Kenali Citarasa Seseorang Melalui Handphone.

Thursday, March 17, 2011 - si tukang karang : zey at 8:21 AM

Salam,


Member aq pernah kata kat aq kita boleh agak style seseorang tuh / cara dia / citarasa dia dengan handphone yang dia pakai. Kat bawah ni aq ada senaraikan beberapa jenis handphone dan aq kaitkan dengan citarasa seseorang.


1. Handphone ciplak.
Orang jenis ni suka yang main kaut je asal ada.
Guna je hp ciplak, asalkan function dia sama, walaupun kualitinya hampeh!
Kapel je ngan sesapa asalkan tak single.


2. Handphone Blackberry. 
Orang jenis ni mempunyai citarasa yang tinggi.
Tapi, citarasa dia sama cam orang lain. Dia selalu meminati orang yang semua orang duk usha.
Dapat ke tak, itu menjadi persoalannya. Selalu yang dia minat ni mesti ala-ala selebs gitu.


3. Handphone flip / lipat / slide.
Orang jenis ni sukakan ahli gimnastik yang gemar melipat-lipatkan badan. 
Orang jenis ni mempunyai citarasa yang 'smart' gitu.
Yang pakai selekeh + serabai, dia tak pandang, yang penting kemas!
Yelah, tengok jela kat filem Jepun tuh, bukan ke ramai yang pakai hp camnih?
Tapi, pada aq, hp jenis ni senang utk berbual~


4. Handphone yang dah lama, dah calar balar dah, tapi still functioning.
Orang jenis nih tahap setia dia paling tinggi, walaupun kapel dia tuh tak lawa cam awal-awal kenal dulu, tapi sayang dia tak pernah kurang. Dah ramai yang suggest suruh tukar, tapi selagi boleh tukar housing, keypad...dia cuma tukar 'aksesorinya' saja.


Hujan



5. Handphone murah tapi first hand.
Orang jenis ni pentingkan kualiti. Walaupun murah, apa ada hal...yang penting first hand. Tahan lama sikit daripada barang second hand neh.


6. Handphone mahal tapi second hand.
Orang jenis ni yang suka melaram, tapi akhirnya papa. Papa nak ke sugar daddy, mewah la gak...tapi ni papa nak kedana. 
Bak kata orang 'alah membeli, menang memakai~'
Orang jenis ni gak suka menunujukkan kapel dia tu kat satu dunia. Almaklumlah, barang 'mahal'.


7. Handphone yang tak rosak, walaupun dicampak-campak.
Orang jenis ni memang suka mencampakkan hp ke merata tempat bila dia tengah marah. [aq la ni dulu.]
Orang jenis ni suka hati dia je marah2 kat kapel dia tuh tapi masih duk melekat bersama.
Biar marah depan, asalkan tak simpan dalam hati. Nanti dalam hati ada grenade, sapa mahu tanggung?






























p/s : Hp yang aq pakai nih, abah belikan sebab aq merajuk tak nak balik Penang, selagi tak tukar hp. LOL. Buruk gila perangai aq?! 
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME