perhubungan.

Thursday, March 17, 2011 - si tukang karang : zey at 11:16 PM
Salam readers~


Kaw dah kahwin.
Kaw dah ada anak sorang...kaw dah ada anak tiga.
Tapi kaw kata kat satu dunia, yang kaw single.


Kaw baru break up.
Kaw malas nak berkomitmen dah lepas tuh, ada yang nak propose kaw.
Tapi kaw kata kat satu dunia, yang kaw dah bertunang.


Komplot - Nora Zen



Tipu status. Yang kapel, kata single. Yang single kata kapel.
Korang yang pertama ke yang kedua?
Orang akan tanya, kenapa pulak nak tipu?


Kalau kaw dah kapel, tapi member sekeliling kaw semua happy-singles. Siap ada yang wat single-fan club lagi.
Nak tak nak, kaw kenalah tipu yang kaw tu kononnya single, bagi tidak dipulaukan oleh 'klik' kaw sendiri.


Kalau kaw single. Kaw nak berehat, kaw bzkan diri kaw dengan segala macam aktiviti, kecuali aktiviti Cinta. 
Lepas tu ada plak yang gatal tak paham situasi korang datang serabutkan fikiran korang.
Nak tak nak, korang kena tipu yang kaw kononnya dah berkapel.


Aq dah jelaskan kenapa dan kenapa wujud 'tipu status' nih. Tapi aq tak cakap, perkara ni bagus.
Dah nama pon tipu kan.
Pernah dengar Compulsive Liar? Ianya semacam itulah.
Kalau kaw dah mula tipu perkara yang kecil, tak mungkin satu hari nanti kaw akan tipu dengan perkara yang besar, semacam kaw perbodoh-bodohkan orang di sekeliling kaw.

Zee Avi
SOL. Sing Out Loud.


Aq ada satu cerita. Cerita Cinta Pertama yang aq tak suka kasi tahu. Cerita lama. Tapi cerita ni macam masuk je ngan entri kali ni, biarlah aq bercerita. ok?

Cerita nih, cerita cinta pertama si gadis. Bai, first love, mana boleh lupa. Ditukar ganti? Boleh saja, tapi takkan dilupakan.
Si jejaka memang terkenal dalam sekolah dia, almaklumlah, atlet.
Si gadis pon apa kurangnya, atlet juga. 
Tapi frankly speaking, atlet lelaki lagi hawt daripada atlet perempuan. Kalau nak hawt n spicy, jangan jadi atlet. Tu, pergi masuk cheer leading sana.
Si jejaka minat dengan si gadis. Dia buat macam-macam cara. Si gadis cam biasa, jual mahal. I loike.
Sampailah suatu hari rakan baik si gadis (si lelaki), juga sama sekolah dengan si jejaka bertanya dan juga merestui hubungan si gadis dengan si jejaka, kerana sepanjang si lelaki tu kenal, si jejaka tu punyai hati yang baik.
Mulalah si jejaka dan si gadis bersatu. Heboh satu tempat sebab si jejaka daripada sekolah yang kesemuanya lelaki dan si gadis daripada sekolah yang semuanya perempuan. 
Mereka bahagia pada tempoh yang agak lama. Almaklumlah, si gadis mempunyai skuter, si jejaka mempunyai motor. Si gadis bermain netball, si jejaka bermain bola sepak. Ada persamaan kimia di situ.
Si gadis cukup bahagia. Tapi, entah kenapa, si jejaka mula risau.

Sehingga suatu hari, ada satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali ke telefon bimbit si gadis.
Si gadis angkat, tiada jawapan.
Message bertalu-talu pula sampai. Sekejap saja inbox dalam handphone si gadis penuh dan penuh.
Semuanya berlaku satu malam yang singkat.
Tak terdaya si gadis membalas segala message yang datang.

Nombor yang tidak dikenali itu ialah nombor Tasha. Tasha ialah girlfriend si jejaka. watdefuuuuu.......???
Tasha dan si jejaka telah lama kapel, tapi jarak memisahkan mereka. Abes segala maki hamun diterima si gadis. Air mata? Toksah cerita.
Si gadis mencari apa silapnya, kerana seolah-seolah segalanya seperti dirancang. 
Selepas itu, si gadis tidak terus berhubung dengan si jejaka, tetapi bertanyakan kepada rakan baiknya, si lelaki. Sumpah! Si lelaki tak tahu. Si lelaki mula siasat. Si lelaki berjumpa Si jejaka. Ibarat buku bertemu ruas. Barulah kena.
Gedebak. Gedebuk. Gedebak. Gedebuk. Setel.

Si jejaka akhirnya mengaku yang Tasha adalah girlfriend dia. Dan dia sayang Tasha. Depa dah kapel bertahun, tapi si jejaka tipu status, untuk test market kononnya. Pigidaa!
Bai, siapa tak sakit, cinta pertama. Jadi orang yang ketiga. Kekasih gelap. 
Lepas-lepas tuh barula si jejaka berani mengatakan satu dunia tentang Tasha.
Holiday bermandi-manda bersama Tasha juga dihebohkan satu dunia.
Bai, siapa tak sakit?










p/s : love urself. and people will love u back.
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Kenali Citarasa Seseorang Melalui Handphone.

si tukang karang : zey at 8:21 AM

Salam,


Member aq pernah kata kat aq kita boleh agak style seseorang tuh / cara dia / citarasa dia dengan handphone yang dia pakai. Kat bawah ni aq ada senaraikan beberapa jenis handphone dan aq kaitkan dengan citarasa seseorang.


1. Handphone ciplak.
Orang jenis ni suka yang main kaut je asal ada.
Guna je hp ciplak, asalkan function dia sama, walaupun kualitinya hampeh!
Kapel je ngan sesapa asalkan tak single.


2. Handphone Blackberry. 
Orang jenis ni mempunyai citarasa yang tinggi.
Tapi, citarasa dia sama cam orang lain. Dia selalu meminati orang yang semua orang duk usha.
Dapat ke tak, itu menjadi persoalannya. Selalu yang dia minat ni mesti ala-ala selebs gitu.


3. Handphone flip / lipat / slide.
Orang jenis ni sukakan ahli gimnastik yang gemar melipat-lipatkan badan. 
Orang jenis ni mempunyai citarasa yang 'smart' gitu.
Yang pakai selekeh + serabai, dia tak pandang, yang penting kemas!
Yelah, tengok jela kat filem Jepun tuh, bukan ke ramai yang pakai hp camnih?
Tapi, pada aq, hp jenis ni senang utk berbual~


4. Handphone yang dah lama, dah calar balar dah, tapi still functioning.
Orang jenis nih tahap setia dia paling tinggi, walaupun kapel dia tuh tak lawa cam awal-awal kenal dulu, tapi sayang dia tak pernah kurang. Dah ramai yang suggest suruh tukar, tapi selagi boleh tukar housing, keypad...dia cuma tukar 'aksesorinya' saja.


Hujan



5. Handphone murah tapi first hand.
Orang jenis ni pentingkan kualiti. Walaupun murah, apa ada hal...yang penting first hand. Tahan lama sikit daripada barang second hand neh.


6. Handphone mahal tapi second hand.
Orang jenis ni yang suka melaram, tapi akhirnya papa. Papa nak ke sugar daddy, mewah la gak...tapi ni papa nak kedana. 
Bak kata orang 'alah membeli, menang memakai~'
Orang jenis ni gak suka menunujukkan kapel dia tu kat satu dunia. Almaklumlah, barang 'mahal'.


7. Handphone yang tak rosak, walaupun dicampak-campak.
Orang jenis ni memang suka mencampakkan hp ke merata tempat bila dia tengah marah. [aq la ni dulu.]
Orang jenis ni suka hati dia je marah2 kat kapel dia tuh tapi masih duk melekat bersama.
Biar marah depan, asalkan tak simpan dalam hati. Nanti dalam hati ada grenade, sapa mahu tanggung?






























p/s : Hp yang aq pakai nih, abah belikan sebab aq merajuk tak nak balik Penang, selagi tak tukar hp. LOL. Buruk gila perangai aq?! 
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Bila Kapel, Saham Tinggi?

Wednesday, March 16, 2011 - si tukang karang : zey at 10:53 AM
Assalamualaikum~


Korang pernah merasa menjadi single?
Korang pernah merasa berkapel? 
Korang pernah perasan tak apa beza time korang kapel dengan time korang single-mingle?
Tak yah tengok jauh, cuba korang tengok ke-feymesan / market korang bila korang single, dan bila korang berkapel.


Ada seorang member aq kata 'bila kita kapel, saham kita tinggi' sebab time tulah depa duk kondem kapel kita, duk usha kita berdating, atau ada juga yang respek dengan cara kita berkapel.
Tak kiralah yang baik atau di sebaliknya, yang pasti depa nak amek tahu.


Tapi yang tak bestnya, bila kita dah declare dengan sorang tuh, mulalah 'secret admire' menonjolkan diri. Bukan sorang, tapi dua...ada gak yang ramai.
Shit. It happens!
Dan time nih, lu orang jangan gatal kepala hotak, fikir yang bukan-bukan kononnya 'secret admire(s)' lu orang lagi baik daripada kapel lu sekarang.


Yunalis Zarai.
Gadis yang bermain instrument memang nampak hawt.



How to solve? Senang saja...cuba korang fikir, mungkin secret amire korang tuh, lagi baik daripada kapel korang, almaklumlah, dia senior dan kapel korang tu sama batch ngn korang je tapi, nasihat aq : jangan jadi tamak!
Sapa cepat, dia dapat...korang ingat kapel korang tu tak terketar-ketar ke nak propose korang dulu?
Ingat benda tuh senang cam makan kacang Ngan Nyin?
Korang pikir kapel korang tuh tak wat 'research' ke?
Korang agak berapa lama dah dia usha korang?


Instead of your senior goyang kaki je, yakin kononnya dia boleh 'own' you girls sekelip mata saja. Tak perlu makan masa yang lama.


Betullah memnber aq kata 'bila kita kapel, saham kita naik'. Bila kita dah declare, berduyun-duyun boys yang kononnya lagi baik dari bf kita propose kita sekor-sekor. Tapi bila kita single.Tak de nya depa yang laki nih usha kita segigih tu~










p/s : ok, rasa tercabar bila si hellioz triquetra pon dah buka hikayat chenta beliau. eh, u ke tu, helly? '-_-
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Sebelum dan Selepas Jepun dilanda Tsunami dan Gempa Bumi.

Tuesday, March 15, 2011 - si tukang karang : zey at 10:56 AM
Hola readers, sory sebab interrupt mood jiwang-jiwang angpa untuk minggu nih.


Sebagai blogger yang peka [ecewah~] aq ingin mengucapkan takziah ke atas bencana yang berlaku di Jepun. Sesungguhnya Allah itu maha Hebat, maha Berkuasa...dan aq yakin bencana kali ini untuk kesedaran kita semua sebagai khalifah di bumi ini.


Allah telah menjadikan segala apa yang dijadikan-Nya untuk kita sebagai manusia untuk berfikir + mengkaji, dan akhirnya kita sedar, betapa hebatnya kebesaran Allah itu. 
Segala kejadian itu bukan dijadikan untuk kita mengkajinya, dan melakukan sesuatu yang berlawannya. Doing things against our nature. Semuanya nak buat perkara yang berlawanan.
Ya Allah, kita semua buat silap!


Kat bawah ni aq letak gembar sebelum dan selepas bumi Jepun akibat bencana tersebut.


1. Yuriage, Natori.


Sebelum
Selepas

2. Yuriage, Natori (looking west)

Sebelum
Selepas

3. Fukushima nuklear plant

Sebelum
Selepas

4. Yagawama, Miyagi (Oshika Peninsula)

Sebelum
Selepas

Sumber : Mr. F



p/s : Kita pulak yang ada kat Malaysia, jangan begitu selesa. Ingat selalu tempat asal kita.
apa u'all rasa? 
9 00 walks Links to this post

Cara usha yang super-annoying

si tukang karang : zey at 12:52 AM
Salam to all lovers and haters~


Entri pertama dalam minggu geli-geli. Cara usha yang super-annoying / childish yang aq harap sangat semua yang reti baca entri aq nih, janganlah sesekali hangpa try, ok? =)


Bunkface



1. Kaw pakai spect [ok lagi] dan rambut kaw belah tengah...rambut belah tengah, aq rasa ok lagi... tapi bila di-combine dua : ianya seperti 'seekor' alien yang sesat, yang kononnya ada hati nak berlawan dengan predator. blah r!
Apa yang jadi super-annoying nya bila budak-budak jenis nih, mengusha girls dengan cara ajak member ramai-ramai, duk kat tepi tangga / tepi blok / tepi bench pastu duk suwit kat girl yang dia minat tuh. Kengkadang yang suwit tu pon bukannya dia, member dia. 
Eh, lu rasa kuat bila ada pengaruh besar? Piraah....!


2. Mamat yang budget bagus. Budget bagus macam girl yang dia usha tuh tu adalah seorang anak Tan Seri. Mulalah dia cerita pasal kemewahan dia yang dia bangga-banggakan. Mulalah cerita pasal segala aset yang dia miliki.
Common lar, kita bukan hidup pada zaman Puteri Gunung Ledang yang perlu tunjukkan jambatan emas untuk Sultan Melaka datang meminang.
Girl sekarang hidup atas realiti, bukan lagi fantasi maya. 
Cakap macam masuk-bakul-pecah...gebang-gebangkan segala benda yang dia takde, tak sedar yang girl yang selama ini diam, tak cerita pasal latar belakang family sebenarnya memang anak Tan Seri.
Haaa...taw kaw, terdiam. Speechless, Segala apa yang kaw gebangkan tak terlihat langsung oleh si gadis.
Satu hakikat dan fakta : Manusia akan sentiasa berlagak dengan segala barang yang dia 'tidak' miliki.


3. Boy yang pemalu, ini biasa. Rasulullah sendiri seorang yang pemalu, lebih pemalu daripada gadis pengitan. Tapi, rasullah seorang yang gentleman dengan isterinya. 
Dengan girl yang kaw usha, kaw malu... tak pe, tak kesah. Tapi bila keluar dating, sampai nak order air kat Mekdi pon nak suruh girl dengan alasan kaw malu + tak reti, pigidaa....!
Bila lunch + diner, kaw dengan gentleman nya kata nak belanja. Tapi yang tukang angkat bil, yang tukar bayar girl yang kaw nak usha tuh...
Hee...wa plak rasa tensen nih!
Kalau time dating pon kaw dah perangai macam tuh, belum lagi berjumpa dengan family girl tuh.
Orang tua, biasalah akan tembak dengan soalan-soalan cepu emas. Kalau kaw tak sedia semua tuh, jangan harap kaw akan pergi jauh!


Meet Uncle Hussain, Pesawat, Lan and the typewriter.



4. Mamat yang budget alim. Bak kata orang 'alim-alim kucing'. Solat tak pernah tinggal katanya. Segala batas pergaulan dia jaga, katanya. Tak suka berkawan dengan jantina yang berlawanan, katanya.
Sampai kononya setiap pagi akan call gadis-yang-diusha untuk bangun solat subuh. Hakikatnya, girl tuh bangun lebih awal dari dia. Bila dia bangun, mulalah kata penatlah, tak sedar lahh...paling tak pon, dia kata ter-lupa nak call. 
Enuff! kalau kaw rasa tak boleh, takyah gebang cerita, girl tu pon tak hadap. 
Aq rasa lagi sweet, bila kaw bangun awal, kaw kejutkan saja si gadis, tanpa berjanji yang macam-macam sebelum kaw lakukan.


5. Boy yang bilamana dia usha girl, dia kasi heboh satu dunia semacam dia yakin dia dah 'own' girl tuh.
Relitinya, belum pon declare pape dengan girl tuh. 
Bila berhadapan dengan girl tuh, rasa janggal, rasa takut. Sebab kaw dah gtaw satu dunia instead of telling to the girl. Taw pon kaw malu.
Kaw malu, kaw takut, tapi kaw kata kaw sayang, kalau benteng yang senipis ni pon, kaw takde daya nak pecahkan, jangan berharap kaw akan lepas dengan tembok-tembok kuat yang dibina oleh family girl tu. Toksah lah cerita pasal Cinta kalau tak berani ambil risiko.
Ambil taw body language girl tuh, kalau sekali ajak keluar, girl tu tak nak...boleh cuba lagi... tapi kalau dah setahun cuba, tapi takde perubahan girl tu buat. Lupakan saja! Stop trying.
Pernah dengar perkataan PASRAH?


6. Body touch. Mula-mula fingertip...lama-lama? Jenis boy macam nih, dia tak respek girl dia. Aq repeat lagi sekali 'semacam dia dah own' si gadis. Mula-mula pegang tangan, lepas tu pegang bahu,...lepas tu pegang pinggang... lepas 'itu'? Korang taw tak, satu benda yang betul-betul mencairkan girl? CIUMAN DARIPADA SEORANG SUAMI KE DAHI SI ISTERI kerana secara tak langsung, si isteri akan 'tunduk' untuk dapatkan ciuman tuh. 
haaa...touching tak? terharu! terharu!
So u guys tak yah sibuk-sibuk duk mengira jari-jari girl korang...duk sibuk-sibuk pegang pinggang dorang semacam dia akan lari. Tak yah! Tok sah!
Girl tu tak cair pon korang wat camtu... Yelah, kami kan ada 9 nafsu...nafsu shopping, nafsu makan... banyak lagi yang kami nak fokus daripada nak layan layan nafsu hangpa yang satu tu je!


7. Kaw nak usha girl tuh, tapi kaw tak buat homework, kaw tak buat sedikit research. Kaw tak kenal girl tu dalam-dalam, kaw tak nak taw pasal family girl tuh, kaw tak nak dengar pasal member-member girl tuh. 
"Tak pe, aq jadi diri sendiri"
Memang boleh jadi diri sendiri tapi kan kalau semua orang asyik nak jadi diri sendiri tanpa boleh bertolak ansur dan berpikiran matang memang dunia ni porak peranda lah.
Kaw cuba bayangkan, kalau girl tu tak suka rokok. Tapi bila abes makan, toodia kaw hisap rokok depan muka girl tuh. Berkepul-kepul asap kat muka girl tuh.
Silap-silap, kaw sendiri boleh di-sound direct!
Kalau awal-awal kaw taw yang girl tu tak suka rokok, lepas abes makan, boleh balik terus...kaw boleh smoking kat bilik. Betul tak?
Yer, aq paham memang susah nak cerai-rokok.


8. Memang hakikat bahawa memang ada girls yang gedik, yang manja, yang sukakan perhatian dan jugak hakikat memang ada ramai girls yang independent, berdiri atas kaki sendiri, tahu lebih dan kurangnya diri... Kalau tak, takkanlah si Neyo boleh nyanyi lagu 'Miss Independent' dan 'One In a Million'. Cristina Aguilera dengan lagu 'fighter'. Britney Spears-Stronger. 
Kaw tak boleh la ignorekan gadis gedik begitu saja dan kaw tak yah budget hero dengan gadis-gadis indie-pendent.
Tengok sapa yang kaw nak usha tuh. Bila gadis gedik gtaw kaw segala rutin harian dia satu-persatu, kaw janganlah naikkan suara. Bila gadis indie kata dia boleh hidup seminggu tanpa kaw, kaw tak payah lah sibuk-sibuk untuk menjadi 'driver' dorang.










p/s : Cam contoh Mr. K yang meminati gadis agresif, cara mengusha mestilah dengan deodorant Adidas, instead of giving her Maybelline's compact powder. =)
apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

Minggu Entri Geli-geli

Monday, March 14, 2011 - si tukang karang : zey at 4:37 PM
Salam to all readers~


Couple



Minggu ni aq nak declare / isytiharkan "Minggu Entri Geli-geli" kat belog aq neh.
Kenapa pulak geli-geli?
Sebab aq nak cerita pasal Cinta.
Tajuk Cinta yang skop nya meluaskan merangkumi alam yang zahir dilihat dan juga yang tidak dapat dilihat dengan 'naked-eye'. Tapi selagi kita percaya dan yakin kewujudannya, itu juga dinamakan cinta.


Cinta boleh buat orang menangis, ketawa, gembira, sedih, dendam dan bernafsu.
Apa yang aq akan cerita berdasarkan pengalaman aq sendiri, pengalaman orang sekeliling aq...
Apa yang penting, kita belajar...


Life is not always a bed of roses.
Cuba bayangkan sekuntum bunga ros.
Apa yang korang bayangkan?
Baunya?
Warnanya?
Kuntumnya?
atau tajam durinya?
atau kesegaran bunga itu sendiri?
atau korang memikirkan betapa payahnya untuk menjaganya?
Itulah antara jawapan, perspektif orang terhadap Cinta.


Yang bercinta trillion kali bukan bermakna dia arif pasal cinta...
Bukan bermakna dia bodoh untuk menerima yang mana yang terbaik untuk dirinya sendiri.
Mungkin dia sendiri masih mencari identiti sendiri... ",


Aq sebenarnya ada banyak entri pasal Cinta neh, tapi asyik duk kat draft je. So, aq decide nak buat satu minggu khas, dan aq akan masukkan segala entri aq yang tersimpan lama dalam draft tuh. kthxbye!
apa u'all rasa? 
5 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME