Anak Kedua?

Tuesday, May 17, 2011 - si tukang karang : zey at 11:41 PM
Assalamualaikum readers!


Entri kali ni aq cuma nak explain sikit daripada notes yang di-forward oleh member aq, toro kepada aq. Notes mengenai ciri-ciri anak kedua. Di-forwardkan kepada aq sebab aq anak kedua. Bila aq baca, ada betul nya. Ada yang sama dengan perangai aq. 
See? Perangai aq OBVIOUS. Bukan susah sangat pon nak paham aq kan.


ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..


TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..


BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …


HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi


HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka


BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..


ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri


PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah


PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....


1. Anak Manja Ibu
Nak kata aq manja dari kecik, tak rasanya. Cuma mak ada perangai yang aq adore dari kecik. Orang lain yang tak kenal mungkin kata demand, sombong, high taste. Tapi kalau kita berpandangan ikut view mak, kita nampak lain. Sebab itulah apa je yang aq buat, aq akan utamakan nasihat mak. Apa-apa pun. Kalau mak kata tak, maka taklah jawapan aq. Apa-apa sikit ibu? Mestilah!


2. Anak Degil
Degil. Kalau aq kata nak ini, aq mesti dapatkan yang ini. Aq mesti dapatkan walau apa cara sekali pun! Masa zaman sekolah dulu lagilah aq mengada. Aq jenis tak suka beli barang yang sama dengan orang lain, so selalunya aq akan beli barang secara katalog, barulah tak cliche. Aq sanggup tunggu lama berbulan, asalkan aq dapat. Perangai ni boleh tengok dengan cara aq tulis.


3. Tak Pandai Pujuk
Heyy, aq perempuan...takkan aq yang kena pujuk lelaki?


4. Bercinta
Pengorbanan aq sebab cinta? Can't remember.


5. Hitam/Putih
When I said no, it means forever. Tak payah la sesusah nak pujuk aq. Tapi bila aq kata tak kisah, maknanya aq masih fleksibel. 


6. Hati
Okeh, aq mengaku yang satu ni, cuma setengah orang saja yang boleh tegur aq. Tak semua. Kengkadang aq lagi suka orang tegur aq...tapi mesti kena dengan caranya.


7. Berdikari
Aq selalu cuba untuk berdiri atas kaki sendiri. Aq selalu cuba. Tapi kengkadang apa yang aq cuba tu hanya akan lebih menyusahkan orang lain. Macam contoh aq nak balik rumah kekonon nak bagi 'surprise' kat family aq. Balik mengejutlah kiranya. Dah beli tiket segala, sekali satu family aq pergi bershopping sakan kat Melaka...haah, konon indie...tapi ini dah kira membazir. Tiket balik Muar kira burn larr...beli tiket balik Melaka. Rugi!


8. Arahan
Kalau ada yang mengarah aq tuh selalunya mak dan abah. Bukan aq tak buat arahan tuh, aq buat...tapi mungkin lambat. Dan bila kena bagi kerja, aq akan buat muka sepoyo mungkin. haha!


9. Pemaaf & caring
Ini ikut tempatlah. Aq jarang marah, tapi tolonglah jangan bagi aq marah. Aq tak suka orang buat kerja last minute yang ada berkaitan dengan aq. Aq tak suka gak orang ubah daily schedule aq. Terima kasih.


10. Pakaian
Aq rasa pakaian aq takdelah up-to date sangat. Selalunya aq main ambil je mana-mana baju yang senang aq gapai. Yang penting aq selesa. Pepandailah aq mismatch kan baju-baju tu so that takdelah kantoi pakai baju yang sama dalam seminggu!


On Along's Engagement
Insya Allah 4 Jun nih, lepaslah si sulung, yang kedua nanti aq menyusul. uhuk!

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME