Tipu Status Dalam Perhubungan.

Thursday, March 17, 2011 - si tukang karang : zey at 11:16 PM
Salam readers~


Kaw dah kahwin.
Kaw dah ada anak sorang...kaw dah ada anak tiga.
Tapi kaw kata kat satu dunia, yang kaw single.


Kaw baru break up.
Kaw malas nak berkomitmen dah lepas tuh, ada yang nak propose kaw.
Tapi kaw kata kat satu dunia, yang kaw dah bertunang.


Komplot - Nora Zen



Tipu status. Yang kapel, kata single. Yang single kata kapel.
Korang yang pertama ke yang kedua?
Orang akan tanya, kenapa pulak nak tipu?


Kalau kaw dah kapel, tapi member sekeliling kaw semua happy-singles. Siap ada yang wat single-fan club lagi.
Nak tak nak, kaw kenalah tipu yang kaw tu kononnya single, bagi tidak dipulaukan oleh 'klik' kaw sendiri.


Kalau kaw single. Kaw nak berehat, kaw bzkan diri kaw dengan segala macam aktiviti, kecuali aktiviti Cinta. 
Lepas tu ada plak yang gatal tak paham situasi korang datang serabutkan fikiran korang.
Nak tak nak, korang kena tipu yang kaw kononnya dah berkapel.


Aq dah jelaskan kenapa dan kenapa wujud 'tipu status' nih. Tapi aq tak cakap, perkara ni bagus.
Dah nama pon tipu kan.
Pernah dengar Compulsive Liar? Ianya semacam itulah.
Kalau kaw dah mula tipu perkara yang kecil, tak mungkin satu hari nanti kaw akan tipu dengan perkara yang besar, semacam kaw perbodoh-bodohkan orang di sekeliling kaw.

Zee Avi
SOL. Sing Out Loud.


Aq ada satu cerita. Cerita Cinta Pertama yang aq tak suka kasi tahu. Cerita lama. Tapi cerita ni macam masuk je ngan entri kali ni, biarlah aq bercerita. ok?

Cerita nih, cerita cinta pertama si gadis. Bai, first love, mana boleh lupa. Ditukar ganti? Boleh saja, tapi takkan dilupakan.
Si jejaka memang terkenal dalam sekolah dia, almaklumlah, atlet.
Si gadis pon apa kurangnya, atlet juga. 
Tapi frankly speaking, atlet lelaki lagi hawt daripada atlet perempuan. Kalau nak hawt n spicy, jangan jadi atlet. Tu, pergi masuk cheer leading sana.
Si jejaka minat dengan si gadis. Dia buat macam-macam cara. Si gadis cam biasa, jual mahal. I loike.
Sampailah suatu hari rakan baik si gadis (si lelaki), juga sama sekolah dengan si jejaka bertanya dan juga merestui hubungan si gadis dengan si jejaka, kerana sepanjang si lelaki tu kenal, si jejaka tu punyai hati yang baik.
Mulalah si jejaka dan si gadis bersatu. Heboh satu tempat sebab si jejaka daripada sekolah yang kesemuanya lelaki dan si gadis daripada sekolah yang semuanya perempuan. 
Mereka bahagia pada tempoh yang agak lama. Almaklumlah, si gadis mempunyai skuter, si jejaka mempunyai motor. Si gadis bermain netball, si jejaka bermain bola sepak. Ada persamaan kimia di situ.
Si gadis cukup bahagia. Tapi, entah kenapa, si jejaka mula risau.

Sehingga suatu hari, ada satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali ke telefon bimbit si gadis.
Si gadis angkat, tiada jawapan.
Message bertalu-talu pula sampai. Sekejap saja inbox dalam handphone si gadis penuh dan penuh.
Semuanya berlaku satu malam yang singkat.
Tak terdaya si gadis membalas segala message yang datang.

Nombor yang tidak dikenali itu ialah nombor Tasha. Tasha ialah girlfriend si jejaka. watdefuuuuu.......???
Tasha dan si jejaka telah lama kapel, tapi jarak memisahkan mereka. Abes segala maki hamun diterima si gadis. Air mata? Toksah cerita.
Si gadis mencari apa silapnya, kerana seolah-seolah segalanya seperti dirancang. 
Selepas itu, si gadis tidak terus berhubung dengan si jejaka, tetapi bertanyakan kepada rakan baiknya, si lelaki. Sumpah! Si lelaki tak tahu. Si lelaki mula siasat. Si lelaki berjumpa Si jejaka. Ibarat buku bertemu ruas. Barulah kena.
Gedebak. Gedebuk. Gedebak. Gedebuk. Setel.

Si jejaka akhirnya mengaku yang Tasha adalah girlfriend dia. Dan dia sayang Tasha. Depa dah kapel bertahun, tapi si jejaka tipu status, untuk test market kononnya. Pigidaa!
Bai, siapa tak sakit, cinta pertama. Jadi orang yang ketiga. Kekasih gelap. 
Lepas-lepas tuh barula si jejaka berani mengatakan satu dunia tentang Tasha.
Holiday bermandi-manda bersama Tasha juga dihebohkan satu dunia.
Bai, siapa tak sakit?










p/s : love urself. and people will love u back.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME