Iftar Bersama #2

Monday, August 29, 2011 - si tukang karang : zey at 1:48 AM
Salam Ramadhan again, readers!


Nak-nak dekat raya, time nilah ramai yang ajak iftar bersama. Yang di-invite nya punyalah ramai, tapi last-last yang datangnya cuma 4 orang, haha! Muka-muka yang setia ni jelah... Kali ni berbuka bukanlah kat hotel besar-besar sebabnya cuti sem ni aq tidaklah bekerja. Harap maklum. Iftar kat mekdi sudehhh, murah pon murah! [Barulah western iftar makan burger!]

Dari kiri : Shafferina, Rafiqah n Nurin
Nurin : Political Science, UIA
Yang ni, Nurin memang gila. Maksud aq perangai dia yang gila-gila. Aq kenal dia dari tadika. Satu perkara yang tak boleh blah pasal ktorang : ktorang ni dah lama tahu yang ktorang ni sedara bau-bau bacang, tapi tak pernah nak ngaku depan-depan. Boleh plak camtu kan? Dah abes sekolah menengah nih, masing-masing baru nak ngaku. Hampeh!

Rafiqah : Environmental Tech, USM, Penang.
Shafferina : Civil Engineering, Canada.
Ha, yang ni budak-budak yang study jauh. Tapi walaupun jauh, sampai ke tempat Justin Bieber nun sana, tapi tetap senang nak jumpa. Still keep in touch. Ni namanya bukan kacang lupakan kulit yer. *merepek

Cendol, Muar

Dah kenyang perut, ktorang pergilah berjalan-jalan kat downtown Maharani [kat Muo pon ada downtown okehhh?] Jalan punya jalan, stop kat gerai cendol nih. Apa yang spesel pasal cendol nih ialah korang boleh drive thru je. Maknanya, korang boleh je makan cendol dalam kereta bawak sekali dengan mangkuk-mangkuk cendol. Asalkan korang tak bawak lari mangkuk tu sudah laaa..... Cendol ni kat Jalan Ali, kalau datang Muar boleh la singgah sini! XD

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME