Cerita Cinta Mami

Sunday, May 1, 2011 - si tukang karang : zey at 7:20 PM
Assalamualaikum~


Hari ni aq dah selamat sampai ke rumah, dan pada tarikh ini, my baby Zahiril tunang,... dengan Shera Ayob. Tahniah..... ", *senyum terpaksa*


Entri kali ni aq tulis khas untuk generasi akan datang, anak-anak aq. Yer, kalau korang rasa nak termuntah ataupun berdarah hidung dengan ayat-ayat kat bawah ni, aq suggest takyah teruskan membaca yer... =) Entri suka-suki!


First crush mami bermula pada umur mami seawal 11 tahun. Yer, darjah 5. Mami ingat lagi masa tu zaman-zaman Backstreet Boys [BSB] tengah up. Yelah, budak sekolah perempuan, pe lagi masing berebut-rebut nak beli keset BSB. Dan Mami dapat own keset tuh, thanks to Mak Long, sebab dia pon minat gak. Segala poster BSB semua mami ada. You tell me lar, pose mana je yang budak-budak BSB shoot yang mami takde simpan? Sampai sekarang mami simpan lagi satu kotak penuh dengan poster, segala poskad, sticker dan macam-macam lagilah, itu pon kalau nanny kamu tak buang lagi... -_-


Ok, back to first crush mami, bila sebut pasal BSB, hangpa ingat sapa? Ok, korang tak kenal sebab korang budak millenium kononnya, huh! Pada zaman mami, all girls are deadly wanna meet NICK CARTER. Yes, budak yang baby face tuh, termasuklah mak long kamu. Tapi mami lain, mami tak suka minat orang yang semua orang duk minat. Persaingan sebegitu rupa. Mami tak suka. Guess who, mami minat gilaxx kat Alexander James McLean a.k.a AJ Mclean. Mami siap mimpi lagi mami datang konsert dia, mintak autograph dia, peh! 


AJ McLean

But, as years goes by, AJ dah mula terlibat dengan drugs, alcoholic addict. Rehab tu dah macam rumah kedua dia lah mami agak. Lepas tu, mulalah timbul boy band baru 'n sync namanya. Cana nak sebut? Camni anak-anak : and sing. Dah dapat sebut? pandai yer. =) 'n sync ni kurang lebih je cam BSB tuh, almaklumlah syarikat rakaman dorang sama. Alah, macam Super Junior dengan Girls Generation tuh. Ha, cam tu lah. Syarikat yang sama, hasil acuan pon sama.

Kalau sebut pasal 'n sync plak, semua girls mesti scream kat mamat baby face + rambut rinting, si Justin Timbercelake tuh. Yela, mana tak feymes, mamat ni dulu couple dengan Britney Spears taw. Dah macam Prince Charming dengan Princess Fiona Barbie Princess gitu... Mami plak memang tak suka si Britney tuh, sebab mami suka lagi Cristina Aguilera. haha! Korang taw tak Britney tuh pernah kahwin 48 jam je? Mami pon tak taw kenapa dia boleh kahwin dengan budak sekampung dia tuh.

Dalam 'n sync mami minat sapa pelak yer? Mami minat Joshua Scott Chasez a.k.a JC Chasez. Dari nama dia gak lah mami menggatal mengeja nama mami dengan Chaza Hany Dean. Konon-konon ada nama tengah, konon-konon ada nama family. Duh gedik! *letak tangan kat dada, mata naik atas, mulut ternganga. Pada mami, dia macho gila...suara dia memang ummpph! JC berjaya kekalkan nama dia tanpa sebarang gossip, sebarang masalah disiplin. Tetapi mami sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mula khabar angin kata JC Chasez gay dengan Chance Crawford. Kalau tak de angin, takkan pokok bergoyang wooyy. Nah ni, sebagai bukti, mami bagi tengok dua gambar ni. Manalah mami tak sedih.. =( Ha, lagi satu, mami memang tak gemar tul lah dengan mereka yang homoseks neh. huh!


JC Chasez and Chance Crawford

Lepas-lepas tuh, mami mula kenal dengan orang Melayu...yer, mami minat KRU taw dulu. Minat sangat-sangat dengan si Yusry tuh. Yelah, yang kamu tengok cerita lagenda lama Hikayat Merong Mahawangsa tu, Yusry lar pengarahnya. Dia ni kira crush meleis pertama bagi mami huhu~ Mami memang minat semua hasil karya adik-beradik dia tahu? Lebih-lebih lagi video clip diorang, mami suka. Tapi entah, tak taw kenapa, mami berubah angin~


Young-Yusry

Mami berubah angin pulak pergi ke Korea. Masa ni mami dah masuk Sekolah Menangah. Sampai mami sanggup belajar Bahasa Mandarin sebab senang mami nak mintak gambar kat member-member mami yang berbangsa Cina. Sebelum tu Mak Long kamu minat gila dengan cerita Jepun, penuh gaklah dulu bilik kami dua dengan komik Great Teacher Onizuka, Slamdunk, dan banyak lagilah, mami pon lupa. Poster kat dinding? Jangan cerita larr... Tapi dulu mami kurang minat sikit dengan Jepun, sebab dorang suka mandi...macam Shizuka tuh. Shizuka sapa? Nanti korang tanya pakcik gugel. Hero Korea pertama yang mami minat ialah Won Bin. Kachak gila taw dia. Tapi korang jangan gatal tangan nak search gambar Won Bin masa muda. Yer, mami tahu, plastik surgery. =,(

Won Bin


Lepastuh mami ada crush balik kat omputih, mami tengok cerita kat tv Singapore, movie Edward Scissorhand. Best cerita neh. Ha..? nak tengok, takpe nanti kita cari DVD kat Mydin yer. Cerita ni buat mami betul-betul sebak dengan mamat yang bertangan gunting ni, tapi punya hati. Sebak lakonan Johnny Depp. Daripada movie tuh, mami terus falling kat Johnny Depp, tengok jelah blog mami tu dulu banyak gambar Johnny. Nanti kamu semua download lar cerita Pirates of the Carribean tuh k. 

Edward Scissorhand

Dan akhir sekali, barulah mami jumpa dengan daddy kamu ni. Walaupun muka dia tak sehensem JC, tapi sedap mata mami memandang, walaupun perangai dia agak annoying macam AJ, tapi tulah yang mami suka. Muka daddy kamu semanis Yusry walaupun kulit dia tak secerah Won Bin. Walaupun daddy kamu suka buat mami marah, sedih, gembira, sebak tapi tulah yang mami minat sampai lah dapat kamu semua... 




P/s : Satu hal yang patut tahu [ceh, ayat nak merong!] masa ayat ini ditulis, aq masih belum ada steady boy.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME