Budak Kecik pon Taw~

Sunday, November 28, 2010 - si tukang karang : zey at 10:24 PM
Assalamualaikum~


Petang yang indah, duk melepak, bersembang dengan adik lelaki aq yang bongsu, Chibby sambil minum air teh lipton panas yang dibancuh oleh adik perempuan aq yang kedua, Iqa n makan kuih ondeh-ondeh yang dibuat oleh adik perempuan aq yang pertama, azirah.
Yeah. Memang terbaik ada adik ramai. =)
Sambung berbual dengan Chibby.
Biasalah walaupun berbual dengan budak kecik yang berumur 9 tahun, aq suka tujukan soklan yang merepek.
Cam cerita spongebob squarepants : Cartoon for kids, jokes for adults!



Chibby with me (zey)



Zey : Chibby...chibby rasa angah (aq lah tu..) chantek?


Chibby : Jawapan dan reaksi chibby telah di-banned oleh tukang karang.

Zey : Chibby rasa angah paling chantek waktu bila?


Chibby : ----- (?). Tapi kan angah, ustaz adik kata, perempuan waktu paling chantek...waktu dia bangun tido....


Zey : Oh. Jadi maknanya angah chantek la waktu angah bangun tido?


Chibby : Ok, adik aq memang xsuka cakap banyak, tapi suka wat reaksi muka. Jangan tanya dia wat reaksi muka apa tyme ni. ok?


Zey : Chibby, chibby suka angah pakai tudung ke free hair? Nanti angah boleh selalu curl hair angah ni...bila angah bohsan, angah straighten balik rambut angah.ok?


Chibby : Eh, angah..angah ingat rambut angah chantek nak tunjuk kat semua orang? Adik lagi suka perempuan yang pakai tudung.....


Zey : Abeh tu, kalau angah keluar xpakai tudung, chibby xsuka angah larr?? 


Chibby : xsuka!


Zey : Yelarr chibby...


Chibby : Tapi adik lagi suka perempuan yang pakai purdah.


Zey : [wow?!] Chibby..mana ada zaman sekarang neh orang pakai purdah... lagi pulak kat Malaysia neh, mana ada...kat Tanah Arab ada laa....~


Chibby : Ada angah...adik dah jumpa.


Zey : Oh, ye ke??? [nampaknya aq je yang belum 'jumpa' lagi ",] Chibby, kalau ada perempuan yang degil sangat, xnak pakai tudung, chibby nak wat apa?


Chibby : Adik paksa dia...adik kan lelaki..pandailah adik wat dia camane. 





Bruno Mars
Hensem dia neh. Cara dia nyanyi je dah wat aq cair.
yer. dia memang ada cara.


Ni mungkin soklan n jawapan typical yang biasa kita dengar.
Yang jadi 'extraordinary' nya apabila ianya dituturkan oleh budak kecik yang berumur 9tahun.
9tahun..apa je yang korang taw tyme tu?
Nak tuang teh lipton panas dari teko ke cawan pon xreti...mmm...~


Apa yang aq cuba sampaikan adalah [yukks?] setinggi mana pon pendidikan seorang wanita, sejauh mana pon dia dah pergi utk mencari ilmu dia tetap perlukan seorang lelaki utk bimbing dia.
Study sampai tahap master, phD tu semua hanya ilmu dunia je. Ilmu akhirat yang kekal abadi pe cer?
Sekeras-keras wanita, ada cara boleh lembutkan hati dia.
Cara tu cuma ada pada seorang lelaki yang ditentukan oleh-Nya.
Yang istimewanya seorang wanita ialah mereka dilahirkan hanya utk seorang lelaki sahaja. Bukan 3, bukan 4.
So, is it worth for couple-clash'es a trillion tyme till u meet ur wut did they call a 'soul-mate'? Sampai  bila??


Perempuan. Study tinggi-tinggi pon, stoking suami dia jugak lah yang dia bukak tiap hari. 
Xpe...xjadi masalah....tp mesti kena dengan 'cara'nya. =)








p/s : Alhamdulillah family aq selamat pulang dari tanah Arab =)
apa u'all rasa? 
10 00 walks Links to this post

[Resepi] Ayam Masak Black Pepper

Wednesday, November 24, 2010 - si tukang karang : zey at 12:36 PM
Assalamualaikum~

Ok, hari ni kita masak apa yang ada jer kat peti ais tuh.
Jangan membazir.
Membazir tu amalan S...muahahahaha!!
Resepi ni aq wat sendiri, guna lidah aq..men taruk je dlm kuali tu.
xsangka plak rasanya sodap! [cewah!]
Makanya, aq wat lah resepi ni kali kedua n share ngn korang.


Ayam Masak Black Pepper
Durasi masa pembuatan : 1 jam termasuk waktu siang ayam.
Jumlah perut kosong :  8 [**kot]
Budget : Depends pada maintenance  korang.
Ingat : Jangan membazir!


Bahan-bahannya :

Antara bahan-bahan kering

a) Ayam goreng [or any daging]
tips : Ini terpulanglah pada apa yang ada kat peti ais korang tuh. Kalau ada daging burger ke, sosej ke...boleh je wat.

Beberapa biji lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
3 biji bawang putih
Sedikit garam

b) Kuah lada hitam
Sebotol sos lada hitam [sweet n spicy]
3 biji cili padi [ikut lidah korang]
air asam jawa
5 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit garam

tambahan = 3 biji kentang

Cara-caranya :

1. Tumbuk kesemua bahan-bahan (a) hingga lumat. Ratakan pada daging ayam, kemudian goreng.
tips : jangan goreng daging ayam terlalu garing.
tips : jangan lupa siang ayam n buang segala lemak. ok?

kaki ayam jgn lupa!
nyumm...nyum!!
2. Seterusnya, goreng kentang yang dipotong wedges.
3. Untuk kuah lada hitam : Tumbuk cili padi + bawang putih + bawang merah + garam = hingga lumat.
4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sos lada hitam.

Sos lada hitam
Kalau boleh, cari yang sweet n spicy, so that kita xperlu tambah gula dlm masakan~

5. Biarkan sos sedikit pekat,kemudian masukkan air asam jawa. 
tips : kalau nak kuah cair, lebihkan air asam jawa.

Air Asam Jawa
mangkuk kecik camni, aq letak 3 kali air asam jawa.
6. Akhir sekali, masukkan ayam dan kentang yang digoreng sebelum tadi. Biarkan kuah sebati dengan daging. Wala! Delicious!~ 
tips : untuk seimbangkan rasa manis, tambahkan sos lada hitam. xperlu tambah gula lagi.

tadaaa....siap!






p/s : ok, aq jadik pelik bila parents aq xde [g haji] ramai gila yang willing nak jage adik2 aq...adoyyla....bkn dpt riban dwet pon...ahkak diorang yang 'mithali' ni kan ade??wawawawa~~~
apa u'all rasa? 
10 00 walks Links to this post

Jom Belajar Cakap Johor!

Monday, November 22, 2010 - si tukang karang : zey at 7:30 PM
Assalamualaikum~

Entri ini adalah entri khas sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Happy holiday to all Johorian! =)

Sultan Ibrahim dan Sultanah Zarith Sofea

Tan Sri Othman bin Saat
(4 April 1927 - 27 October 2007)
Menteri Besar Johor yang ketiga (1967-1982)

Ni nak habaq kat hangpa sat...
Eh, cop..cop...tukar lidah : lidah johor yer.. 
Aq dilahirkan kat Muar, sekolah kat Muar...senang cerita aq memang dibesarkan kat Muar.
Puak aq pon memang ramai kat Muar. bla.bla. org xnak dengar 0_o

Disebabkan abah aq adalah pure melayu-Johor n mak aq adalah pure melayu-Jawa = so maknanya aq adalah darah kacukan!  lidah aq banyak terpengaruh dengan slanga Johor Klasik + Jawa.
So, kat bawah ni aq ada selitkan pictoes lelama dr album abah n mak aq. enjoice! =)

Tuan Haji Jamaludin dan Puan Hajah Sipah
My lovely Parents =)
Dato' o/k Haji Hasan Bin Saat

Datin Hajjah Fatimah bt Abdul Hadi

Almarhum Sultan Iskandar
Sultanah Zanariah

Tengs to kucing gemuk who already gathered all the unique words from Johor+Java
Perkataan yang mungkin korang xpernah dengar~

KAMUS MINI : JOHOR (/JAWA)


Alat² - semata² (eg. makan nasi alat² - tanpa lauk)
Anu - apa² yg lupa apa bendanya, BUKAN MENCARUT
Alan-alan - perli

Basan - diguna pakai seharian
Bangkit kain - angkat kain di ampaian
Bengkak - lembab (slow, bukan basah)
Berdano - kotor berdaki
Berdecet - (frasa: tak berdecet) - tak berbunyi langsung
Berdempeng - bergema
Berdene - (frasa: cair berdene) - cair sangat
Berendut - bercinta, dating²
Bergenggeng - melekat
Berkat - lauk kenduri yg ditapaukan oleh tuan rumah = bontrot (Jawa)
Berkecah - bersepah
Berkelon - baring bermanja² (biasanya anak dgn mak)
Berlegai - rehat, bersenang²
Berlengas - melekit (badan)
Bersanggor - pit stop di rumah jiran sblm berarak ke rumah pengantin lelaki, utk tambah² bedak atau betul²kan kain samping
Bersesoh - kecoh
Bertandak - berjoget
Bertangkup - (frasa: muka bertangkup) - muka masam
Berteromba - lari/kejar laju²
Beskot - biskut
Bigor - gila²
Bintat - 'bengkak' akibat gigitan nyamuk
Biol - gila
Birah - sosial/meriah (ie. anak dara)
Bobos - berlobang/tembus
Boncah - boros
Bontrot - lauk kenduri yg ditapaukan oleh tuan rumah = berkat (Melayu)
Boyak - gemok
Bulor - rabun/buta
Bulu selai - ke sana sini tak tau diam
Buragas - budak lasak tahap mcm anak jin
Buran - bambu, marah cukup², brainwash

Cecah - cicah
Cecak - cicak
Cemplang - kopi tak cukup pekat, weak coffee
Cendekel - kedekut
Cengeng - senang nak nangis
Conet (/cenonet) - benda kecik

Debik - pukul
Dedor - badan panas pra demam
Deras - cepat

Ek - kan (eg.cendol tu sedap ek)
Ek - penyedap ayat soal (eg.kenapa mahal sgt ek)
Epok² - karipap

Galih - bergerak sedikit ke tepi
Gebor - selimut
Gedoboh - baju yg besar, longgar
Gemeng - pening/high satu macam
Gembeng - kuat nangis
Godak - kacau, gaul
Gogop - minum terus dari teko/jug
Gonjol - gila², bordering into gila

Hagol - hantuk
Hambat (/perambat) - kejor*
Hampor - karpet
Hapah - 'apa' dlm bentuk negatif (eg.hapah pun tak tau)
Haus - dahaga
Herot - senget

Jemput² - cucur, cekodok
Jerang air - masak air

Kantung - beg berupa sarung
Katup - tutup
Kebaton - keras
Kebelai - lapar sgt sampai terlepek
Kebotong - kenyang sgt sampai terlepek
Kebukun - nasi tersangkut kat tekak sbb kering sgt
Kecur - terliur
Keket - kurus keding
Kejam - pejam (mata)
Kejor* - kejar
Kelesa - pemalas
Kemahak - tamak, nak sangat
Kemamor - gabra, gelabah
Kemap - tutup mulut tak mau bukak
Kemek - lekuk
Kememe - senang nangis
Kemproh - buat kerja tak senonoh, clumsy
Kemut - kedekut
Kepingin - teringin
Kerenyam - picit dengan geram
Keruk - garu
Kesarok - kelakuan over, mcm kena rasuk
Keselap - (frasa: tak keselap) - tak sabar
Keseret - refer kebukun
Keset - malas
Ketengi - org bersalah buat muka tak bersalah
Ketetel - laju, ligat (lari)
Ketil - cubit
Kokak - low class
Kokel - ratah tulang
Kopok - pekak
Korek - (ie.korek pensel) - asah pensel

Lat - selang
Lelor - heret
Lemban - lembab (slow, bukan basah)
Lembek - tilam
Lemor - masuk angin
Lepak - penat sangat
Lidas - lidah pedas (eg.lepas makan nenas)
Lintang kedak - tunggang langgang
Lodoh - hancur
Lokoh - low class
Lokos - (frasa: basah lokos) - kuyup
Longkah - senang tanggal, tak lekat (eg.rambutan, kahak)
Longkom - (frasa: pinggan longkom) - mangkuk
Lunyai - hancur

Medu - manis sangat
Meladung - air/kuah yg byk, bertakung
Melantong - busuk
Melengkor - baring² takde faedah
Meleset - duduk dekat² gesel², melekap
Melesir - (frasa: tawar melesir) tawar sangat
Membayak - gemok melimpah
Memberot - buang air besor
Membeser - buang air kecik
Membongkor - menyepah
Menais - melekit (makanan)
Mencodak - mencanak naik
Menebeng - menempel tunjuk muka
Mengekor - asik ikut org ke mana²
Mengeletis - gatal (ie.anak dara), bukan gatal itchy
Mengelinjang/melinjang - ligat main tak sador diri
Mengelenyor - tak tau diam
Mengempor - beralih dari straight line, melayang
Mengeteh - minum² kat kedai
Menggelatuk - menggigil
Menggelupor - gelabah
Mengiler - kempunan
Mengompol - kencing malam
Mengonyel - mengunyah
Mengopes - menyelongkar
Menjajor - tak tentu arah
Menjejes - tumpah sikit²
Menjelor - baring tak buat apa² kerja
Menjeng - mengada²
Menjengkit - berjalan, berpoya-poya
Menonong - jalan laju tak pandang kanan kiri
Menotos - menitis dlm volume yg banyak
Mentel - mengada² manja
Mentong - makan lagi
Menyasor - sesat
Menyelanak - merayau
Menyelongkor - menyelongkar
Menyendor - berdengkur
Menyusor - cari akal apa nak buat
Meraban - merepek
Mereban - tiba tempat yg tak dituju
Meremut - banyak/ramai
Meropes - suka membelek benda (esp.barang org lain)
Molor - longgar


Nengok - tengok
Ngempeng - bermanja² dgn melekapkan badan
Ngigo - mengigau
No - benar, sangat
Nyonyot - hisap

Padah - sangat (eg.padah malas nak lipat baju)
Pang pang alang - bingai
Panggil - kenduri kawin
Pakkal - nasib/nasib baik
Pasor lambak - pasor malam
Peel - perangai tak elok
Pekung - busuk
Penanggah - ahli rewang, team yg menolong masa kenduri
Pengkor - kaki cacat
Pengor - bodoh sangat
Penyek - pipih
Pepah - pukul
Perambat (/hambat) - kejor*
Peroi - bodoh, peghak, bongek
Pesek - hidung tak mancung
Perun - bakar sampah
Potel - patah


Ralit - leka
Rengsa - sakit badan esp. masa demam
Retas (/tetas) - jahitan baju terbukak
Rewang - gotong royong utk kenduri
Roti prata - roti canai
Robok - almari


Sador - sedar
Saing - sama², together
Sangap - menguap
Santak - hingga (masa) eg.tidor santak ke ptg
Sarap - sarapan
Sebeban - benda yg banyak
Seluor katok - seluor pendek/dalam
Sememeh - comot
Sendeng - senget
Sendo - debab
Sengayut - bergayut
Sentol - montel
Semangka - tembikai
Semput - asthma
Seri beri - sepadan, sama naik


Tegak - terus (jalan)
Teket - tiket
Telap - botol/balang bertutup
Tepen - mangkuk tingkat
Tesempo - tersipu malu
Terbelkek - sedu
Terbose - (frasa: perut terbose) buncit, terkeluar
Tercebur - jatuh dalam air
Tercongok - tercatuk
Tercopong - tercengang
Terjal - terlampau nakal
Terjengol (/menjengol) - muncul tiba²
Terjojol - terkeluar, tersembul
Terkemut² - buat benda lambat²
Terkeseng² - jalan/buat sesuatu lambat²
Terkonteng² - sorang² takde kawan kat sesatu tempat
Terpaling - terbalik kanan-kiri
Terpeleot - terseliuh
Terpeleset - tergelincir
Terpentong - terketuk, terhantuk
Terponggeng - (tidor/baring) meniarap yg nampak punggung
Tersentil - terkeluar sikit
Tertonggoh - duduk tak gerak²
Tiba - sampai
Torek - pekak/sakit telinga yg bernanah
Tutuh - takik dgn parang




Masa aq study kat penang, ada sorang pak cik kat pasar malam tu perkenakan aq swoh sebut 'Ular Air Atas Pagar' loghat utagha.
kalau loghat johor jadi camni : ulo air atas pago.
Balik je bilik, aq terus practise 7 hari 7 malam, asyik duk ulang2 lidah sana.
Akhirnya, aq dah pandai sebut skit, loghat utagha, 
sekarang kat bangi, boleh kenakan balik mamat yang jual Char Kuey Teow Pulau Mutiara [best wo...c.k.t. dia!] kat pasar malam.
"char kuey teow besaq dua na..." ;p 
Dapat diskaun sehinggit. yes!






p/s : Fakta bahawa kaum wanita memang cepat terpengaruh dengan bahasa.
apa u'all rasa? 
12 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME