Untuk Settle Down

Thursday, September 15, 2011 - si tukang karang : zey at 7:18 PM
Salam mengenyangkan perut, memenuhi undangan rumah-rumah terbuka semua!


Bila raya, bila cuti, mesti ramai lah yang ambil peluang ni untuk menukar status. Tak payah tengok jauh, budak kelas aq dah tiga orang kahwin. Alhamdulillah, syukur, tahniah. Aq datang satu wedding antara mereka bertiga, sebabnya yang satu tuh je aq dapat kad! hoho. Walimatul urus, wajib datang bila dijemput. Aq pon takde aral yang melintang, aq datang.

Bila cerita pasal wedding, aq teringat balik kesemua feeling aq, family dan sedara-mara aq bila kami sekeluarga mengadakan kenduri kahwin. Excited, suka melonjak-lonjak! Rasa macam baru, rasa macam masih ada lagi bau-bau bunga telur. Masih baru, semua masih baru. Sampaikan pakcik aq tak sanggup masuk rumah [sebab kejadian yang lepas] sebab tak dapat tahan, tak cukup kuat nak tengok rumah aq yang dulunya meriah dengan segala khemah, dan kekecohan tetamu yang datang. Orang luar jugak tak pernah nampak kami selumpuh ini. Yer, masih baru. Terlalu singkat. 29 hari. 

Dugaan kali ni memang dugaan yang terlalu hebat dalam family aq. Sesungguhnya Allah masih pelihara iman kami, mungkin kami kadang-kadang terleka. Dengan dugaan yang datang ni, buat ktorang jatuh, lumpuh dan saat ni aq rasa terlalu takut, takut dengan kebesaran Allah. Allah yang menghendaki setiap kejadian di muka bumi, perut bumi dan alam semesta~ Bila dugaan macam ni datang, ktorang sekeluarga jadi sangat rapat, yang mana kurang kita tutup, yang mana lebih kita bagi. 

Sesungguhnya kehadiran hamba Allah yang satu tuh yang hampir sempurna sifatnya betul-betul memberi kesan yang mendalam dalam family aq. Segala nasihat, segala teguran yang dulunya aq tak pernah buat, baru rasa nak buat, baru nampak kebaikan di sebalik nasihat tuh semua. Mungkin Allah telah ciptakan hamba Allah tuh walaupun hanya sebagai singgahan dalam keluarga kami, cukup untuk kami betul-betul merasa keagungan Allah. Kehadiran beliau sebagai pemangkin buat kami mencari kesejahteraan dunia dan akhirat~ Jujurnya, memang TAKDE orang seperti beliau. Along orang paling beruntung dalam muka bumi ni.

Kahwin. Sebenarnya jauh dalam sudut hati aq, aq sebenarnya trauma. Cumanya aq tak pernah sebut sebab aq nak overcome sendiri. Trauma bila sebut pasal kahwin. Yelah, yang dulu tu kan kali pertama, dan kami sekeluarga buat sesempurna mungkin, taknak nampak cacat celanya. Masa depan aq? Mencari sebanyak mungkin bekalan untuk ke akhirat kelak. Tapi mungkin tak lengkap kalau aq tak dapat cari siapa pemilik tulang rusuk. Aq ni sebahagian tulang rusuk siapa? Aq memang tak ambil kisah pasal semua ni dulu. Tapi ni melibatkan dunia akhirat yang kekal abadi. Aq tak mencari tapi aq taw Allah ciptakan aq secara berpasangan. 

Aq harap trauma ni dapat hilang. Aq jugak berdoa supaya ahli keluarga aq dapat jalani hidup yang baru. Hidup yang lebih baik. Biarlah tak macam dulu. Tapi yang lebih baik. Setiap perkara yang kita lakukan ada pilihannya, kita yang pilih. Cumanya kita kena berdoa agar tak salah pilih. Berdoa dengan lebih kuat. Bila aq sedih, aq tak suka orang lain ikut sama, aq tak suka semua orang taw aq sedih. Biar aq sorang rasa. 

Yang kiri sekali tu bakal tukar status. =)

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME