Belasungkawa

Monday, July 4, 2011 - si tukang karang : zey at 4:39 PM
Assalamualaikum~


Al-Fatihah 
kepada Allahyarham Mohd Syukri bin Ahmad
yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Rejab 1432 bersamaan 2 Julai 2011
pada jam 1:10 pagi.

Syuk dan Sof
Pasangan bahagia hingga ke akhir hayat si lelaki


************************************************************************************************************

Terlebih dahulu aq nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah kepada kami sekeluarga, pada saudara dan kenalan yang tak putus mengunjungi rumah kami, pada yang text, pada yang call, sorry kalau ada waktu aq tak dapat angkat phone calls dan reply text sebab pada hari kejadian, aq menjaga phone Along, Ibu dan Arwah. Terima kasih pada semua yang memahami. 

Kehilangan arwah memang satu tamparan hebat buat kami sekeluarga. Ibarat kalau ada 9 nyawa, 5 nyawa kami lumpuh! Cuma tinggal 4 nyawa yang perlu diteruskan. Kami semua terkejut. Pemergian arwah abg syuk seperti hilang nya seorang anak yang taat, seorang suami yang warak, seorang adik yang menyayangi, seorang abang yang memahami, seorang sahabat yang tiada ganti.

Arwah seorang anak dan adik yang taat


Walaupun tak sampai sebulan kami memanggilnya 'Abang Long' tapi kehilangan beliau memang cukup perit untuk ditelan. Pada hari kejadian, seluruh keluarga kami tak selera makan. Sakit tekak. Telan sebutir nasi rasa sakitnya, tak sampai turun ke perut. Tapi aq sedar, aq kena kuat untuk Along! Kami semua sayang arwah. Pada hari-hari terakhir arwah, arwah tak henti-henti buat kami ketawa. Beberapa hari sebelum kejadian, arwah sempat menunjukkan kepada kami adik-beradik americas funniest video dalam hp nya, sempat melihat maharaja lawak dengan kami =,(

Secara ringkas aq ceritakan apa yang berlaku. Pada petang 1 Julai 2011.

Lebih kurang jam 5:30 petang : Aq dan Iqa keluar untuk ke BSN dan ke Popular untuk membeli stationary. Dalam perjalanan ke Popular, kami berselisih dengan Arwah. Aq tak perasan. Iqa nampak. Arwah menaiki kereta Frontier. 

Jam 5:40 petang : Arwah call Iqa, tapi tak sempat angkat phone. Arwah sempat call Hazirah yang berada di kem motivasi pelajar harapan cemerlang daerah Muar di Tawar Farm Plantation, Pt. Bunga, Muar. Kami tahu jika terserempak dengan arwah di jalan, mesti arwah akan text atau call kami.

Tepat jam 5:55 petang : Arwah call aq.

Zey : Hellooww...
Arwah : Ehh...mak jem [panggilan jozan dlm maharaja lawak] nih, menonong je bawak keta ha...
Zey : Yelah, mak jemah ni pon, naik traitorn [baca:triton] manelah mak jem nak perasan.. hhaaa....!
Arwah : Ada kat mana tuh?
Zey : Dah kat Popular dah, baru sampai, temankan Iqa beli stationary untuk exam...
Arwah : o0o0... Azirah tak ikut?
Zey : Azirah ada kem sekolah dia tuh. Esok dia balik lah.
Arwah : o0o0..
Zey : Eh, hari ni Along tak balik kan?
Arwah : Haah. Dia kan ada larian serentak tuh. Abg Syuk ingatkan nak pergi Pontian tengok Along, tapi esok kena pergi KL plak. [nada abg Syuk mula serius dan slow]
Zey : Oh, ye ke. Abih tu Along tak balek la minggu ni?
Arwah : Esok hari Sabtu Along balik la.
Zey :  Abg Syuk tak pergi sana lah?
Arwah : Eh, pergi-pergi. Abg Syuk pergi Pontian hari Ahad.
Zey : Oh. Antar Along la...
Arwah : Bye...[tak berapa clear....]
Zey : Haa..ok, bye!
Arwah : Eh, tak-tak. Jom pergi warung bai. 
Zey : Alahh...baru sampai sini lah.... Abg Syuk dah sampai kat warung bai ke? [mood sekarang:sesal]
Arwah : Taklah...takpe2lah. Ok lah.
Zey : Assalamualaikum. Bye!
Arwah : Waalaikumsalam.
...

Pada jam 6.20 petang : Ajib call untuk ambil Cibi yang baru pulang sekolah agama.

Pada jam 6.40 petang : Aq, Iqa dan Cibi sampai di rumah. Tiba-tiba ibu bagitahu bahawa Abg Syuk accident dengan kereta viva. Masa tuh, kami tenang lagi sebab baru jumpa Abg Syuk menaiki triton. Mestilah viva tuh yang kena. Tapi, rupa-rupanya Abg Syuk sempat pulang ke rumah untuk menukar kereta dan kemudian menaiki motor untuk ke pejabat pos. 

Waktu selepas Maghrib : Abah, Ibu dan Ajib keluar menziarahi rumah Wak Kam, saudara belah ibu yang meninggal pada petang itu. Aq hantar Iqa ke tuisyen. Hanya Cibi di rumah.

Selepas  10:00 malam : Aq, Iqa dan Cibi bergegas ke Hospital kerana dimaklumkan Abg Syuk kritikal. Abah, Ibu dan Ajib sudah awal berada di sana selepas melawat. Rupanya Along orang pertama yang tahu [pada pukul 6.30 petang] dan Along terus bergerak dari Pontian ke sini.

Pada jam 11.00 lebih : Abg syuk masuk zon merah dan kemudian ke ICU. Brain damage. Bleeding terlalu teruk. Doktor kata kita cuma boleh berdoa. Aq doakan "Ya Allah, kaw berikanlah Along peluang untuk menjaga Abg Syuk walaupun mungkin dia tidak seperti sebelum ini. Aminn"

Lebih kurang jam 12.30 malam : Aq menghantar abah dan Cibi pulang ke rumah. Hati ni tergerak untuk ke tempat abg Syuk accident. kat simpang Taman Perdana. Darah masih belum kering. Serpihan motor sana-sini. Sebelum kembali ke hospital, aq sempat ke 7 eleven untuk membeli air untuk ibu dan Along.

Tepat jam 1.14 malam : Ajib call dan menyatakan Abg syuk baru meninggal. Masa tuh, aq tak keruan. Terus aq tekan minyak selaju mungkin ke hospital. 

Arwah Abg Syuk seorang abg yang tak henti-henti buat kami gembira

Ajib, Cik Cut dan wakil keluarga Arwah terus ke balai polis untuk buat laporan. Pemilik kereta viva, perempuan, umur 21 tahun. Rupanya dia lagi dulu membuat laporan polis. Dari rekod pompuan tuh dah banyak buat kes. Langgar lari. 
Kereta dan moto arwah dari main road untuk ke simpang Taman Perdana. Pompuan tersebut menyondol moto arwah dari belakang, mungkin tak perasan arwah yang sedang menuju ke simpang. Badan arwah bertembung dengan kereta dan melambung ke bonet hadapan kereta. Ya Allah, hamba bukan mahu menjadi seorang pendendam tapi apakah ujian ini ya Allah, jenis manusia apa pompuan tuh? Kenapa terlalu kejam??! Tapi bukan setakat itu saja. Pompuan tersebut masih tekan minyak, terus menggerakkan kereta ke depan, bagai tiada apa di depan cermin kereta dan badan arwah terus-terusan melambung ke tiang di tepi jalan. Darah terlalu banyak pada kepala arwah. Pompuan tadi terus berlari entah ke mana meninggalkan kereta di situ. Syukur, kebetulan kawan-kawan arwah ramai yang melihat dan terus menelefon Along untuk ke sini. 

Syuk dan Sof

Cerita Along dan Abg Syuk cerita yang jarang kita dengar.
Abg Syuk mula berkenalan dengan Along pada tahun 2001
Semasa Along berumur 15 tahun dan Abg Syuk 17 tahun di Sekolah Dato' Seri Amar diRaja. 
Bermula dengan hubungan adik dan abang angkat.
Pada tahun 2004 Abg Syuk melamar Along sebagai kekasih.
Along masa tuh sedang menyambung pelajaran di KMJ pada umur Along 18 tahun.
Di teruskan pula perjalanan mereka ke hari pertunangan pada 12 Jun 2010.
Majlis di buat pada malam hari.
Alhamdulillah, jodoh mereka panjang sehinnga pada gerbang perkahwinan.
Along dinikahkan dengan Abg Syuk pada 3 Jun 2011.
Status mula berubah, tambahan ahli dalam keluarga kami. Gelaran Abg Long, mula wujud. Abah dan ibu pon mula menukar gelaran, walaupun agak kekok.
Tapi, apa kan daya, arwah mungkin terlalu rindu dengan ayahanda beliau, pulang ke rahmatullah pada 2 Julai 2011.

Cerita Along, cerita yang jarang berlaku. Aq mohon pada semua yang membaca entri ini sedekahkan al-fatihah dan doakan Along kuat dan tabah menempuhi semua ini. Melihat wajah jenazah yang tenang, kami merelakan arwah pergi. Wajah jenazah sangat tenang, lebih tenang dari wajah arwah semasa melafazkan nikah tempoh hari. 

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME