Cara usha yang super-annoying

Tuesday, March 15, 2011 - si tukang karang : zey at 12:52 AM
Salam to all lovers and haters~


Entri pertama dalam minggu geli-geli. Cara usha yang super-annoying / childish yang aq harap sangat semua yang reti baca entri aq nih, janganlah sesekali hangpa try, ok? =)


Bunkface



1. Kaw pakai spect [ok lagi] dan rambut kaw belah tengah...rambut belah tengah, aq rasa ok lagi... tapi bila di-combine dua : ianya seperti 'seekor' alien yang sesat, yang kononnya ada hati nak berlawan dengan predator. blah r!
Apa yang jadi super-annoying nya bila budak-budak jenis nih, mengusha girls dengan cara ajak member ramai-ramai, duk kat tepi tangga / tepi blok / tepi bench pastu duk suwit kat girl yang dia minat tuh. Kengkadang yang suwit tu pon bukannya dia, member dia. 
Eh, lu rasa kuat bila ada pengaruh besar? Piraah....!


2. Mamat yang budget bagus. Budget bagus macam girl yang dia usha tuh tu adalah seorang anak Tan Seri. Mulalah dia cerita pasal kemewahan dia yang dia bangga-banggakan. Mulalah cerita pasal segala aset yang dia miliki.
Common lar, kita bukan hidup pada zaman Puteri Gunung Ledang yang perlu tunjukkan jambatan emas untuk Sultan Melaka datang meminang.
Girl sekarang hidup atas realiti, bukan lagi fantasi maya. 
Cakap macam masuk-bakul-pecah...gebang-gebangkan segala benda yang dia takde, tak sedar yang girl yang selama ini diam, tak cerita pasal latar belakang family sebenarnya memang anak Tan Seri.
Haaa...taw kaw, terdiam. Speechless, Segala apa yang kaw gebangkan tak terlihat langsung oleh si gadis.
Satu hakikat dan fakta : Manusia akan sentiasa berlagak dengan segala barang yang dia 'tidak' miliki.


3. Boy yang pemalu, ini biasa. Rasulullah sendiri seorang yang pemalu, lebih pemalu daripada gadis pengitan. Tapi, rasullah seorang yang gentleman dengan isterinya. 
Dengan girl yang kaw usha, kaw malu... tak pe, tak kesah. Tapi bila keluar dating, sampai nak order air kat Mekdi pon nak suruh girl dengan alasan kaw malu + tak reti, pigidaa....!
Bila lunch + diner, kaw dengan gentleman nya kata nak belanja. Tapi yang tukang angkat bil, yang tukar bayar girl yang kaw nak usha tuh...
Hee...wa plak rasa tensen nih!
Kalau time dating pon kaw dah perangai macam tuh, belum lagi berjumpa dengan family girl tuh.
Orang tua, biasalah akan tembak dengan soalan-soalan cepu emas. Kalau kaw tak sedia semua tuh, jangan harap kaw akan pergi jauh!


Meet Uncle Hussain, Pesawat, Lan and the typewriter.



4. Mamat yang budget alim. Bak kata orang 'alim-alim kucing'. Solat tak pernah tinggal katanya. Segala batas pergaulan dia jaga, katanya. Tak suka berkawan dengan jantina yang berlawanan, katanya.
Sampai kononya setiap pagi akan call gadis-yang-diusha untuk bangun solat subuh. Hakikatnya, girl tuh bangun lebih awal dari dia. Bila dia bangun, mulalah kata penatlah, tak sedar lahh...paling tak pon, dia kata ter-lupa nak call. 
Enuff! kalau kaw rasa tak boleh, takyah gebang cerita, girl tu pon tak hadap. 
Aq rasa lagi sweet, bila kaw bangun awal, kaw kejutkan saja si gadis, tanpa berjanji yang macam-macam sebelum kaw lakukan.


5. Boy yang bilamana dia usha girl, dia kasi heboh satu dunia semacam dia yakin dia dah 'own' girl tuh.
Relitinya, belum pon declare pape dengan girl tuh. 
Bila berhadapan dengan girl tuh, rasa janggal, rasa takut. Sebab kaw dah gtaw satu dunia instead of telling to the girl. Taw pon kaw malu.
Kaw malu, kaw takut, tapi kaw kata kaw sayang, kalau benteng yang senipis ni pon, kaw takde daya nak pecahkan, jangan berharap kaw akan lepas dengan tembok-tembok kuat yang dibina oleh family girl tu. Toksah lah cerita pasal Cinta kalau tak berani ambil risiko.
Ambil taw body language girl tuh, kalau sekali ajak keluar, girl tu tak nak...boleh cuba lagi... tapi kalau dah setahun cuba, tapi takde perubahan girl tu buat. Lupakan saja! Stop trying.
Pernah dengar perkataan PASRAH?


6. Body touch. Mula-mula fingertip...lama-lama? Jenis boy macam nih, dia tak respek girl dia. Aq repeat lagi sekali 'semacam dia dah own' si gadis. Mula-mula pegang tangan, lepas tu pegang bahu,...lepas tu pegang pinggang... lepas 'itu'? Korang taw tak, satu benda yang betul-betul mencairkan girl? CIUMAN DARIPADA SEORANG SUAMI KE DAHI SI ISTERI kerana secara tak langsung, si isteri akan 'tunduk' untuk dapatkan ciuman tuh. 
haaa...touching tak? terharu! terharu!
So u guys tak yah sibuk-sibuk duk mengira jari-jari girl korang...duk sibuk-sibuk pegang pinggang dorang semacam dia akan lari. Tak yah! Tok sah!
Girl tu tak cair pon korang wat camtu... Yelah, kami kan ada 9 nafsu...nafsu shopping, nafsu makan... banyak lagi yang kami nak fokus daripada nak layan layan nafsu hangpa yang satu tu je!


7. Kaw nak usha girl tuh, tapi kaw tak buat homework, kaw tak buat sedikit research. Kaw tak kenal girl tu dalam-dalam, kaw tak nak taw pasal family girl tuh, kaw tak nak dengar pasal member-member girl tuh. 
"Tak pe, aq jadi diri sendiri"
Memang boleh jadi diri sendiri tapi kan kalau semua orang asyik nak jadi diri sendiri tanpa boleh bertolak ansur dan berpikiran matang memang dunia ni porak peranda lah.
Kaw cuba bayangkan, kalau girl tu tak suka rokok. Tapi bila abes makan, toodia kaw hisap rokok depan muka girl tuh. Berkepul-kepul asap kat muka girl tuh.
Silap-silap, kaw sendiri boleh di-sound direct!
Kalau awal-awal kaw taw yang girl tu tak suka rokok, lepas abes makan, boleh balik terus...kaw boleh smoking kat bilik. Betul tak?
Yer, aq paham memang susah nak cerai-rokok.


8. Memang hakikat bahawa memang ada girls yang gedik, yang manja, yang sukakan perhatian dan jugak hakikat memang ada ramai girls yang independent, berdiri atas kaki sendiri, tahu lebih dan kurangnya diri... Kalau tak, takkanlah si Neyo boleh nyanyi lagu 'Miss Independent' dan 'One In a Million'. Cristina Aguilera dengan lagu 'fighter'. Britney Spears-Stronger. 
Kaw tak boleh la ignorekan gadis gedik begitu saja dan kaw tak yah budget hero dengan gadis-gadis indie-pendent.
Tengok sapa yang kaw nak usha tuh. Bila gadis gedik gtaw kaw segala rutin harian dia satu-persatu, kaw janganlah naikkan suara. Bila gadis indie kata dia boleh hidup seminggu tanpa kaw, kaw tak payah lah sibuk-sibuk untuk menjadi 'driver' dorang.










p/s : Cam contoh Mr. K yang meminati gadis agresif, cara mengusha mestilah dengan deodorant Adidas, instead of giving her Maybelline's compact powder. =)
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME