Again n again~

Tuesday, March 8, 2011 - si tukang karang : zey at 9:45 PM
Assalamualaikum~





Entri kali ni memang tak de kena mengena dengan lagu k-pop : 2pm-again and again. and yes, depa memang kachak, caring, romantik dan aq tak jumpa lagi lelaki Melayu yang kachak romantik seperti mereka. Ini fakta, sila terima yer kaum lelaki.


Apa aq nak cakap ialah pasal : aq kena saman....! again and again.... setakat ni aq dah berjaya kumpul 5 saman. 2 saman dah berbayar dan 3 saman masih pending tidak berbayar. Biasalah tu saman, kalau tak pernah kena saman rasa cam noob la plak kan. 





Kali pertama aq kena saman time awal2 masuk semester 1, tahun 2. Aq kena saman sebab kasut. KES SAMAN KASUT. ceh, bunyik cam gempak. Aq kena saman sebab jumlah kasut yang aq letak kat luar bilik melebihi jumlah yang ditetapkan. Dat time seriousshit aq tak taw plak ada limitation on putting shoes outside the room. huihhh...~


Kali kedua kena saman sebab aq tak pakai kad matrik. I went to a correct place in a wrong time. Jumpa pakgad, flirt punya flirt dapatlah diskaun sikit, dah abes dah ayat taching aq gtaw dia. Kalu tak aq kena bayar saman RM30. Mahu? Itu duit makan aq untuk seminggu pon cukup!



Kes saman seterus dan seterusnya ialah saman sebab baby boy aq neh. eh, bukan...bukan salah dia. Salah aq. Saman sebab apa? Salah parking. Kat uni aq parking kat bawah bangunan tu suatu kesalahan yang tak boleh diterima. Dan aq pulak tak suka parking kat tempat yang tak de bumbung. Yela, kalau aq balik waktu tengahari, tak ke panas seat aq tu. Silap2 boleh mandul. Oyy! jauh kaw pergi, zey!
Haihhh....pakgad plak yang jaga kat area fac aq tuh selalu org yang sama. Aq dah cam dah dia ni....dia nek motor lawan arus tak pe plak...aduhaiii~~
"Kita bako....kita bako jee......"
"Tak pelah Usop, aq masih waras"

Sekali saman kena RM50...sekarang ni aq ada 3 saman tertunggak. Berapa total? Sendiri kira, jangan jadi malas...Saman ni aq tak nak bayo..haha, boleh tak camtu kan? Maksud aq, aq tak nak bayar guna duit aq. Pepandailah t aq mintak belas ikhsan parents aq, kalau tak pon Along kan ada. Bro Syuk pon boleh. =)

Sebab tulah setiap kali kena saman, aq dah tak risau sangat...malas nak serabutkan pala hotak aq neh. Banyak lagi menda aq nak pikir. Lepas kena surat saman siang tadi, aq dengan gembiranya naik skut aq tuh dengan rupa ini :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Cuma bezanya aq naik motor... =.='















p/s : Aq suggest pada bebudak yang menang pilihanraya arituh, cuba korang usulkan cadangan untuk wat parking motor berbumbung?
p/s/s : Pakgad ni pon satu, tak romantik tul, hari ni kan HARI WANITA, tak yah la saman wanita hari ni...esok2 kan ade.. [ceh, apa kena mengena?]
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME