Kelebihan Solat Sunat Terawih #1

Sunday, August 7, 2011 - si tukang karang : zey at 1:49 AM
Assalamualaikum dan hello people~


Pejam celik, pejam celik, dah seminggu kita berpuasa yek? Alhamdulillah, sampai juga kita berpuasa ke hari ini. Entri kali ni plak aq nak kembangkan minda aq, minda korang semua pasal kelebihan Solat Sunat Terawih mengikut hari.

Malam Pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Kedua :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta kedua ibu bapanya [sekiranya mereka orang yang beriman].

Malam Ketiga : 
Berseru malaikat di bawah arash supaya kami meneruskan solat terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Keempat :
Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

Malam Kelima :
Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjid al-Aqsar.

Malam Keenam :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di baitul maksur [70 000 malaikat sekali tawaf] serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendokan supaya Allah mengampunkan dosa orang mengerjakan solat terawih pada malam ini.

Malam ketujuh :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi  Musa serta menolong nabi menentang musuh ketatnya, firaun pada malam ini.

Buah-buahan tempatan
Bila dapat rezeki lebih tuh, bersedekahlah.
Bersedekah pada bulan puasa menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa yang banyak, dan berlipat ganda banyak pahalanya, dicurahkan rahmat oleh Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.

Ehem. Lagi satu dengan menggunakan bahasa aq, aq nak sampaikan satu-dua perkara.

1. Niat awal nak solat terawih. Niat dah bagus. Satu kebaikan dah dicatat. Tapi sampai masjid, bukan nak solat, buat bising kadang-kadang aq rasa pasar besar yang aq pergi waktu petang pon lagi sunyi. hooih! Ada. Aq dah pergi dari masjid ke masjid, kengkadang aq rasa cam jadi pengawas sekolah pulak mintak bebudak ni senyap. Hoh!

2. Jadikanlah Ramadhan kali ni kita semua betul-betul berubah. Bukanlah bulan ni jugak lah kita nak mula buat perkara yang tak elok. Misalnya, mencuri kasut, meragut beg telekung. Haiih,

3. Pada Jemaah yang hadir untuk solat sunat terawih tuh, peraturan jemaah, macam biasa lah, rapat-rapatkan saf. Yang aq nampak mak cik-mak cik yang bawa sejadah sendiri, tak maw berganjak langsung! Yelah, mak cik nak guna sejadah mak cik je okeh?! Makmum yang  boleh muat 3 saf dah jadi sampai 5 saf ke belakang. Adoyy...putus saf dahh!!

4. Yang pasal Bazar Ramadhan cekik darah, aq malas nak cerita, masing-masing nak duit lebih kan. Kat bazar sekarang standard kuih RM1 dapat 3 biji. Rasanya pulak belum tentu sedap. Hurrmm, tapi mak aq dapat jumpa satu warung ni jual kuih RM 1 5 biji. Kuihnya besar dan sedap gila taw!


P/s : Kebanyakan ayat kat atas aq ambil dari hand-out adik lelaki.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME