Dolphin Sushi. Anyone?

Sunday, January 30, 2011 - si tukang karang : zey at 9:45 PM
Greetings to all~


Musim cuti dah tiba, cuti mid-sem n cuti Tahun Baru Cina.
Tak sabar rasanya nak raya Cina sebab nanti dapat ang pow! Ang pow nya plak yang pasti bukanlah 2 angka, tetapi 3 angka! muahaha~~
Setakat limau...cliche~~


Before cuti, hari Jumaat lepas aq dengan setianya datang kuliah akhir sebelum cuti. Yah, aq taw ramai dah balek...tapi aq dah budget naik cuti ni lambat, extend cuti sehari..hehe, eh, bukan sengaja, tadi before tengok cinema aq g beli tiket bas, hari ahad habis daa...tinggal hari isnin je... =p


Kelas yang terakhir tu ialah kelas 'Ekologi Bentik'. Cuma budak Biology Marine je yang amek, budak Oceanography tak amek.
Yang menarik kelas tu lecturer kami, Dr Azman ada cerita pasal pencemaran dan gangguan. 
One of the pencemaran yang paling hebat dan juga effect dia paling besar kat laut ialah pencemaran merkuri. [Dalam lecture, beliau panggil RAKSA]
Merkuri biasanya datang dari kilang-kilang. Kilang-kilang ini membebaskan racun merkuri keluar ke udara dan juga ke laut, secara tak langsung ikan-ikan di laut terdedah kepada bahaya racun ini. 


Dan satu fakta menarik : Ikan lumba-lumba [Dolphin] mempunyai kandungan merkuri yang paling tinggi dalam badan. 
Dolphin yang jinak, comel nih..ada ke yang makan? 
Jawapannya : ADA!
Malah, beberapa sekolah di Jepun memberi daging Dolphin kepada murid-murid secara percuma pada setiap hari!


Dolphin Sushi.


Itu semua sebelum satu dunia menghentam cara pemakanan Jepun.
Time tu depa tak sedar lagi bahaya racun nih. Ada plak yang tak percaya.
Korang boleh GOOGLE SCHOLAR menda-mende nih. Jangan jadi malas yer.
[Ceh, dah tak mainla gugel biasa, wa dah senior, wa guna scholar! muahaha!!]
Cara depa tangkap dolphin ni plak, agak sadis, sapa-sapa yang hati fragile, aq syak mesti dah menangis. paling tak pon mencarut.







Ni baru pic, tak tengok video lagi...memang PEH!
So? Apa rasa? Ada banyak lagi sumber makanan yang tak racun, yang boleh makan...dalam banyak-banyak ikan, dolphin gak yang jadi 'feveret' dorang kan.. hurrmmm~~
Nak taw apa akibatnya bila dalam badan kita ada logam berat?


Niigata Minamata Disease

Punca : Racun Merkuri

Itai-itai Disease

Punca : Racun Cadmium





p/s : bahaya gak kan makan ikan besar-besar nih sebab depa pon makan besar, logam berat pon depa telan...gguullpp!


apa u'all rasa? 
8 00 walks Links to this post

Silamat Potong Kek

Wednesday, January 26, 2011 - si tukang karang : zey at 10:48 PM
Dear u'ollz~


Hari ni bertambah lah setahun umur aq. Silamat hari lahir Zey. Aq pon rungsing dengan umur yang begini semua nak kaitkan besdae dengan jodoh? Ok, apa kaitan? Nak cari kan aq satu? haha!


Gua janji dengan lu orang semua, gua akan belanja lu orang makan nasi minyak, gua janji, boleh pegang janji gua. Tapi lu orang kena bersabar sebab gua sendiri tak taw bila gua nak belanja. =)


Aq rasa dengan umur aq yang baru mencapai 20++ [haruslah berahsia ha?] aq masih terlalu muda untuk setel down. Maksud aq, aq tengok dari view diri aq sendiri. Terlalu banyak menda aq tak achieve lagi. Aq tak impikan cita-cita yang tinggi menggunung, tapi cukuplah untuk aq dapat flight free g overseas dengan hubby after we retired. =p
 Bila otak dah fokus dekat kerja, hidup personalpun aku dah tak pandang. -ZA- 
 Status.Status. Orang kata that thing very very sensitive. Tapi aq cool je, boleh telan lagi. But then, to be honest aq akan start makan tak kenyang, tido tak lena bila mak n abah dah start nak kenen-kenenkan aq dengan mana-mana boys. haiihhh.....~
Seriously, aq dah start runsing benda nih, dulu time aq sekolah, aq berdabel, tak de pon depa sebok nak taw, skang nih tetiba nak amek taw plak? ok2, depa 'caring'....~


Sepanjang aq hidup aq pernah merasa dua kali couple dan dua kali clash. equal? Lepas-lepas tu aq try untuk berskandal sahaja  plak. Skandal? Kalau nak tanya aq berapa, aq pon dah tak ingat dah. Nama pon aq tak ingat sebab aq save nama depa kat hp ntah pape. Aq tak cakap aq mainkan hati orang..tak..tak...tapi bila aq berskandal, aq tahu aq pon kekasih gelap dorang. Tak de hal. Itu zaman gelap Jahiliah doe~ Aq nak larikan diri dari life aq yang full ngn skandal dulu agak payah, sampai aq dah tak guna dah phone yang satu lagi tuh. Itu phone skandals. Lagi senang aq larikan diri time couple dulu. Gwa tak sabar nak rasa nasi minyak depa. Sorang kat JB, sorang kat Penang. [Aq harap depa jemput! hehe,] 
Apa yang aq dapat time aq berskandal? Aq dapat benda yang sama dengan boyfriend aq. Cuma nisbah yang berbeza, skandal ramai = boyfiee sorang.


PEDAS!



When you're SINGLE, All u see are happy couple. When you're COMMITTED, All u see are happy singles. -terfaktab-


Aq nak kongsikan dengan korang semua pasal dua situasi lelaki yang berbeza latar belakang, yang pernah aq ajak datang rumah aq, bertemu dengan mak dan abah.


SITUASI PERTAMA
Aq letak nama dia Acap. Tak perlu aq cerita camana aq kenal, yang pasti dia yang wat first step. BF atau Scandal? Tak perlu aq kasi taw. 
One fine day, aq ada ajak Acap datang rumah aq untuk majlis kenduri kat rumah aq. Aq invited no friends accept him. Kantoyyla kalau aq ajak member lain...~ Aq bagilah dia direction ke rumah aq by phone. Dia tak paham-paham, padahal rumah aq senang je nak cari. Bila dia dah sampai kat somewhere area rumah aq, tak maw masuk plak, Fine, aq kena 'amek' dia kat depan taman rumah aq. Aq tak kesah je lagipon aq memang tak de kerja time tuh. Bila dah sampai rumah plak, dia terus duduk. [Time nih gwa tutup mulut, perhati je] Bila abah keluar, aq pon kenalkanlah dia kat abah. Abah plak g salam kat dia. Dia still tak berganjak dari kerusi. Aq tak kata apa. Aq terus sembang dengan dia...sembang punya sembang, tibalah waktu makan plak. Aq ingat lagi mak masak mee rebus time tuh, memang spesel. Aq ajak dia masuk dalam rumah amek mee. Dia mintak aq amekkan. Gwa tak banyak mulut. Aq amekkan dia mee rebus, air oren yang bertambah, tisu sekotak dan dia masih tak berganjak.
Aq dah start fedup dengan perangai dia yang memalukan aq nih. Bila dia balek, mak tanya aq 

"Sapa dia tuh?"
"...."
"Ibu tak berkenan lar dengan dia"
"..."

Lepas-lepas tu boleh plak dia msg

"Mak awak ada kata pape pasal saya?"
"Dia tak berkenan dengan cara awak"

Lepas tu, we never date~

SITUASI KEDUA
 First time Amir datang rumah aq, dia kinda sesat. Tapi bila aq gtaw direction one by one, Amir berjaya sampai rumah aq tampa di-escort. Aq agak tak paham dengan perangai Amir nih yang suka sangat melekat dengan aq dan selalu sangat bercerita tentang macam-macam yang aq tak nak dengar. The first time dia datang rumah aq, Amir yang beriya g salam abah. Aq tak pernah  ajak dia masuk dalam rumah. Tapi mak n abah plak beriya suruh aq bawa dia masuk dalam rumah. Utamakan tetamu katanya. herr..? Amir selalu datang rumah dan sembang kencang dengan aq, aq taw time Amir datang rumah, siblings, mak n abah mesti duk ngumpat dalam rumah tu. Mana taknya bila datang rumah mesti nak cerita pasal segala gadget yang dia ada, sampai kereta dia pasang tv pon mahu kasi tunjuk kat aq. haiiiyaaaii...~The best thing about Amir is that dia sangat-sangatlah caring pasal mak n abah. Maybe sebab tu la kot mak n abah cair dengan Amir. Salah satu cara aq mengelak untuk dia lama-lama kat rumah aq ialah aq sediakan untuk dia segelas air masak sahaja, tanpa jag! Dan guess what abah sanggup belikan air Ribena hanya untuk dia sahaja, spesel untuk dia so that aq boleh bancuhkan. Mak n abah agak bising cara aq treat dia dalam rumah. Cam tak utamakan tetamu whatsoever. Tapi entahlah, aq anggap dia cuma kawan, tak lebih. Kalau nak lebih-lebih, tolong mulakan dari awal, so that tak delah aq malu sangat ok?








p/s : Moral of the story, to all boys baya-baya aq yang sudah bersedia nak kenal dengan mak n abah ur sayang, u guys better prepare! Not only for the money.  Tekel hati mak abah dia gak, barulah dapat restu, and always remember : Restu mak abah itu penting! 

apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

Lelaki patut tahu ini.

Tuesday, January 25, 2011 - si tukang karang : zey at 10:00 AM
Hola readers!


Seperti biasa, aq nak menceritakan perihal kaum yang complicated tetapi lebih maju daripada kaum yang satu lagi. Iya, kaum wanita. Kaum aq.
Aq sendiri mengakui yang kami adalah complicated. Untuk faham ktorang? senang je, kena faham body language kami, kena dengar luahan hati kami bila kami tak bersuara. 
Senang cerita, yes means no, no means yes.
tak paham gak? padan muka! muahahahaha~~


Chibinox and Iqanoxx



8 'magic' words from a girl are the words that guy should know. Memang wajib amek taw walaupun korang adalah 'creature' yang simple. =)

1. Fine.
Yang ni biasanya girl akan cakap time kami nak end up conversation/argument. Fine means not fine at all! Bila kami dah kata camni, you guys haruslah tutup mulut dan dengar 'bebelan' kami yang sememangnya benar.

2. Lima minit.
Girl, bila kami nak bersiap bermakna 30 minit! There is no such thing as five minutes for dressing up! Lima minit yang betul-betul kami maksudkan ialah when you guys tolong kami mengemas rumah sebelum you guys tengok perlawanan bola sepak, and yes, this time we really mean it. Lima minit pon jadilah untuk kemas meja, ok?


3. Tak de pape,
Word yang satu ni plak bermakna the girl nak calm down kan diri sendiri. Tak maw cakap banyak. Dan masa ni, janganlah disentuh, nanti boleh meletup! Kalau ada gak conversation, the conversation will end up with FINE!


4. Pergilah,
Ini ialah perkataan nak cabar bukan permission untuk you guys lakukan risiko tu. so, JANGAN BUAT! 


5. Loud sigh [mengeluh dengan kuat]
Ini sebenarnya suatu 'perkataan' tetapi selalu disalah faham oleh you guys. Time nih, memang tak de satu perkataan pon keluar dari mulut kami. Cuma mungkin perbuatan kami yang agak 'pelik'. Cam hentak kaki, campak henset, baling batu dan macam-macm lagi. Bila kami dah start mengeluh, maknanya kami fikir yang kami wasting our time for nothing dengan you guys yang idiot neh.


6. Oklaahhh...tak pe,...
Ini adalah perkataan yang paling merbahaya bila kami cakap kat you guys sebab perkataan ini bermakna bahawa kami tengah fikir bila dan camane nak balas balik kesalahan korang tuh! 


7. Thanks!
Bila kami sebut ni, jangan tanya pape, just say "you're welcome". Sebabnya bila kami berterima kasih, kami sangatlah ikhlas and really mean it. Tapi you guys patut tahu bila kami cakap "Thanks a lot!" bermakna kami langsung tidak berterima kasih dan ini adalah ayat sarkastik kami. Korang plak jangan gatal nak balas "You're welcome" ini namanya cari nahas dan seterusnya akan dapat WHATEVER!


8. Whatever.
Ini adalah ayat mencarut. SOB!




Credit to : jyouth



p/s : Actually, you guys semua kenalah faham body language kami dan antonansi suara kami bila kami sebut perkataan kat atas tuh. Susah ke? Well, kami kan unique! =))
apa u'all rasa? 
9 00 walks Links to this post

Aq dan Cita-cita

Sunday, January 23, 2011 - si tukang karang : zey at 11:05 PM
Greetings to all.


Hari ni aq nak ceritakan cita-cita aq daripada kecik. Korang pon mesti ada cita-cita kan time korang kecik-kecik dulu.
Teringat lagi dalam penulisan karangan. Tajuk 'Cita-cita saya' mesti letak job yang tinggi-tinggi, yang payah sebenarnya nak gapai, padahal kita main letak je job tu, job ini, tapi tak taw apa pekerjaan sebenarnya.
Kalu bukan doktor, mesti engineer, kalau tak pon menteri! wala!




1. Wartawan
Nur Syuhada
Believe it or not, aq nak sangat jadi wartawan ni lepas tengok cerita Shah Rukh Khan : 'Phil Bi Dil Hai Hidustani'. Cambest je kerja ni kan. Tapi aq lebih suka jadi wartawan 'backstage' maknanya muka aq ni tak lah terpampang depan tv. Setakat dapatkan cerita-cerita panas tu boleh la...haha!

Kat sekolah lagi lah. Aq kan girls school. Sekolah aq selalu compete dengan Girls school yang satu lagi neh. Ktorang compete dalam segala hal. Daripada sukan, pelajaran, pakwe, tempat lepaking dan sebagainya. Sampai nak cari pakwe pon nak compete? Yer, sebab kat area aq cuma ada satu boys school dan dua buah girls school.
Eh, itu dorang larr yang suka competition bagai neh...aq tak..aq tak...aq cuma memerhati je... =p

Cita-cita aq yang ni kinda tercapai time kat PLKN dulu, aq jadi wartwan time pilihan raya. Time nih aq admire ngan sorang 'imam kachak' neh. Kebetulan dia jadi YB plak. So, punyalah beriya aq tolong dia berkempen sana sini. Yang tak boleh blah siap cari status 'panas' YB lain supaya YB parti lain boleh guling..muahaha!! 
And the best part is YB Kachak aq tu menang pilihan raya =)



2. Ahli Forensik
CSI-Gil Grissom
Cita-cita ni aq nak sangat time aq masuk sekolah menengah. Aq siap pasang angan-angan nak study kat Ireland la kononnya. Semuanya sebab terpengaruh dengan lampu biru dalam cerita CSI [Crime Scene Investigation]. Dulu time aq kecik-kecik, banyak gak lah binatang jadi mangsa 'bedah' aq. Yang paling aq suka 'bedah' belalang, sebab dapat tengok darah dia yang warna hijau tuh.
Tak silap aq nak masuk uni pon aq ada apply for this course, tapi dalam bottom 3 lar, mungkin sebab tu lah tak dapat. Lagi plak course neh cam mencabar gila. Mak cam tak berkenan sangat. 
[ke aq minat course nih sebab 'senior' tu? o0o0ps!]


3. Datuk Bandar
Mohd Sa'at bin Yahya

My great grandfather was a very honors person. Tengok je lah misai dia tu. Long time ago, people yang ada misai 'kemetot' nih, orang takut tengok dia. Misai ni melambangkan betapa garangnya + tegasnya orang tuh. Tak caya, cuba korang usha misai Adolf Hitler tuh. Mana ada tebal kan? But that was before 'The Three Stooges' had that kinda misai. Lepas Three stooges ada misai tuh, orang dah ingat misai ni cam pelawak plak... adehhhlaa....~

Talking about misai is not my point here. Apa aq nak cakap, aq pernah teringin nak jadi Datuk Bandar. Aq nak majukan tempat asal aq. Kalau aq jadi Datuk Bandar, tempat pertama yang aq nak majukan ialah Sungai Muar. Aq nak tukar tempat tu jadi tempat pelancongan. Or maybe a diving area. Manalah tahu satu hari nanti kat sungai tu aq tanam coral...hehe... =)
Tapi, aq ada satu perangai yang tak patot ada pada pemimpin. PUNCTUALITY.
Yer, aq susah sikit nak punctual, sebab aq tak suka terikat dengan masa [boleh tak camtu kan?] and one more thing, aq tak suka dengar alasan dan aq tak suka bagi alasan. Yes or No dah memadai. 

Aq rasa greatest weakness aq yang satu neh, memang tak boleh ubah, walaupun dulu kat PLKN pernah sekali terlewat, berdiri depan 4 kompeni yang ramai tuh. Malu-malu gak, tapi nak wat cane... =p
Tak pelah, jadi 'bini datuk bandar' pon ok lah!

4. Pengembala Kambing
The shepherd


Aq memang suka daging kambing. Lebih-lebih lagi kalau dapat ribs dia...memang pehh!! Terbaik!
Bila open house kat umah aq plak, daging kambing memang wajib ada. Dan selalunya lah daging kambing memang cepat habis compare to daging ayam yang cliche dan senang dapat.
Dulu aq pernah g ladang kambing kat Kedah dulu. Aq bagi dia makan sayur. Aq g kat ladang tuh, aq rasa cam nak culik je satu kambing, nak wat bbq! muahaha!!
Aq ada kenal dengan sorang member aq nih, kerja dia mengembala kambing. Cam pelik kan? But dia masih study dan ladang kambing tu memang dia punya, bukan mak abah dia punya. Setiap minggu dia wajib balik rumah sebab rindu dengan kambing-kambing dia. At first dia gtaw, nak tergelak guling-guling pon ada. Tapi guess what, dia owned MINI COOPER pada umur dia 18 tahun, hasil jualan kambing dia tuh.


Impian aq bila aq dah ada ladang kambing, aq akan 'export' daging-daging kambing tu kat hotel-hotel, paling tak pon kat restoran yang ada jual western food. Itu baru daging, belum lagi susu,..malah janggut kambing gak aq boleh jual kat kilang berus cat! muahaha~~


5. Pemilik kilang mainan


Toys 'R' Us

Yang ni lagi satu bisnes yang menguntungkan! sebab apa? sebab kat dunia nih, sapa je yang tak pernah langsung beli barang mainan? tak kiralah produk kita atau produk luar. Kebanyakan daripada kita memang selalu je beli mainan, tak kira umur..betul tak?
Kalau kat Malaysia nih, syarikat yang tip top pasal barangan mainan nih : SPM.
Aq rasa cam syarikat ni satu je yang feymes kat sini. Barangan mainan dia plak untuk semua peringkat umur. Memang terbaik.




Tapi, aq rasa cita-cita aq yang aq mula nampak ialah menjadi ini :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Seekor ikan duyung yang berjaya!









well, work is to live without dying!


p/s : tak kiralah apa yang korang impikan untuk alam pekerjaan nanti. Yang penting satu je : HALAL. "Rezeki ada kat mana-mana dan lain orang lain peluangnya" -Prof. Rahim-
apa u'all rasa? 
6 00 walks Links to this post

Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Thursday, January 20, 2011 - si tukang karang : zey at 6:49 PM
Hey....hey..ape kabar semua?


Maybe entry yang ni kinda lambat compare to bloggers uni aq, semua dah duk upload pic pemain bola sepak nih semlm.
Bagi yang tak taw, semalam bersamaan 19 Januari merupakan hari untuk Sesi Autograf & Ambil Gambar Bersama Pemain Bola Sepak Malaysia. Aq tak taw pon yang sebenarnya aq di-invite via fb dah lama dah, tapi baru aq approve a day before event yang gilang-gemilang-gempak-gila sangat tuh.
Lagi aq semangat nak datang sebab yang pemain yang dijangka hadir adalah :

Mohd Razman Roslan
Mohd Asaruddin Putra B. Omar
Safiq B. Rahim
Mohd Amirulhadi B. Zainal
Mohd. Safee Mohd Sali

Yes, Safee Sali yang gila damn hawt tu datang! Safee punya pasal, aq pon pakailah my-first-date blouse, kononnya dapatlah dating ngan Safee plak kan.

Lulu, Zey n Yana

Lama gak lah tunggu depa mai, sempat kitorang berposing dengan poster yang berharga RM2~

Mohd Razman Roslan, Mohd Amirul Hadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Safiq Rahim.

Ha..tengok..tak pasal-pasal aq wikying nama dorang kan~

The Kapten.
 [sorry mun...~]

Dia nilah yang ada gossip dengan Rozita Che Wan tuh.
Statement dia "Saya dengan Rozita tu rapat biasa-biasa je"
He-lo..cliche!

Hawt gak dia neh...~

Dia nilah yang paling payah nak bukak mulut taw~

Walaupun agak sedih sebab Safee tak de, tapi aq teruja gak dapat jumpa dorang neh. Padahal tak kenal pon, bila dah jumpa depan-depan tak pasal-pasal join che ahkak sebelah histeria sama! haha! Sampai tersalah histeria kat senior bola sepak ukm...[nampak sangat tak kenal kan?]

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara! chalo~







p/s : Malam neh aq gerak g Pulau Penyabong [?] k, aq g Mersing, Johor.

apa u'all rasa? 
7 00 walks Links to this post

[Girls] versus?

Tuesday, January 18, 2011 - si tukang karang : zey at 9:43 PM
Hey...hey to all readers! Kepada cute girls dan juga jejaka kacak [ehem,..].

Entri kali ni aq nak kasi pendapat aq untuk girls pada zaman urban nih. Aq ulang pendapat aq. Dan semua pics kat bawah ni adalah pic aq n member-member yang tersayangs. Ada pic yang dah lama, i mean time aq study kat Penang dulu. Ada gak yang baru aq snap minggu lepas. Enjoice! 

1. Girls free hair vs Girls pakai tudung.


VS



Ok, isu ni biasa kita dengar dari zaman mak abah kita.
Suka sangat nak bandingkan girls free hair dengan yang pakai tudung.
Aq ada je member yang free hair, dia ada gak tergerak hati nak pakai tudung, tapi apa yang aq nasihat kat dia = kalau nak pakai tudung, make it permanently, maknanya teruskan lah pakai tudung setiap kali kaw keluar. Maksud aq tak kiralah g cafe ke, g kuliah ke. Tak de beza, pakai tudung.
Kalau rasa cam jap nak pakai, bila dah lambat sikit, nak bersiap pon leceh, tudung pon tak sempat capai, baik tak payah... -.-
Aq dah banyak kali cakap, masuk uni aq dah jumpa bermacam-macam jenis perangai manusia.
Ada girls yang pakai tudung tapi perangai...hampeh...
Pegang tangan sana sini=selamba! Naik motor ngn lelaki peluk sana sini=selamba!
Ya ampun, minta dijauhkan semua ini.
Siyes doe, sakit mata!


Pengalaman aq, mak abah tak pernah paksa aq untuk pakai tudung walaupun sudah tiba waktu 'matang' aq pada Valentine's Day. [Gedik gila nak gtaw semua orang!]
Tapi bila once aq dah sahut seruan tu, agak segan gak aq untuk bukak balik.
Hopefully, ianya memang kekal camtuh.


2. Girls pakai tudung vs Girls pakai shawl.


VS


Shawl. Time nih, gadis-gadis cantik-la-rasa dah pandai nak melaram sikit2.
Aq rasa start dengan Bienda punya tudung, pastu merebak ke Yuna.
Tapi pesen Bienda tak ramai sangat yang ikut sebab maybe ramai yang tak boleh terima pakai tudung camtuh. ",
Pakai inner dengan baju spagetti.
Baguslah, pandai gak dorang bezakan yang baik n yang buruk.
Tudung bawal dah tak trend dah sekarang. Sebab pada aq ianya amat leceh untuk di-iron setiap kali nak pakai.
Shawl, tak yah iron, apa ada hal. 
Lagi plak aq naik motor, lagi lah payah nak 'setup' tudung bawal nih.
Tapi still, comel je tengok girls yang pakai tudung bawal nih.
tengok tempat gak lah kan nak melaram pon.. =)


Pengalaman aq, aq mula pakai shawl time kat matriks. Time tu pon aq beli sebab member ada wat bisnes shawl, so time tu cam sekadar tolong member.
Tapi lama-kelamaan bila aq dapat tengok betapa simple nya pakai shawl nih, aq pon dah mula berjinak-jinak. =)


3. Girls pakai shawl vs Girls pakai shawl striking kaler pelangi.


VS



Haaa........ Ini dah jadi isu besar sekarang.
Semuanya bermula when people start online shopping.
Aq suka gak online shopping nih, sebab barang yang kita beli tak cliche, orang lain tak pakai. Tapi online shopping agak leceh bagi aq.
Dulu setiap rumah wajib ada sebijik komputer.
Sekarang setiap orang wajib ada sebijik komputer/laptop dan setiap rumah wajib ada satu wifi.
Maknanya people dah suka ber-online. Berada di talian maya. Getting famous because of it.
Bila ada yang jual shawl yang kononnya 'tak clice', mulalah peragakan kat dalam belog.
Pakai shawl dah bermacam-macam pesen. Kalau boleh tak nak la sama dengan orang lain, baru orang nampak kita.
and yes, girls like to be seen. They love gaining all the fame by being DIFFERENT. 
heyy, being different is DIFFERENT than being unique.
Unique is just being yourself, not trying so hard to be like one famous person.


Daripada shawl yang kaler biasa, dah ada kaler cam kulit harimau, ada plak cam kaler pelangi [ok, senang nak matching dengan semua baju]. Itu ok lagi, tapi kalau dah pakai shawl kaler kuning terang, baju plak pink terang, inner dah purple terang.....senang cerita, semualah nak terang-terang, pe cer che ahkak?








Tudung Ariani plak camne yer? Aq tak letak sebab aq tak pakai tudung Ariani...  Mak n Along pakai larr...Kadang-kadang nak gak satu tudung Ariani...tapi, konpem mak kata " Tudung ni untuk orang dah bergaji je..." Yo larr mak, selendang sepuluh hengget jer..huh!






p/s : tak kesah lah apa yang korang nak pakai, asalkan tolonglah tengok tempat dan waktu untuk memakainya. =)
apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Clinique : Beauty Workshop

Monday, January 17, 2011 - si tukang karang : zey at 7:19 PM
Hola people!



Last week, there was a big event held in my college. There are many cool activities!!! And a great sponsors too. One of the ‘biggest’ sponsors was Clinique. Really cool ha?


Gtaw aq jela, girls mana yang sanggup lepaskan neh? Bayar RM5 je untuk entrance. Confirm la aq g kan. Semangat punya pasal, duk depan sekali, dapat snap pic cechantik! =)

Don't wanna talk too much, let's the photos tell you the story!

Beauty Workshop!

She's expert on skin's health

David - the make-up guy

He teach us how to use foundation by using brush.



ok2, this is the best part....
THE GOODIES!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

The mascara!
To be honest, i never had a mascara before. Actually, tak suka sangat pakai mascara, nanti mata jadi berat lorr....
But, since clinique dah bagi free, aq wajib pakai! muahahaha!!
This one..aq tak sure ape... tapi kat instruction tu dia kata use before using the moisturizer.

FREE!! clinique personal make up
bercadang nak pergi untuk dinner, tapi sapa mahu teman? g Alamanda~

Yang ni plak bukan free yer, 3 basic step aq beli...gatal sangat tangan neh...hehehe.. =)










"Faiq,  esok  aq nak g grooming, clinique! "
"Bagusla!! ko belajar make up, biar jadik feminin sikit"
"kuang hajo kaw!!!!!!!!!"
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

BOOTies

Saturday, January 15, 2011 - si tukang karang : zey at 8:09 PM
Assalamualaikum~


Entri kali ni khas untuk adik perempuan aq yang nak tengok sangat boot aq yang baru beli tuh...
Beli boot is really on my list. Actually start suka dengan boot time tengok Zahiril Adzim  pakai boots kat negara Nippon.
Pastu si Fatin Liyana  plak ada beli boots.
Nice la plak tengok depa ni pakai boots....dulu tengok Yuna pakai, tapi still tak dapat menarik hati aq untuk membeli nya.


Since dari hari tu aq memang berniat nak beli boots nih.
Kebetulan plak, masa jenjalan denga Sern, Syifa n Yana ada plak offer kasut+boots gila-gila punya offer kat The Mines.
Beli   1=20%
      2=30%
      3=40%
      4=50%
Manalah aq tak tertarik dengan diskaun dia. Lagi plak dengan benda yang memang dah lama aq nak beli. 
Kebetulan plak time tu tengah offer Krismas n New Year.


Aq nak buat satu pengakuan yang sebenarnya aq memang pantang tengok offer gila-gila on kasut. Since kat Penang dulu,..lagi aq pantang bila nampak diskaun 2 pasang kasut = RM50. Memang aq laju-laju beli.
Balik Johor, ayah aq plak tensen tengok kasut-kasut aq yang membukit.


Barang biasa-biasa cam t-shirt, beg ke, kalau harga dia 2=RM10, 3=15..aq rasa cam murah gila.... padahal aq rasa kalau dibahagikan, tak delah kurang sangat pon!


Terbaru aq beli mask Elianto 5=RM15. Dia kata satu tu RM7. Aq pon laju-laju beli....Bila singgah kat Sinma, nampak harga mask 1=RM3. Eleh sama je harga..Tapi aq dah beli 5 dan aq tak rasa membazir. ",


Aq rasa promotion camtu memang jalan der~


Boot ni plak aq beli dengan diskaun 40% sebab Yana n Syifa beli sekali. Sern tak beli sebab dia nak beli blouse putih yang vogue gitu! hehe,.. =)


Pics ni plak aq snap time rumate aq tak de... =)


Sila IGNORE latar belakang yer... '-_-

Aq sangat puas hati. Except for the rambu-ramba kat boot tu, rasa cam nak rebond kan je!

Actually, ingatkan nak beli boot yang tak de heel...tapi kat kedai tu yang tak de heel nampak cam tak lawa.
















p/s : Kepada Along, tolong jangan tanya harga asal dan harga selepas diskaun. He-lo, boot ni tak de brand pon compare tu Carlo Rino, Sembonia yang cecah ratus-ratusan tu ok?
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Apabila Jatuh Ditimpa Tangga~

si tukang karang : zey at 1:11 AM
Hola to all readers.


Lately, feel like really unfortunate. miserable =( . 
Peh, ayat...tak boleh kasi yang lagi gempak ka?
Mencikkk!! Dari satu prob ke satu prob...tak berkesudahan untuk tempoh dua hari ni... Nak taw? Meh sini aq cerita satu persatu :




1. Bermula pada malam yang indah, aq dengan penuh semangat nak g jaga booth ice blended kat kolej aq. Almaklumlah, blogger sejati laptop tu wajib wo! Maka aq pon bawalah laptop untuk online kat booth tu. Bila dah on...tetiba cursor laptop neh xley guna. Maksud aq cursor yang 'touch screen' neh. Err...aq tak taw sangat hal-hal komputer neh. =.=
Dah mintak tolong dorang yang ada kat situ. Tapi...mmm..tak jalan... ini 'touch screen' sudah rosak! =,(  Tak de mood 1.


2. Untuk menaikkan semangat aq tu, aq terus shut down laptop. Tak maw tengok dah incik lappy tuh. Nanti balik bilik aq try on balek. Mood dah down gila. Nasib baik ada Mr. Customer. Dia first customer yang datang malam tuh. Orang kata dia regular customer untuk 'chocolate banana ice blended' tak tipu, ice blended nih sedap gila, lebih-lebih lagi kalau aq yang buat. muahaha!!!
Untuk memujuk sendiri hati aq yang 'lara' nih, aq pon buatla ice blended untuk customer nih. Faiq tolong aq sekali. Bila nak masukkan semua ingredient [ceh?], gula pasir habis plak....ok, amek yang baru...bukak plastik gula tu pakai pisau, sebab gunting tak de.....bila aq bukak je.....


strrrrrreeeetttttttttttttt..................aq terpotong jari aq sekali! 
Berdarah. sakit gila! Nasib baik aq tak jerit depan orang tadi =(
Tak de mood 2.


3. Aq dah trauma malam tuh. Aq tak maw sentuh pape! dan member-member aq sangat memahami aq. Tengs kuasa giga kat Yana, Sabby n Faiq sebab sanggup melayan aq yang mengada nih. Balik bilik aq tido. ZZzZZZZzz.....~
Esok paginya, aq bangun pukul 6.30 pagi untuk solat. Bila dah masuk toilet dengan keadaan yang mamai cam Mikaela aq agak pelik, ramai plak ada kelas pagi hari ni. Aq pon masuk dalam toilet. 
Aq dapat tahu bahawa aq keguguran secondary oocytes, tak sempat menjalani tempoh matang dan bertukar kepada ovum. =.=
Patotlah semalam hormon aq tak seimbang.
Itu ok lagi, aq boleh telan...then, aq pon bukak lah paip. Fine, tak de air!
'Nice' sangat kan...rasa cam terfaktab je! huh! Aq pon tarik nafas dalam-dalam. Nasib baik aq tak sempat nak berhajat, jika tidak pasti hajat aq tidak sempurna. [ceh?]
Maka aq pon tadahlah air kat tangki air aras bawah ni...sempurnakan diri aq. Pastu aq sambung balik tido. Nak bukak lappy dah tak larat. Tak de mood 3.


4. Lepas dapat tido jap, aq pon bangunlah bersiap nak pergi kelas dengan harapan air dah ade. Air still tak de dan aq terpaksa mandi menggunakan air pili bomba yang gila berkeladak! =((.






zey n iqa.
Dah lama tak mencapub pic kat belog. Wa tak kesah kalau lu orang nak amek pic wa, [o0o0ps!] sebab wa ada letak water mark,
So, secara tak langsung, boley upkan traffic wa! 
wawawawawawawawa~~~~





Sekarang nih kat uni aq masalah kekurangan air tak habis-habis. Aq jadi pelik manalah perginya air kat kawasan nih, padahal sekarang nih waktu hujan. Mana pergi empangan air? Empangan air kering? Awat tak tadah?
Nilah masalah orang kita, tanah kita yang kaya dengan bermacam-macam khazanah, pi kasi kat orang luar. Kalau tak, takkanlah orang Portugis, Belanda zaman dulu-dulu sanggup belajar bahasa kita semata nak berdagang kat sini. Dorang plak yang dari jauh tahu apa yang ada kat sini.


Lagi satu hal, minyak...minyak yang kita gali, p kasi kat orang luar. Minyak untuk orang kita? Tu haa... kasi minyak yang dah cair. Entah apa yang dia letak kasi cair aq pon tak taw, minyak kita pergi mana? Tak pe, kita import pergi luar. Business matter. Tak pe,... tapi mana hasil untung jualan minyak tuh? Aq yakin dengan tempoh waktu kita yang dah hampir 6 dekad merdeka, kita mampu bina highway yang bertingkat-tingkat cam kat negara Jepun. Tapi tak juga, taraf highway dari aq lahir sampai la ni, camtu jela gayanya. Jangan salahkan accident yang makin hari makin tinggi, tapi cuba tengok sistem traffik kita.


Renung-renungkan dan selamat beramal!








p/s : peh.peh. Keluar semua yang terbuku kat hati. 
apa u'all rasa? 
3 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME