Dearest Chaza~

Friday, April 1, 2011 - si tukang karang : zey at 2:58 AM
I am stronger on the surface. Not all the way through -zey-


Dearest chaza sayang,


Apa yang berlaku tadi, benda kecik je. Chaza kan kuat. Chaza selalu kata nak jadi cam orang yang kuat kan, independent cam Mak. Humble cam Abah. Chaza selalu cakap camtuh kan? Chaza sayang kena kuat, kena kental, chaza kata nak jadi ganas cam jerung kan? Chaza pernah nampak jerung nangis? Chaza pernah nampak jerung nangis cam penyu?


Chaza tahu tak, bila umur kita dah meningkat, lagi ramai yang kenal kita. Chaza tahu apa maknanya? Maknanya setiap hari kita akan berhubung dengan 1001 jenis ragam manusia. Ragam manusia ni memang banyak 'variety' Chaza. Tapi, Chaza ingatlah : Setiap sesuatu ada hikmah. Fikirlah dengan akal dan nilailah dengan iman. Chaza sepatutnya bersyukur, sebab Chaza masih layak menerima dugaan Tuhan pada peringkat awal. Cuba Chaza bayangkan kalau Tuhan mahu menguji Chaza lagi? Bukankah lagi pedih?


Kalau dulu, masa Chaza baby, Chaza ingat lagi tak masa tu umur Chaza setahun lebih, time tuh Chaza tak begitu kenal lagi dengan dunia. Lepastuh, lahir adik lelaki Chaza. Bila dia lahir, Chaza ada satu perasaan. Satu perasaan yang Chaza sendiri tak tahu. Chaza simpan, tapi masa tuh, Abah, Mak, Kak Ju tahu yang Chaza sebenarnya 'jealous' kan? Bila dah membesar dengan adik lelaki Chaza yang cuma beza setahun je, Chaza rasa seronok kan? Rasa cam ada 'member kamcing'. Chaza nampak tak, dulu Chaza tak taw apa yang akan berlaku nanti, bila dah laluinya, barulah rasa manisnya kan?


Najwa Mahiaddin
" u got to go...goo...goo...go.....~"


Macam tuh jugaklah masa Chaza kat sekolah rendah, ada konflik dengan cikgu. Masuk sekolah menengah, Chaza ingat lagi tak pasal 'the toilet-thingy' yang tak pasal-pasal Chaza terlibat. Kena gantung kelas, duk depan bilik Penyelia Petang, kawan-kawan lain semua dah balik, Chaza tak balik lagi. Chaza diam.  Chaza tak cerita kat cikgu dan ya, waktu tu cikgu pun tak nak dengar. Lagi bertambah dugaan, nama Chaza dan sorang lagi member Chaza di-black list daripada nama PENGAWAS. Perhimpunan minggu depannya, penyelia petang sarkastik dalam ucapan beliau. Chaza diam. Yang tahu cuma Mak. Chaza tak salah, tapi lepastuh Chaza tahu kan apa yang jadi? Cikgu yang hantar Chaza kat depan bilik Penyelia Petang tuh, tukar sekolah. Dia mungkin tahu apa silap dia, dan Chaza tak silap sebab tak cakap. Chaza terus diam. Dan sekarang, Chaza nampak kan hikmahnya? Walaupun jawatan Chaza ditarik, Chaza dapat fokus dalam PMR. Chaza perform. Dan tahun depannya, cikgu disiplin mintak Chaza apply jawatan lama. Chaza cuma cakap "terima kasih."


Macam tu jugaklah yang berlaku masa Chaza dapat PLKN kat kem Ayer Keroh, Melaka. Sebulan Chaza homesick kan? Tapi bila dah keluar, rasa rindu plak kenapalah kem tu sekejap sangat? Masa Chaza dapat tawaran belajar kat Penang, Chaza rasa downkan. Hujung dunialah Chaza rasa, tak de saudara kat sana. Sampai semua ahli keluarga Chaza yakinkan Chaza yang kita pergi sana untuk ilmu. Surrounding, pedehal? Bila dah sampai Penang, ramai yang senang hati / sayang kat Chaza kan? Semua orang sayang kat Chaza. Chaza plak rasa seronok pergi tempat yang takde sapa tahu asal-usul Chaza. dan mungkin sebab kan itu Tuhan tarik balik rasa sayang tuh, Tuhan nak Chaza belajar daripada kesilapan yang Chaza sendiri buat. Tuhan nak Chaza kembali ke landasan yang benar. Chaza sayang dah belajar semua tu kan?


Dan sekarang, Chaza tahu tak, Allah dah jadikan takdir yang terbaik untuk Chaza. Yer, yang benar tu sangat pahit. Andai kata kebenaran tu tak de rasa, Chaza tak dapat tahu kan? Malah Chaza tak perasan pon, tak ingat dan Chaza tak akan belajar. Chaza sayang tengah belajar, belajar dan belajar. Pasang niat siap-siap. Belajar kerana ilmu, ilmu kerana Allah. Chaza sayang kena tahu : INI BARU SATU PERMULAAN.












p/s : And to all my lovely readers, this entry was written to give strength to Chaza. Been written here, so she won't never forget to be better and better in the future. 
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME