[Girls] versus?

Tuesday, January 18, 2011 - si tukang karang : zey at 9:43 PM
Hey...hey to all readers! Kepada cute girls dan juga jejaka kacak [ehem,..].

Entri kali ni aq nak kasi pendapat aq untuk girls pada zaman urban nih. Aq ulang pendapat aq. Dan semua pics kat bawah ni adalah pic aq n member-member yang tersayangs. Ada pic yang dah lama, i mean time aq study kat Penang dulu. Ada gak yang baru aq snap minggu lepas. Enjoice! 

1. Girls free hair vs Girls pakai tudung.


VS



Ok, isu ni biasa kita dengar dari zaman mak abah kita.
Suka sangat nak bandingkan girls free hair dengan yang pakai tudung.
Aq ada je member yang free hair, dia ada gak tergerak hati nak pakai tudung, tapi apa yang aq nasihat kat dia = kalau nak pakai tudung, make it permanently, maknanya teruskan lah pakai tudung setiap kali kaw keluar. Maksud aq tak kiralah g cafe ke, g kuliah ke. Tak de beza, pakai tudung.
Kalau rasa cam jap nak pakai, bila dah lambat sikit, nak bersiap pon leceh, tudung pon tak sempat capai, baik tak payah... -.-
Aq dah banyak kali cakap, masuk uni aq dah jumpa bermacam-macam jenis perangai manusia.
Ada girls yang pakai tudung tapi perangai...hampeh...
Pegang tangan sana sini=selamba! Naik motor ngn lelaki peluk sana sini=selamba!
Ya ampun, minta dijauhkan semua ini.
Siyes doe, sakit mata!


Pengalaman aq, mak abah tak pernah paksa aq untuk pakai tudung walaupun sudah tiba waktu 'matang' aq pada Valentine's Day. [Gedik gila nak gtaw semua orang!]
Tapi bila once aq dah sahut seruan tu, agak segan gak aq untuk bukak balik.
Hopefully, ianya memang kekal camtuh.


2. Girls pakai tudung vs Girls pakai shawl.


VS


Shawl. Time nih, gadis-gadis cantik-la-rasa dah pandai nak melaram sikit2.
Aq rasa start dengan Bienda punya tudung, pastu merebak ke Yuna.
Tapi pesen Bienda tak ramai sangat yang ikut sebab maybe ramai yang tak boleh terima pakai tudung camtuh. ",
Pakai inner dengan baju spagetti.
Baguslah, pandai gak dorang bezakan yang baik n yang buruk.
Tudung bawal dah tak trend dah sekarang. Sebab pada aq ianya amat leceh untuk di-iron setiap kali nak pakai.
Shawl, tak yah iron, apa ada hal. 
Lagi plak aq naik motor, lagi lah payah nak 'setup' tudung bawal nih.
Tapi still, comel je tengok girls yang pakai tudung bawal nih.
tengok tempat gak lah kan nak melaram pon.. =)


Pengalaman aq, aq mula pakai shawl time kat matriks. Time tu pon aq beli sebab member ada wat bisnes shawl, so time tu cam sekadar tolong member.
Tapi lama-kelamaan bila aq dapat tengok betapa simple nya pakai shawl nih, aq pon dah mula berjinak-jinak. =)


3. Girls pakai shawl vs Girls pakai shawl striking kaler pelangi.


VS



Haaa........ Ini dah jadi isu besar sekarang.
Semuanya bermula when people start online shopping.
Aq suka gak online shopping nih, sebab barang yang kita beli tak cliche, orang lain tak pakai. Tapi online shopping agak leceh bagi aq.
Dulu setiap rumah wajib ada sebijik komputer.
Sekarang setiap orang wajib ada sebijik komputer/laptop dan setiap rumah wajib ada satu wifi.
Maknanya people dah suka ber-online. Berada di talian maya. Getting famous because of it.
Bila ada yang jual shawl yang kononnya 'tak clice', mulalah peragakan kat dalam belog.
Pakai shawl dah bermacam-macam pesen. Kalau boleh tak nak la sama dengan orang lain, baru orang nampak kita.
and yes, girls like to be seen. They love gaining all the fame by being DIFFERENT. 
heyy, being different is DIFFERENT than being unique.
Unique is just being yourself, not trying so hard to be like one famous person.


Daripada shawl yang kaler biasa, dah ada kaler cam kulit harimau, ada plak cam kaler pelangi [ok, senang nak matching dengan semua baju]. Itu ok lagi, tapi kalau dah pakai shawl kaler kuning terang, baju plak pink terang, inner dah purple terang.....senang cerita, semualah nak terang-terang, pe cer che ahkak?








Tudung Ariani plak camne yer? Aq tak letak sebab aq tak pakai tudung Ariani...  Mak n Along pakai larr...Kadang-kadang nak gak satu tudung Ariani...tapi, konpem mak kata " Tudung ni untuk orang dah bergaji je..." Yo larr mak, selendang sepuluh hengget jer..huh!






p/s : tak kesah lah apa yang korang nak pakai, asalkan tolonglah tengok tempat dan waktu untuk memakainya. =)
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME