Mencari Sebab Untuk Berubah~

Wednesday, March 2, 2011 - si tukang karang : zey at 7:59 PM
Assalamualaikum~


Aq tertarik dengan entri mRK Mr K yang ini. Tapi kali ni aq nak melihat daripada perspektif yang berbeza. 


Disebabkan surat yang si gadis ni bagi kat Mr Khairul ni sangatlah best, [setelah dibunga-bungakan oleh Khairul yang sememangnya Mat Bunga cam Korean...muahahahahaha!!!!!] maka aq decide untuk abadikan dalam belog picisan aq neh. Because for the first time I read this letter, serious, bulu-bulu roma aq meremang.




Salam Mr K.

Entry ni dah lame aku tunggu-tunggu dari blog theotherkhairul. Actually aku nak share cerita berdasar pengalaman aku dulu. Sorry aku cerita kat email je.

Kat university, aku lebih selesa bertudung sebab majoriti perempuan kat university aku pakai tudung. Tak kira la pakai tudung jenis apa, singkat atau tak atau apa-apa je lah. Janji pakai. Kiranya, pakai tapi x ikut syariat.


Aku kat university pakai tudung tapi balik umah aku tak pakai. Sebab tak da family aku yg tegur. Yup! aku terima kalau org ckp aku hipokrit. Tapi aku tak fikir sangat pun. Sebab aku rasa masa tu aku belum bersedia nak pakai tudung sepenuhnya.



Just nak share, apa yang Mr K cakap kat entry tu betul. Aku selalu ternanti-nanti perubahan aku yang aku selalu simpan dalam hati. Masa aku pakai tudung dulu aku suka selempang tudung kira style perempuan sekarang suka pakai. SEBAB TAK NAK NAMPAK BAIK SANGAT. Macam Mr K bagitau kat entry tu, kalau pakai tudung, orang akan expect sesuatu yang lebih baik dari perempuan yang freehair.



Bab bertudung labuh, tak pernah aku terfikir nak pakai dalam masa terdekat. AKU RASA TAK LAYAK SEBAB AKU BUKAN USTAZAH. Itulah yg bermain dalam otak aku. Tapi aku suka tengok budak-budak yang pakai tudung-tudung labuh dan aku ada simpan niat dalam hati nak pakai macam tu satu hari nanti. Aku just niat dalam hati kalau aku dah kahwin baru aku nak pakai tudung betul-betul. Sebab biasanya kalau kita berubah org sekeliling akan tertanya-tanya kenapa kita berubah? Jadi dalam pemikiran aku lebih mudah untuk orang fikir nanti aku berubah sebab aku dah kahwin.


Serius dulu aku tak suka dengar orang cakap tentang aurat. Sebab adanya kata-kata seperti "perempuan sekarang pakai tudung belum tentu baik. Kadang-kadang lagi teruk dari yg freehair". Aku tak bangkang kata-kata tu. Sebab tak baik nak nilai orang just dari luaran. Aku rasa aku tak buat jahat walaupun aku tak pakai tudung dan tak pakai tudung labuh. Dulu aku tak suka org tag or bagi email tentang aurat. TERASA beb. Huhuhu (Aku rasa awek ni penat tulis panjang-panjang sebab tu ada 'huhuhu'). Tapi aku tak adala marah sebab bagi aku diorang nak bagi ingatan / nasihat yang baik. Cuma, aku belum boleh terima.


Dulu bf aku pun tahu, aku pakai tudung bila kat U je. Balik rumah aku tak pakai tudung. Tapi dia tak tegur pun. Bagi aku, lelaki-lelaki kat luar sana patut bagi perangsang kat awek-awek diorang supaya bertudung. Sebab sebagai perempuan, kita* lebih suka kalau yg tegur kita tu org yg kita sayang. Nampakla dia prihatin. Tapi sepanjang pemerhatian aku, lelaki amat-amat jarang nak menegur perempuan bab aurat ni secara berhikmah.  Maybe takut menyinggung perasaan awek atau tak tahu cara. Last-last diorang just diamkan je...



Alhamdulillah satu hari bermula sem baru. Sorang kawan aku mula berubah START PAKAI TUDUNG LABUH. Tapi dia baik sikit la dari aku. Dia suka pakai tudung tapi tudung selempang dan tak pernah freehair macam aku. Aku dok tengok dia, serius dia berganda-ganda lebih cantik dari dulu. Sopan dan sejuk mata memandang. Aku nak gak berubah tapi aku tak dapat nak janji bila. Sebab aku takut perubahan aku nanti tak kekal sebab ikut dia. Tak lama lepas tu aku pun tergerak beli sehelai tudung labuh dan nak try pakai. Aku rasa berbeza gila dan agak janggal jugak la. TAPI AKU RASA LEBIH TENANG BILA PAKAI TUDUNG LABUH. Bila keluar pun rasa lebih selamat. Mungkin betul org kata, kalau kita ada niat yang baik,  InsyaALLAH DIA akan permudahkan jalan. Aku tak sangka DIA bagi hidayah pada aku begitu cepat dan Alhamdulillah aku masih hidup utk berubah ke arah yang lebih baik.



Aku rasa hidup aku tenang dengan perubahan yg aku dan kawan-kawan aku buat. Even sikap kitorang tetap tak berubah. Gila-gila macam dulu. Sikit-sikit kitorang beli baju-baju longgar dan tudung labuh, beli sarung tangan, stokin utk melengkapkan koleksi pakaian seorang muslimah. Masa tu aku tengok dalam almari banyak baju-baju, seluar jeans aku yg sendat, ketat dan aku rasa menyesal beli benda-benda tu tmasuk tudung-tudung bawal yg jarang n tudung fesyen ekin yang singkat yang aku beli dulu dan aku memang tak sempat merasa pakai selendang-selendang yang macam-macam fesyen sekarang ni. Dan Alhamdulilah x da keinginan nak pakai tudung2 macam tu lagi / freehair. Hari-hari aku minta pada ALLAH agar aku terus diberi taufik dan hidayah untuk istiqamah menutup aurat dan melihat kebaikan pada setiap apa yg Islam gariskan.Yang penting pasang niat-niat yang baik. Kita tak taw bila hidayah tu akan datang tapi kalau kita nak buat baik, mesti DIA permudahkan. InsyaALLAH... Sekarang aku mula terasa nak pakai purdah.


Doakan ya Mr K.






Dilema untuk berubah?


Apa yang aq admire pada si gadis ini ialah perubahan yang dia buat. Daripada FREE HAIR kepada PAKAI TUDUNG SELIMPANG permanently dan kemudian pada mulanya sekadar untuk melengkapkan koleksi muslimah dalam wardrobe, dia mula beli TUDUNG LABUH dan sekarang dia terasa nak pakai PURDAH. Alhamdulillah~


And the best part is, si gadis berubah oleh sebab kehendak sendiri, bukan daripada kehendak keluarga, BOYFIEE dan sebagainya. Yer, aq highlightkan di sini BOYFIEE, ataupun teman lelaki. Walaupun pada mulanya niat dia untuk berubah bila dia dah berkahwin nanti. Alhamdulillah, hidayah yang diterima lebih awal daripada apa yang dijangka. Betul kata si gadis : Yang penting, niat kena baik.


Lepas break-up, apa jadi?



Dah jadi cerita biasa bila seorang gadis berubah mengikut teman lelaki. Tu yang mula timbul nya kes lari rumah ikut teman lelaki, kahwin lari dan sebagainya. Kalau berubah jadi baik sebab teman lelaki, apa kesudahannya bila mungkin berpisah nanti? Dah mula hilang arah, balik pada perangai lama? Itu yang kita tak nak dengar. 


Paling menyedihkan bila si gadis sanggup tukar AGAMA demi teman lelaki. Sudahlah hal keluarga diketepikan, hal agama pulak dibelakangkan. Sedih! Masih ingat tak lagi cerita Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamaruddin? Sedih tak sedih, si gadis sanggup tukar agama! And well, kita sendiri terikat dengan undang-undang yang 'kita gubal' : Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Gampang gila! Cuba selak sikit kitab Jenayat kita dulu-dulu. Apa hukum murtad? Sendiri pikir. 


Tuan Haji Haziq



Ok, tak yah aq cerita yang jauh-jauh. Aq cerita je pasal adik lelaki aq. Selalu kita dengar orang tanya "Bila nak naik Haji?" dan orang yang kononya-tak-bersedia akan cakap "Belum sampai seru lagi" Inilah antara ayat yang bermain-main kat fikiran adik aq sebelum g haji. Almaklumlah, pergi haji disponsor penuh oleh mak abah.  

Ni lah yang dia runsing sangat. Nak kata dia jahat. tak delah sangat, cuma kalau nak dibandingkan dengan aq, aq lebih 'sikit nakal'nya. =) Sampai sehari sebelum dia g, dia buat solat sunat boleh dikatakan lama lah gak. Muka dia pon agak cuak. Ktorang ni ha, lagilah runsing dengan dia ni.. haihhh.... pe kena larr.... 

Beberapa jam sebelum bertolak, aq prasan ayah aq g masuk bilik adik aq. Slow talk dengan dia, mungkin brain wash sekali. Tukar mind setting dia yang bukan-bukan pasal Tanah Arab. Rupanya apa yang dia paling takut sekali ialah : Dia tak bersedia lagi ke tanah suci. Abah berjaya tenangkan hati adik aq sedikit sebelum bergerak pergi.

Sempat dia memancing cik awek kat sana.
Well, adik aq~


Bila dia balik, my other siblings and I teruja sangat nak tengok dia. The beautiful part is, dia kata : THERE IS NO SUCH THING AS TAK BERSEDIA PERGI HAJI. ONCE DAH PERGI, RASA RINDU NAK TUNAIKAN UMRAH PULAK LAH BULAN 12 NEH~











p/s : Kalau tergerak nak berubah, mulakan la ni, saat ni, detik ni. Tak yah tunggu nanti dan nanti.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME