HARI TANPA BEG PLASTIK katanya.

Monday, April 4, 2011 - si tukang karang : zey at 6:51 PM
Assalamualaikum and happy good day people.


Semalam aq selamat sampai ke uni, kembali dengan semangat baru setelah di-brainwash dengan kata-kata perangsang mak, abah n Along. Thanks again. Bila aq merajuk, bila aq marah, aq tak suka orang duk sebut perkara yang telah terjadi. Dia tetap dia dan ini kali pertama buat aq. Nasi dah jadi bubur, buat apa nak sebut pasal nasi lagi? Baik kita pikir lauk untuk bubur tadi. Yedak? So, aq sampai uni dengan nafas yang baru gitu. Cewah! 


Buat masa sekarang nih, family aq tersangatlah sibuk dengan persiapan kahwin akak aq. Dua orang adik perempuan aq telah dikuarantin sebab depa amek exam besar tahun ni. Sorang PMR, sorang lagi SPM. Makanya, aq dengan Chibby lah yang macam duo-clown kat rumah tuh. hurmmm. 


Clown



Hari minggu yang lepas, aq dengan rasa girangnya bagai final exam jauh lagi, ikut depa shopping barangan wedding. Hari Sabtu. Public Holiday. Ktorang shopping kat Melaka. Dah tahu yang hari ni hari TANPA BEG PLASTIK. Makanya, ktorang sediakanlah shopping bag. Barulah green. Barulah back to mother nature. Barulah kata kita sokong kempen hijau nih. 


HARI TANPA BEG PLASTIK. Aq sebagai budak biologi, tak pernah bangkang kempen hijau nih. Aq sokong. Malah, aq bagi kesedaran kat family aq. Econsave belakang rumah ktorang pon time melancarkan kempen nih, jemput mak. Satu hari tanpa beg plastik? Takdehal. Ada certain shopping complex, akan charge 20sen kalau nak mintak plastik. Ada pulak yang jual beg dia sendiri bagi menggantikan plastik. Itu takdehal, dah Mesia susah sangat nak tukar beg plastik dengan beg kertas cam omputih tuh. Mungkin ada sebab. Ada girl yang nak beli pad, bawa siap2 beg sendiri. Bukan malu, bukan segan. Tapi worth it ke gtaw satu dunia hormon tak seimbang kaw tuh ha?


Berbalik pada hari Sabtu yang lepas, kami berbelanja di satu shopping complex kat Melaka. Aq yang tukang bawa segala shopping bag family. Bukan satu, bukan kecik. Tapi besar gak r... yelah shopping barang rumah sekali. Mananya sikitkan. Disebabkan shopping bag tuh takde isi, makanya aq lipatlah elok-elok, masuk dalam beg Domu-kun aq neh. Aq orang yang terakhir masuk. Family aq dah masuk jauh kedalam kedai. Aq dah masuk, tetiba pak gad tuh kata 
"eh..dik...dik....apa beg tuh, beg sila letak kat luar"
"ha? dalam ni ada shopping bag, cek r kalau nak"
"x...x...letak luar"
"haa...? Kata hari ni takde beg plastik."
"Takde...takde...letak kat luar"


Gemuk!



Aq bengang gak r kan. Aq rasa maybe kedai nih, dikecualikanlah kot. Lagi satu aq rasa depa ni hengat aq nih perompak bersenjata kot. Takut kot2 aq samun satu kedai. Oh,come on, apa guna lu letak censor bagai kat luar pintu tuh kalau takleh detect penyamun? Oh, mungkin lu malas nak tag setiap item dengan barkod. Mana boleh detect kan? LOL! 


Lepastuh, kami pon sambung aktiviti shopping kami. Setiap tingkat kami pergi. Dan barangan plak, penuh satu bakul. Nak terkeluar pon ada. Cashier plak kat aras bawah sekali. [Aq syak dak Melaka mesti dah tahu tempat nih] Time bayar. Ni part paling best. Cashier tuh tanya mak "Ada bawa beg?"
Aq plak menjawab "Tadi masa masuk, kata tak boleh bawa beg?"
"Beg kat mana?"
"Luar r!"
"Haa.....boleh ambik la"


Watde fish? Aq ngn menggelegak nya, keluarlah ambik beg tuh. Bila masuk balik. Aq sempat bagi sedas dua kat pakgad tuh, dengan cashier2 sekali kena. Kalau kaw lawyer ke, majistret, doktor, paling tak pon doktor falsafah, cukup buat aq terdiam. Tapi korang ada? Takde kan? Meh sini giliran aq untuk tembak korang sedas dua barang.
"Tadi kata tak boleh bawa beg? Kalau dah tak bagi nak bawak beg, takyah r nak tahan customer masa kat entrance tadi. Sengal! Orang buat hari takde plastik beg, kaw pon nak buat. Sekarang nak cop resit plak. Pejadahnya?!"


Cukup r tuh, aq tak pernah buat perangai camni wo. Masa makan, mak aq kata "Lain kali, takyah wat camtuh, biarkan je...orang tu kan dah tua..."
"Mak...customer always right. Ni seb bek dia tegur orang, kalau dia tegur nenek tua, ntah cana gayanya. Kita ada hak mak..."










p/s : Ada yang sokong, ada yang bangkang Hari Tanpa Beg Plastik. Korang plak cane? Kalau barang kering masuk dalam beg, takdehal. Barangan fresh plak cane? Masuk dalam beg? Aq pon geli woii! Nanti plak takut ada market letak sign awal2 "Bakul dan beg tidak dibenarkan masuk". Kejadah!
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME