[Lawak] Sebab dan Akibat Tiada Air

Saturday, March 5, 2011 - si tukang karang : zey at 10:35 AM
Hola everyone~


Aq semakin hawt panas dan panas bila keadaan kat kolej dan uni aq berterus-terusan tak de air... Kat bawah ni aq senaraikan antara sebab yang mungkin akan berlaku / telah berlaku jika kat kawasan tempat menginap korang tu tak de air dalam tempoh yang agak lama.


weewiitt...ikan duyung tu!



#1 Bahaya bagi gadis-gadis comel untuk berlegar-legar dari satu blok ke blok yang lain untuk mencari air terutama pada waktu awal pagi. Sebab apa? Sebab gadis-gadis yang-comel-la-rasa sangat2lah terdedah dengan bahaya perompak. Ya, perompak yang merompak shower gel mereka yang menggunakan teknik menyorok di kawasan punca air utama.


#2 Apabila tak de air, maka secara automatiknya, semua mak cik cleaner tak de kerja. Maka untuk mengisi masa lapang sebelum habis waktu kerja, mereka akan membuat karipap untuk dijual pada sebelah malam. Akibatnya, ini lah yang merunsingkan pelajar akan 'wujudnya Mak Cik karipap yang hanya menjual karipap pada malam hari'.


#3 Pada waktu pagi, suasana di fac sangatlah sunyi, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Tak de air menjadi penyebab kepada pelajar untuk tidak hadir ke kelas pagi. Akibatnya, waktu inilah waktu yang terbaik untuk pakgad memberi saman (sebab pakgad pon takde kerja cam mak cik cleaner) kepada motor / kereta pelajar senior-lah-sangat yang suka hati depa je nak parking kat bawah bangunan lar, parking tempat pensyarah larr...amboyy!


#4 Ini ialah antara sebab yang patut kita elakkan- melakukan hajat yang tidak sempurna. Kalau hajat kecik tu tak pelah, boleh patah balik g bilik, amek air mineral 2 liter. Ni kalau dah hajat besar nak kata hape? Nak pakai air mineral 5 liter pon ne cukup woyy! Akibatnya, 'bilik kecik untuk berhajat' tu takkan digunakan sampai bila-bila sampai 7 keturunan junior pon aq syak bilik ni memang takkan berusik!


#5 Apabila dah tak de air, secara automatiknya makan pon nak guna sudu dan garpu. Sampaikan makan roti nan pon guna sudu. Piiraahh~ Apa terjadi bila semua student lunch break pada waktu yang sama dan semuanya menggunakan sudu dan garpu? Akibatnya, sudu dan garpu akan habis bila semua digunakan. Maka student akan beralih untuk lunch kat bakery untuk makan roti ataupun kebab saja. 


#6 Apabila dah tak de air, langkah yang paling bijaklah-rasa ialah dengan mandi menggunakan pili air bomba. Lepas tu, mulalah timbul bintik-bintik merah dan gatal-gatal di seluruh badan. Dah beramai-ramai pergi ke Pusat Kesihatan yang berdekatan dan mendapatkan krim kulit untuk disapu. Maka dengan ini, mulalah wujud istilah 'kulit biawak' dan 'kulit princess'.


#7 Apabila dah bersabar dengan berhari-hari tak mandi, orang ramai mula pikir untuk mandi kat swimming pool yang terdekat. Maka berpusu-pusulah orang ramai ke pool. Bila dah ramai mandi kat satu kolam yang agak kecik tu, paham-paham je la...bukannya bersih sangat pon. Lagipun waktu pembersihan pool hanya dilakukan seminggu sekali je.










Agak-agak yang depan sekali tu tengah basuh apa yer?








p/s : Malam ni aq nak berdiner ngn junior2 hawt. Aq harap tak de lah masalah dengan air hari ni. 
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME