Kelebihan Solat Sunat Terawih #2

Thursday, August 11, 2011 - si tukang karang : zey at 10:38 PM
Assalamualaikum and hey people~


Alhamdulillah, dah masuk ramadhan yang ke-11. Dah masuk fasa kedua dah : Fasa Keampunan. [Nota : Bulan Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa yang setiap fasa terdiri daripada 10 hari iaitu : Fasa Rahmat, Fasa Keampunan dan Fasa Keselamatan dari Api Neraka]. Disebabkan dah seminggu lebih berpuasa, so menu berbuka makin lama makin simple. Tapi yang wajib untuk keluarga aq : sup daging mesti ada! =)). 

Okeh, tak yah nak intro panjang lebar, jom kita usha fadilat solat terawih untuk minggu yang kedua :

Malam Kelapan :
Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihisalam.

Malam Kesembilan :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan moto ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam Kesepuluh :
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas :
Keluar ia daripada dunia bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam Kedua belas :
Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya [cahaya ibadahnya].

Malam Ketiga belas :
Datang ia pada hari kiamat dalam iman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Keempat belas :
Datang malaikat menyaksikan ia solat terawih, serta Allah tiada menyesatkan pada hari kiamat.
Jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah lebih dahulu dari kita sepi tanpa doa dan sedekah dari kita. Sesungguhnya, apabila mati seorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali : doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah amal jariah
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME