Konsep Jiran Satu Malaysia

Tuesday, September 20, 2011 - si tukang karang : zey at 6:26 PM
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!
*Entri kali ni ditulis dengan penuh berhati-hati. tehee...~


Sempena Hari Kemerdekaan yang baru lepas, aq terpanggil untuk menulis entri ni. Entri satu Malaysia gitu. Satu Malaysia yang aq maksudkan ialah Melayu, Cina dan India. Kali ni aq tak nak besarkan skop negara bagai, aq kecik kan dalam konsep kejiranan sudahh... Pengalaman aq selama ni dengan rutin berjiran.

1. Rumah aq dalam taman. Ketua penghulu aq pon Chinese. Dia pandai main pawang wo. Jiran depan aq- Chinese. Lama kenal, boleh kata macam besties mak dah. Jiran sebelah kanan-atuk Chinese-Tua dah dia, sekarang ni asyik ikut anak dia balik Singapore je. Jiran sebelah kiri- rumah sewa. Aq pon tak taw berapa jumlah sebenar yang duk dalam rumah tuh. Jiran belakang-Melayu.

2. Cerita pasal Satu Mesia, aq start dengan jiran depan rumah aq-ala2 besties mak. Nyonya depan rumah ni memang concern abes dengan kami. Masa ktorang suka, dia ada, masa zaman ktorang jatuh pon, dia tak putus-putus datang jenguk.

3. Tapi, pernah sekali musim Chinese New Year tak silap. Ktorang datang rumah dorang. Nak simple, nyonya tuh bagi ktorang air kotak dengan air tin. Ada lah jugak biskut, gula-gula. Bila sampai rumah, sekali tengok air yang dia bagi tuh air shady daaa..... 1% alkohol. Oh, mungkin nyonya depan nih tak taw yang Majlis Fatwa Kebangsaan dah kata makanan dan minuman yang dibenarkan dalam Islam 0.01% alkohol.

4. Dalam taman aq, ada sorang taylor Chinese, pandai menjahit. Bukan nak bawa mulut tapi ada golongan Meleis kat kampung belakang rumah kata kat taylor tuh : Mak aq sombong, tak maw bercampur. Taylor tuh dari zaman aq kecik, dia lah yang jahit semua baju kurung aq, kenal family aq dalam-dalam. Apa lagi, back-up besar lah mak aq!

5. Ceritanya camnih, golongan Meleis tuh pernah jual ala-ala direct selling kat rumah kami. Jual kacang sempena nak raya lah konon. Cerita ni dah lama dah. Sebab kan yang jual tuh Meleis, mak aq pon beli lah kacang tuh. Tapi tup-tup, syawal pon dah abes. Kacang pon tak sampai-sampai... Haihhh!


Pasukan Delima Convent, Muar. Hari Sukan 2011.
Ni dulu, tyme aq jadi asst capten, cheer leading ni banyak chinese yang masuk, sekarang dah variasi. Baguslah.

6. Ha, Meleis yang deret betul-betul belakang rumah aq ni, kewl. Memang kewl. Time kecik dulu pon selalu lepak ngan anak dia. Kalau dia masak lebih-lebih pon selalu bagi kat ktorang.

7. Ada lagi Chinese deret belakang rumah ni, agak tua lah dia. Kat rumah aq ni, kalau tak nyonya depan bising ajar anjing dia yak-yak, nyonya belakang ni lah yang buat havoc. Aq pon tak taw lah dorang ni gaduh ke bercakap. Sebab aq tak paham bahasa dorang. Aq agak bila dorang bukak mulut tuh, cam nak keluar je anak tekak dia.

8. Nyonya belakang rumah ni plak, ada dusun buah-buahan. Cara dia nak bagi buah : Dia bukak tingkap dapur belakang tuh, then dia letak lah buah tuh. Bagus cara dia, bak kata orang kalau sedekah tangan kanan tuh, tangan kiri tak boleh tahu. 

9. Kengkadang kalau ada antara siblings aq main kat tepi rumah tuh, nanti dia panggil lah bagi buah. Yang bestnya dia ni tak reti sangat cakap Meleis. Bila dia bagi buah, dia tanya kami "Buah apa?" "Hoo...ni manggg-ggiss" "Manggiss?" "Yer, manggis". Yang buah senang-senang tuh, aq boleh lah layan. Tapi kalau dia bagi duku ngan langsat, sudah aq tak reti nak beza. Bila dia bagi jambu batu ngan jambu loceng....lagi payah aq nak mengajonya!

10. Ada satu family Indian besar kat deret depan rumah aq. Dorang ni alim wo. Time azan maghrib, time tulah dia bunyikan loceng. Family dia besar, aq agak ipar duai semua duk kat rumah tuh. Setiap tahun bila raya, mak aq buatkan ayam kari untuk jiran nih. Mak aq boleh je buat kari daging, tapi for the sake of respect. Tak pe lah.



Actually, tak kesah lah kalau kaw Meleis ke, Chinese ke, Indian ke...kalau nak buat baik, buat je. Kalau jahat pulak, tak kira bangsa. Bagus didikannya, baguslah dia. Camtu lah gak sebaliknya. Dan bila kita merasa kejatuhan yang amat sangat, barulah kita nampak true colours, yang mana kawan, yang mana lawan.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME