Pengalaman Aq di Sekolah Henry Gurney

Tuesday, May 24, 2011 - si tukang karang : zey at 6:33 PM
Assalamualaikum dan hai kepada gangster sekolah, budak kaki report, budak tukang payung, anak emas sekolah, ketua pengawas yang berdedikasi dan nerdy boys and girls.


Sekarang ni tengah kecoh dengan cerita budak sekolah, budak sekolah nakal. Bukan calang-calang sekolah, sekolah juvana namanya. At first aq teruja dengan cerita nih sebab Zahiril Adzim yang berlakon, jadi watak pertama lagi yuuwww... tapi, kali ni Zahiril Adzim yang melakonkan watak Daim, memang...memang...lembik lah aq boleh cakap. Beza sangat dengan watak dia dalam cerita Kami, watak Boy, jadi pusher, jadi taiko lah rasa. Muka ganazz je. hoho~ 


Dan aq rasa hot setuff dalam cerita nih mestilah Botak, sapa lagi kan si house captain tuh. Watak Apek pulak sempoi gila meneutralkan lagi the whole cerita so takdelah memanjang tunjukkan keganasan dan ketakutan. Family aq suka cerita nih. Bak kata mak aq cerita ni memang bagus ditonton supaya kita tahu apa yang berlaku dalam sekolah juvana camtuh. Overall, aq memang suka cerita nih. =) 


Juvana


Drama Juvana mengingatkan aq dengan pengalaman aq ke Sekolah Henry Gurney, umur aq masa tuh 18 tahun. Underage. Sebelum aq pergi jauh, bak aq kasi tahu Juvana ialah remaja yang bawah umur yang melakukan kesalahan jenayah yang boleh menyebabkan mereka masuk ke lokap. Tapi tak boleh masuk lokap lagi sebab underage. Kalau kesalahan yang dilakukan sangat berat, remaja tersebut akan terus ke lokap lepas grad dari sekolah juvana. 

Aq ke Henry Gurney? Kaw hengat senang ke nak masuk sana? Yeh, aq terpilih. Aq pergi sana sebab Program Latihan Khidmat Negara [PLKN]. Yeh, sekali lagi aq terpilih. Di bawah program khidmat masyarakat tak silap. Sebelum aq pergi cikgu [jurulatih] kami ada nasihat supaya berjaga-jaga, lebih-lebih lagi bagi wirawati. Pehh, gila aq cuak taw??! Yelah, dorang kan dah lama tak tengok dunia luar. Masa aq jejakkan kaki ke sana, ada yang tengah bertukang, stop, ada yang sedang welding, stop. Terpaku. Aq agak cuak. Masuk dalam tuh, tak boleh bawa handphone dan kamera. So, aq cuma cerita jelah pengalaman yang aq ingat keh :

1. Statistik 'pelajar' yang masuk ke dalam sekolah tu semakin meningkat. Luckily, bangsa kita bukan pada ranking tertinggi.
2. Mereka diberi latihan seperti bertukang, buat rumah, baiki enjin dan sebagainya. Jadual mereka memang padat.
3. Pada sesapa yang ingin belajar, cikgu khas akan ajar mereka. Tapi kebanyakannya memang tak nak belajar. It's optional
4. Dalam pada itu, hukuman pada mereka tetap akan dilakukan. Ada hari yang mereka kena habiskan jumlah sebatan dan sebagainya. Sakit gila wo! Aq tengok video yang sebenar. Sepanjang hukuman, doktor mesti ada di sebelah.
5. Warna-warna baju berbeza mengikut batch. Selalunya pelajar 'senior' [pelajar yang tinggal setahun untuk dilepaskan] yang memang dah berubah akan jadi 'pengawas'. lahh, kira cam house captain lah. Dan 'pengawas' nih bertanggung jawab penuh dengan anak buah dia.
6. Ada hari meraka akan lakukan sesi kaunseling di luar. Buat satu bulatan. Semua duduk atas kerusi. Sesi ni diketuai oleh pengawas tadi. 
7. Sesi kaunseling nih amatlah menakutkan bagi aq. Dalam sesi ni, kalau ada pelajar yang tak puas hati sesama mereka akan cuba bersuara, masa ni lah ada yang nak bertumbuk, baling kerusi dan sebagainya. Semuanya terpulang dengan pengawas tadi untuk handle situasi nih. Selalunya, pelajar yang lain akan cuba menenangkan mereka. Muhasabah diri. Lepastuh dah baik dah... =))
8. Ikrar dan lagu Sekolah Henry Gurney memang seriously touching!
9. Kebanyakan yang 'grad' dari sekolah nih memang fully recover. Senang cerita ramai yang jadi budak baik, alim, berdikari. But sadly, ramai jugak yang masuk balik sekolah tuh sebab PANDANGAN TIPIKAL MASYARAKAT, pandangan orang kampung yang tak boleh lupakan dosa mereka yang lepas. Nak tak nak, dorang patah balik ke jalan gelap tuh. =,(
10. Mereka diberi elaun, ada masa boleh outing [tapi masih di bawah pengawasan], ada masa boleh boleh terima kunjungan pelawat.
11. Antara kes yang mereka lakukan : curi motor, pukul orang, rogol, bunuh dan sebagainya. Dari kes yang besar sampailah yang kecik.
12. Ada antara mereka yang berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, tulis sajak. Mereka pon berani je perform depan kami. Rasa berbangga. 


Bawah ni aq letak pics aq masa PLKN dulu. Rasa rindu plak. =) 

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA,
KEM HUTAN REKREASI, AYER KEROH, MELAKA,
SIRI 4/2007, KUMPULAN SATU,
KOMPENI ALPHA.
KELAS KENEGARAAN : CIKGU HENG
KELAS 'CHARACTER BUILDING' : CIKGU HENG

Pakai baju celoreng, ni baru gagah.
Ini bukan baju kilang, ok. Tolong sikit. Ni baju pergi kelas.
Yang ni, seingat aq nak support member aq tuh karaoke. Tema semua hitam.


Apa yang aq belajar : Hidup ni kadang-kala kita nampak macam tak adil bagi kita, tapi walau bagaimana teruk sekali pun, bukan kita yang menjatuhkan hukum, biarlah Tuhan uruskan semua. 


P/s : Dah lama tak dengar cerita pasal member baik aq kat PLKN dulu, Mohamad Azri yang sambut study kat Jepun. Masa aq kenal dia, dia memang hantu Jepun, sekali dapat sambung study kat Jepun, huh, gembira tak gembira je lah kan.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME