Antara Filem yang Buat aq Sebak

Thursday, November 10, 2011 - si tukang karang : zey at 4:03 PM
Assalamualaikum dan hai kepada kaki wayang dan pembeli VCD dan DVD original dan cetak rompak.

Tengok wayang cerita Melayu sebenarnya aq agak berkira. Nur Kasih ialah filem Melayu ketiga yang aq tengok. Pertama : Anak Halal [eerr???], kedua : Hantu Kak Limah Balik Kampung. Cerita nih keluar sama dengan sequel pirates, walaupun aq peminat fanatik dengan Kapten Jack Sparrow, tapi kali ni aq pilih Adam [ihik!] sebab dengar cerita Jack Sparrow tu curang, tengok beliau curang depan mata? Oh, aq tak sanggup! Nur Kasih aq boleh bagi 4.5/5 bintang lar. A big clap to malaysian yang berjaya buat cerita nih. Kalau cerita Nur Kasih nih aq rasa kalau yang tengok tuh tak nangis, aq naik pelik, tak paham cerita letteww~~~




Ada yang kalau tengok cerita hindustan boleh menangis, berair mata... But so far aq tak pernah lagi tengok cerita hindustan dan aq nangis, jauh sekali tengok video klip lagu Korea dan aq nangis. Hoh, jauh sekali! Entri kali ni aq nak letak senarai filem yang buat aq sebak walau sejuta kali pon aq tengok :

1. Pearl Harbor


Ashton Kutcher
Cerita ni memang win! Pada aq cerita nih lagi touching dari cerita kapal karam-titanic. Cerita perang-perang yang memang selalu jadi kesukaan aq. Walaupun masa cerita ni feymes dulu, aq kecik lagi, tapi aq masih ingat hati aq menangis tengok cerita nih. Sedih sangat!!! T.T In my dreams 
I'll always see you soar a
bove the sky In my heart there will always be a place for you for all my life...

2. Edward Scissorhand


Johnny Depp
Yang ni pon sedih gak, tapi dalam cerita nih ada fantasi sikit. Cerita orang gunting-scissorhand [Edward]. Pada asalnya tuan dia cipta untuk gantikan mesin gunting dalam kilang, tapi tak lama kemudian, tuan si scissorhand ni mati =,( Edward mula keluar dari kilang tuh, dan mula bergaul dengan manusia....dan akhirnya dia jatuh cinta. Macam mana dia boleh jatuh cinta? padahal dia robot kan? Well, carilah sendiri jawapannya!

3. Armageddon

Armageddon
Aq memang admire dengan lakonan Bruce Willis. Dalam movie nih, Bruce [Harry] menjadi seorang ayah. Ayah yang sayang sangat dengan anak perempuan dia. Anak tunggal lah katakan. Sampai bila anak dia nih ada boyfiee pon dia tak caya lagi, dia tak lepaskan. Boyfiee anak dia pulak sama kerja dengan dia. Pada aq scene yang paling sedih bila Harry terpilih untuk meletupkan meteor paling besar yang nak hentam bumi dia terpaksa korbankan diri untuk dunia. Ucapan terakhir dia untuk anak perempuan dia memang seriously touching! 

4. Titanic


Titanic

Yang ni still on the list cerita-cerita sebak. Aq rasa scene paling sedih masa si Jack tuh dah kaku jadi ais... =(


And lastly, all time favourite by our family : The Cave of The Golden Rose. Memang terbaik! 


Tarabas

Tak pernah dengar? Fantaghiro pon tak pernah dengar gak? Rugilah korang tak pernah tengok...hihihi. Pic atas tuh, Tarabas, watak jahat. Tapi hensem kan? *Mama i'm in luv with a criminal~* Kat tv9 sekarang nih, ada ulangan cerita nih, hari Ahad malam kalau tak silap. Drama series. Kalau ada masa lapang tengoklah, jangan paksa-paksa tengok nanti tak feel!
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME