[Fakta] : Mati Mengejut

Wednesday, March 30, 2011 - si tukang karang : zey at 1:21 AM
Assalamualaikum~

Hey semua. Minggu lepas, aq ada kat rumah. Home Sweet Home. Hari Rabu yang lepas, ayah kepada member aq satu sekolah meninggal dunia. 
Salam takziah kepada keluarga dia. Keluarga aq sempat menziarah rumah dia, almaklumlah mak dia member mak aq time muda-muda dulu. Adik aq pon sebaya dengan adik dia. So secara tak langsung, kami sangat care dengan pemergian arwah. Bila diingatkan balik, when were the last time i met arwah, really can't remember, lama gak lah rasa...lgpon member aq tuh, tak in touch dengan dia. Dia tak de FB. maispes maybe ada.

Punca kematian? Sesak nafas. Sepanjang hidup arwah, memang tak de sakit jantung,.... Dan beberapa hari sebelum tu, memang tiada simptom-simptom yang menunjukkan arwah sakit. 




Entri kali ni aq nak kasi tahu sedikit info mengenai Mati Mengejut.
Sebelum aq pergi jauh, kita usha dulu, who are the famous Malaysian who died because of sudden death :
Julai 2006 : Hani Mohsin Hanafi
Ogos 2009 : Ustaz Asri Rabbani
Januari 2011 : Faizal Yusop

Selain tuh, Feao Latu dan Shamrin Photographer juga meninggal atas sebab yang sama. Kenapa mati mengejut? Kematian secara mengejut nih sering kali dikaitkan dengan sakit jantung. Hakikatnya, tahukah korang bahawa Faizal Yusop bukanlah penghidap sakit jantung selama dia hidup. Serangan jantung bukanlah punca satu-satunya punca kematian mengejut. Tetapi lebih kerap dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, HOCM, atau masalah ketebalan otot jantung.


Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak / peacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung. Bila jantung rosak berlaku satu fenomena di mana aktiviti dalam jantung menjadi porak-peranda. Bila tidak mengepam, seseorang akan pengsan. Kerosakan berkekalan pada otak berlaku selepas 3-4 minit jantung berhenti. Memandangkan otak itu mengawal jantung dan organ-organ yang lain, maka kematian akan menyusul.



Kematian mengejut sememangnya sukar dikesan. Tetapi, kita boleh mengelak daripada mati mengejut. Walaupun kematian mengejut memanglah sukar dikesan pada peringkat awal, yang penting : Jaga Kesihatan Jantung!

Cara Mengelak Mati Mengejut.

1. Minum teh hijau.
2. Memasak gaya orang Itali (menggunakan minyak zaitun mentah)
3. Amalan makanan yang sihat (lebih serat)
4. Mulakan hari dengan jus
5. Bersenam untuk jantung
6. Makan pisang (untuk menurunkan tekanan darah)
7. Kurangkan gula
8. Jangan jadi perokok pasif


Kat bawah ni aq letak video clip anti-rokok daripada our Ministry of Health. Serious, kalau aq seorang perokok, memang sangat2lah makan dalam wo!




Big credit to magazine iSIHAT version of April 2011 for the sharing info.







p/s : okeh, terasa cam nak jog esok.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME