Sungguh...kami rindu.

Wednesday, February 16, 2011 - si tukang karang : zey at 12:02 AM
Assalamualaikum~


Cuti siang tadi dapatlah aq buat perkara-perkara yang lara kemas bilik. Kemas punya kemas, aq tersingkap hadiah yang coursemate aq [Sehah] bagi time birthday aq hari tuh. Haaa?? kejamnya aq baru nak bukak??? Tak, bukan camtu, aq ingatkan dia bagi buku nota kosong..rupanya buku nota kecil tu penuh dengan ayat. Serious touching!


Hari Sabtu hari tu aq sakit, badan siap masuk air....sakit gila... Dah lama tak sakitkan, memang serious time tu aq taubat, tak maw jadi budak jahat lagi dah... huhu.. =( Nak jadi budak baik! 


dari kiri : Mak, Abah, Pak Ngah, Ajib n Chibby.
Berdiri : Abg Syuk.



Ni ha...aq tulis balik ayat-ayat dalam buku tu..ok?


Sungguh, Kami Rindu!
Tahukah kita? Bahawa Rasulullah pernah menyatakan KERINDUAN baginda kepada umat akhir zaman.

Hadith Riwayat Muslim [dalam Sahih Muslim] no. 482 berbunyi :
"Aku rindu untuk bertemu dengan 'ikhwan'ku [saudara-saudaraku]."
Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu :
"Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w bersabda : 
"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, 'ikhwan'ku adalah mereka yang belum datang lagi [umat yang akan datang].
Lalu para sahabat bertanya :
 "Bagaimana Rasulullah mengenali mereka di akhirat sedangkan Rasulullah tidak bertemu dengan mereka di dunia."
Maka Rasulullah menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu' mereka.

Other siblings yang menunggu untuk g Haji gak.. =)

Wahai saudaraku, jadilah kita umat yang sangat dirindui oleh baginda. 
Yang tetap beriman dan mencintai baginda walaupun tidak pernah bertemu baginda.
Yang tetap beramal dengan sunnah baginda, membaca al-Quran serta beriman dengan seluruh isinya.
Yang tetap teguh mentaati Allah dan Rasul-Nya di zaman huru-hara.
Begitulah nilaian Allah. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran.
Bukan bertemu wajah itu isyarat untuk membuahkan cinta.
Pengorbanan dan kesungguhan untuk menjadi kekasih Allah dan Rasul-Nya, diukur pada nilaian taqwa dan dibuktikan dengan kesungguhan beramal dengan al-Quran dan sunnah baginda.
Rasulullah sangat rindukan umatnya yang taat di akhir zaman.
Apakah kita juga rindukan baginda dengan setulus hati kita?
Di mana baginda di hati kita?


"Ya Allah,.. jadikanku hambaMu yang mencintaiMu dan merindui kekasihMu...
Ya Allah,... jadikanku hambaMu yang dicintaiMu dan dirindui kekasihMu...
Ya Allah,... hamba mohon dengan sangat...~"









p/s : Abah selalu pesan, jangan tinggal solat...basahkan muka kita dengan air wudu' supaya orang sekeliling kita pon senang dengan kita. Insya Allah~

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME