Silamat Potong Kek

Wednesday, January 26, 2011 - si tukang karang : zey at 10:48 PM
Dear u'ollz~


Hari ni bertambah lah setahun umur aq. Silamat hari lahir Zey. Aq pon rungsing dengan umur yang begini semua nak kaitkan besdae dengan jodoh? Ok, apa kaitan? Nak cari kan aq satu? haha!


Gua janji dengan lu orang semua, gua akan belanja lu orang makan nasi minyak, gua janji, boleh pegang janji gua. Tapi lu orang kena bersabar sebab gua sendiri tak taw bila gua nak belanja. =)


Aq rasa dengan umur aq yang baru mencapai 20++ [haruslah berahsia ha?] aq masih terlalu muda untuk setel down. Maksud aq, aq tengok dari view diri aq sendiri. Terlalu banyak menda aq tak achieve lagi. Aq tak impikan cita-cita yang tinggi menggunung, tapi cukuplah untuk aq dapat flight free g overseas dengan hubby after we retired. =p
 Bila otak dah fokus dekat kerja, hidup personalpun aku dah tak pandang. -ZA- 
 Status.Status. Orang kata that thing very very sensitive. Tapi aq cool je, boleh telan lagi. But then, to be honest aq akan start makan tak kenyang, tido tak lena bila mak n abah dah start nak kenen-kenenkan aq dengan mana-mana boys. haiihhh.....~
Seriously, aq dah start runsing benda nih, dulu time aq sekolah, aq berdabel, tak de pon depa sebok nak taw, skang nih tetiba nak amek taw plak? ok2, depa 'caring'....~


Sepanjang aq hidup aq pernah merasa dua kali couple dan dua kali clash. equal? Lepas-lepas tu aq try untuk berskandal sahaja  plak. Skandal? Kalau nak tanya aq berapa, aq pon dah tak ingat dah. Nama pon aq tak ingat sebab aq save nama depa kat hp ntah pape. Aq tak cakap aq mainkan hati orang..tak..tak...tapi bila aq berskandal, aq tahu aq pon kekasih gelap dorang. Tak de hal. Itu zaman gelap Jahiliah doe~ Aq nak larikan diri dari life aq yang full ngn skandal dulu agak payah, sampai aq dah tak guna dah phone yang satu lagi tuh. Itu phone skandals. Lagi senang aq larikan diri time couple dulu. Gwa tak sabar nak rasa nasi minyak depa. Sorang kat JB, sorang kat Penang. [Aq harap depa jemput! hehe,] 
Apa yang aq dapat time aq berskandal? Aq dapat benda yang sama dengan boyfriend aq. Cuma nisbah yang berbeza, skandal ramai = boyfiee sorang.


PEDAS!



When you're SINGLE, All u see are happy couple. When you're COMMITTED, All u see are happy singles. -terfaktab-


Aq nak kongsikan dengan korang semua pasal dua situasi lelaki yang berbeza latar belakang, yang pernah aq ajak datang rumah aq, bertemu dengan mak dan abah.


SITUASI PERTAMA
Aq letak nama dia Acap. Tak perlu aq cerita camana aq kenal, yang pasti dia yang wat first step. BF atau Scandal? Tak perlu aq kasi taw. 
One fine day, aq ada ajak Acap datang rumah aq untuk majlis kenduri kat rumah aq. Aq invited no friends accept him. Kantoyyla kalau aq ajak member lain...~ Aq bagilah dia direction ke rumah aq by phone. Dia tak paham-paham, padahal rumah aq senang je nak cari. Bila dia dah sampai kat somewhere area rumah aq, tak maw masuk plak, Fine, aq kena 'amek' dia kat depan taman rumah aq. Aq tak kesah je lagipon aq memang tak de kerja time tuh. Bila dah sampai rumah plak, dia terus duduk. [Time nih gwa tutup mulut, perhati je] Bila abah keluar, aq pon kenalkanlah dia kat abah. Abah plak g salam kat dia. Dia still tak berganjak dari kerusi. Aq tak kata apa. Aq terus sembang dengan dia...sembang punya sembang, tibalah waktu makan plak. Aq ingat lagi mak masak mee rebus time tuh, memang spesel. Aq ajak dia masuk dalam rumah amek mee. Dia mintak aq amekkan. Gwa tak banyak mulut. Aq amekkan dia mee rebus, air oren yang bertambah, tisu sekotak dan dia masih tak berganjak.
Aq dah start fedup dengan perangai dia yang memalukan aq nih. Bila dia balek, mak tanya aq 

"Sapa dia tuh?"
"...."
"Ibu tak berkenan lar dengan dia"
"..."

Lepas-lepas tu boleh plak dia msg

"Mak awak ada kata pape pasal saya?"
"Dia tak berkenan dengan cara awak"

Lepas tu, we never date~

SITUASI KEDUA
 First time Amir datang rumah aq, dia kinda sesat. Tapi bila aq gtaw direction one by one, Amir berjaya sampai rumah aq tampa di-escort. Aq agak tak paham dengan perangai Amir nih yang suka sangat melekat dengan aq dan selalu sangat bercerita tentang macam-macam yang aq tak nak dengar. The first time dia datang rumah aq, Amir yang beriya g salam abah. Aq tak pernah  ajak dia masuk dalam rumah. Tapi mak n abah plak beriya suruh aq bawa dia masuk dalam rumah. Utamakan tetamu katanya. herr..? Amir selalu datang rumah dan sembang kencang dengan aq, aq taw time Amir datang rumah, siblings, mak n abah mesti duk ngumpat dalam rumah tu. Mana taknya bila datang rumah mesti nak cerita pasal segala gadget yang dia ada, sampai kereta dia pasang tv pon mahu kasi tunjuk kat aq. haiiiyaaaii...~The best thing about Amir is that dia sangat-sangatlah caring pasal mak n abah. Maybe sebab tu la kot mak n abah cair dengan Amir. Salah satu cara aq mengelak untuk dia lama-lama kat rumah aq ialah aq sediakan untuk dia segelas air masak sahaja, tanpa jag! Dan guess what abah sanggup belikan air Ribena hanya untuk dia sahaja, spesel untuk dia so that aq boleh bancuhkan. Mak n abah agak bising cara aq treat dia dalam rumah. Cam tak utamakan tetamu whatsoever. Tapi entahlah, aq anggap dia cuma kawan, tak lebih. Kalau nak lebih-lebih, tolong mulakan dari awal, so that tak delah aq malu sangat ok?








p/s : Moral of the story, to all boys baya-baya aq yang sudah bersedia nak kenal dengan mak n abah ur sayang, u guys better prepare! Not only for the money.  Tekel hati mak abah dia gak, barulah dapat restu, and always remember : Restu mak abah itu penting! 

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME