bidan terjun kelinci!

Sunday, September 26, 2010 - si tukang karang : zey at 1:40 AM
assalamualaikum~


akhirnya, aq dapat blogging setelah seminggu aq xdapat wireless kat uni tu... hergghh!!!
rindu berjalan2 kat belog korang gak.
ni aq ada kat rumah, bolehla aq blogging puas2..haha!


minggu lepas...sebelum aq balek uni = 19 sept 2010,
rabbit aq beranak....deliver babies yang cumil seramai 5 ekor.
1st time utk aq menjadi bidan terjun,
tapi mak aq da 2nd time da coz before dis rabbit tu beranak 9 ekor, mak aq yang handle....tp sekor pon xjadi...semua mati..yela..da ajal... =(


kali ni, ktorang menjadilah 5-5 ekor ni.....kami jaga bagai menatang minyak yang penuh. cewah!


tanggal 19 sep lahirlah 5 ekor baby rabbit yang cumil2 daripada keturunan kelinci.
kelinci ngan rabbit ada beza taw!


perbezaan kelinci dan arnab

1. jangka hayat kelinci lebih pendek berbanding arnab. kelinci hanya mampu hidup selama 5-10 tahun sahaja.
2. telinga mereka juga berbeza. kelinci mempunyai telinga yang tirus panjang berbanding arnab mempunyai telinga yang lebih lebar.
3. biasanya kelinci lebih kecil daripada arnab.

kelinci 

aq taw perbezaan ni pon dari pet shop.
dulu aq ingatkan kelinci cakap indonesia, arnab cakap malaysia,
rupanya kelinci n arnab 2 spesies yang berlainan.

dulu ktorang ada bela arnab..besar arnab tu,...tua dah beliau.
sekarang ni arnab tu kat rumah ak cik aq berkawan ngan kucing..hehe,

cara penjagaan rabbit n arnab sama je.

nak tengok baby kelinci? meh sini....

tali pusat pon masih melekat

5 ekor baby baru! 

aq berkenan ngan sekor yang kaler hitam tu....bulu dia cam tapir kan??
aq namakan dia 'si tapir' huhuuu.....

mak si rabbit ni bukannya heran ngan anak dia.
maka kitalah yang kena jaga mereka ni.
even time menyusukan babies ni pon mak dia xpeduli.

anak rabbit ni mestilah disusukan seminggu 2 kali dengan susu mak dia.
kalau x nanti bulu dia lambat lebat...xchantek lorr...tinggal kulit je...~
SEPANJANG waktu nak menyusukan, pegang telinga rabbit n kaki belakang nya kuat2 supata si rabbit xmeronta....

tengok la demo di bawah yer.
bukan kejam...tapi ni cara yang terbaik nak menyusukan anak rabbit ni.

sepanjang tempoh penyusuan, rabbit betina [mak] mestilah diasingkan daripada rabbit jantan [ayah] bagi mengelakkan mereka bergaduh sebab mereka memang pantang jumpa.

yang paling wajib, anak2 rabbit mesti diasingkan daripada ayah supaya tidak dimakan. seeloknya, letakkan rabbit di dalam sebuah kotak kecil diisi dengan kain lembut dan bulu2 emaknya sewaktu bersalin.

berlumba2 anak2 rabbit ni.

walaupun mata mereka xcelik lagi...tapi mereka pandai cari.


time ni kita bolehlah tolong anak2 rabbit ni menyusu.

dah kenyang..patah balik la tu...

masa anak2 rabbit ni baru lahir, kita xboleh selalu usap dia... ni bukan baby manusia.
kalau nak usap pon, lepas usap...sapukan tangan kita kat hidung si mak sebagai pengecaman sebab mak rabbit sangat xsuka bau lain, selain bau original anak2 mereka....~

si tapir.

dah kenyang...tido...tu jela rutin mereka.

cumil kan?? tido berhimpit-himpit....~























apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

pengakuan =,(

Wednesday, September 22, 2010 - si tukang karang : zey at 6:56 PM
assalamualaikum~


aq da sampi uni.


best dapat jumpe member2 balik...
tapi...
aq di-sabotaj!!!


yer,


aq xdapat online.
aq xdapat ber-muka buku.
aq xdapat ber-spin.
aq xdapat ber-blogging
aq xdapat berjalan2 kat belog kamu-kamu semua.






aq cuma boleh tgk muviee je kat lappy ni.
peh. cam katak bawah gelas aq je aq rasa.....
xbley nak bernafas pon ade!


ni, seb bek rumi syg aq ni bg pinjam lappy.
dapatlah aq tgk2 skit apa yang berlaku di alam maya ni... ceyt. 


nak x nak, minggu ni aq kena balik gak....
nak format lappy jadik windows seven.
aq guna vista....sbb tulah xdapat....  
terima kasih, sabotaj aq di bulan syawal yang mulia ni~


di elephant bean, wetex parade
minum kopi 434 yang terbaik r!


apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

stainless steel?

Sunday, September 19, 2010 - si tukang karang : zey at 1:02 AM
assalamualaikum~


esok dah balik uni.
bosan gila aq cakap.


bosan.


bosan.


menjalani rutin yang sama hari2.


pagi2 bancuh air.


panaskan enjin skut.


pergi kuliah.


balik kuliah...ngadap lappy....sampai malam...tido....~


esok plak buat mende yang sama.


bosan.


bosan.








nak variasi sikit....
kengkadang kena saman sebab parking bawah bangunan,...
ada assignment,
ada mid-term,
dengar gossip budak floor.








itu saje.
bosan.






aq akan tinggalkan gelak2 ikhlas aq kat sini..
kat rumah aq.
kalau duk kat uni.... for sure aq jarang gelak beb.
xjumpa lagi genre lawak yang boleh aq gelak guling2.
ada gaklah kengkadang.... jangan kecik hati plak kan? uhuk!
aq xcakap yang aq xikhlas dengan member2 kat uni,
x....dorang c0ol gak....
cuma surrounding kat uni...lain sikit kan.








aq memang suka gelak.... sebab tu aq suka hang-out dengan clown...~
aq duk kat rumah ni seminggu,
jumpa member2 sekolah......
nak kejang dah otak aq gelak hari2 taw?!


ini cawan maple....stainless steel punya!

aq teringat satu cerita ni tyme aq lepaking ngn sern, yana n syifa.
nak celebrate besday encik shamsul [instructor scuba].
si yana plak order 'ayer swear se'! eh...x..x.. air suam satu!
macha tu plak bagi cawan ni..... aq gelak x hengat...bila teringat cerita zaman skola aq ni.....>>


ceritanya camni,
masa tu aq form four. aq duk sebelah india. nama dia mathana a/p verajarum.
tahniah chaza..ingat lagi nama dia! 
kat skolah lama aq, melayu xleh duk sebelah melayu.
yelaa...nak tanamkan sifat satu malaysia kan.
aq ok je.......aq kawan xkira kaum.
masa aq form one pon aq duk sebelah poovarasi a/p muniandy.
wohowww...aq ingat lagi nama mereka...
bila jumpa pon kira boleh kiss pipi ke pipi....

ni aq nak cerita, masa form four......
tyme tu lepas waktu recess.
mathana ni selalu bawa bekal.....
dia bawa bekal stainless steel [agaknyalah] cam kat pic tu~
bila cikgu aq masuk kelas.....budak2 ni senyapla....
tetiba.....

prrrraaaannnnggggg....ppooonnnggg...ppaannnggg!!!!!!!!!!!!!!


mathana!!!!!!!!!!!!!!
bekal dia jatuh daa...satu kelas dengar!
aq plak dalam hati berkata "pehhh..mathana...jangan malukan aq boley??? kita da lah duk depan sekali ni..."
peh. bunyi dia aq cakap...sekampung boleh dengar taw!
aq nak gelak pon serba salah.....
bila dia da start gelak.....aq ape lagi bantai gelak r!
kalau jatuh je xpe....ni berguling2 taw?...hahaha!

lepas abes kelas tu, semua budak2 ni datang kat meja kitorang.
ada yang suggest : mathana..lepas ni bawa bekal plastik.... bila jatuh nanti...xberbunyi.
aq plak suggest kat dia : mathana, kalau bawa bekal tu nanti...letak kat bawah meja...yang kat belakang....nanti xdelah jatuh kan? =)

aish. mathana. mathana.


lama aq xjumpa dia ni.....hurm~





apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

aq da dapat DSLR!!

Friday, September 17, 2010 - si tukang karang : zey at 11:35 AM
assalamualaikum~


pejam celik..pejam....xcelik2.... 
dah hari jumaat kan?
rasa cam xpuas lagi beraya
semalam open house untuk member2...
guess what...aq masak! masak side-dish je. main-dish mestila mak aq yang masak...ihik!
hehe, tengs kat mak sebab percaya aq masak untuk kuantiti yang banyak.
aq masak macaroni simple je... n kek batik. 
bila da otai memasak nanti barulah boleh masak mee bandung ke... laksa ke.. cewah!
buat kek tu aq selalu buat...so kalau xjadi pon, aq pandai 'orter' sendiri.
masak lauk2 ni aq xconfident sangat...
tapi semalam, laju je macaroni aq tu abes....sodapla tu maknanya.. ehem~


DSLR!



ni aq nak habaq mai ni...
raya tahun ni..aq dah agak da tahun ni mesti musim = DSLR sana sini.
DSLR yang sibuk beraya!
aq agak2 ada lah dalam 5-6 bijik dslr ada datang kat rumah aq ni.
yelaa...sekarang ni kan semua orang nak own digital single lens reflex.
sebagai contoh masa bulan ramadhan yang lepas, aq n rumate aq pergi berbuka puasa....kanan kiri sibuk snap sana sini. isyh!
tyme raya ni plak, aq g berjalan-jalan kat tanjung emas...ada plak mamat sebelah kereta ktorang ni nak snap pic ktorang... so, pose je la! haha!
tp aq yakin, dia delete je pic ktorang tu~lalalala~



honestly, aq bukannya minat sangat fotografi segala ni.
tp semenjak ada LUMIX, boleh tahan berminat gak r dengan fotografi ni.
belog2 yang letak pic2 cambest pon aq ada follow.
antaranya ini dan ini.
bila jenjalan kat shopping complex plak, nampak girls bawa beg besar, isi DSLR. peh. co0l gilax taw!

bila sesembang dengan family aq pasal camera ni
timbul la plak sejarah camera kat family aq ni.....
korang taw x...sebenar-benar-benarnya.... aq da ada da dslr!
ada tersorok kat dalam robok lama tu.




x caye??


meh sini...


aq tunjuk.....=>





ni laaa.. DSLR ayah aq...
lama dah camera ni~

camera ni camera ayah aq punya.
dulu tyme aq kecik2..pergi zo0...ke memana..aq lah yang tukang angkut camera ni.. berat taw!
tp sekarang barulah terasa nak camera berat ni...well,
u dunno wut u got, till its gone kan???
camera ni da xboley guna dah....
maybe kalau boleh tukar semua camera yang dah xguna kat rumah aq ni, dapat kot dslr sebijik..ataupon camera dalam air.


minolta.





minolta.....
aq nak jual ni...
mintak permisi ayah aq dulu...


ebay?camworld? ermm~~

apa u'all rasa? 
4 00 walks Links to this post

happy eid mubarak!

Wednesday, September 15, 2010 - si tukang karang : zey at 11:56 AM
lama gila aq xupdate belog ni kan.....
aq dah nampak banyak taman-taman perumahan incik spider kat sini
entri hari ni hanyalah untuk membersihkan sawang di sini.
rasa2 nak join aq  bersihkan sawang picisan ni, bacalah entri aq sampai abes..haha!
ok, meraban sudah~lalala~~


ro0mate aq balek 3hb~

before cuti raya pon mana ada aq wat entri...
sebab aq balik lambat...duk kat uni tu sorang2,
wireless xdapat.... 'nais' sgt kan?!
aq sayang kat lecturer aq tu..sebab tu aq balik lambat.. cewah!
lagipon aq ada 2 assignment kena hantar before cuti raya
tambah lagi ngan satu assignment yang aq sendiri tersalah buat,
maka...jadilah 3 assignment aq hantar. aish!


assignment : ocean n statistik

balik2 rumah plak..member2 aq ajak berbuka sama....
da lah aq balek tu pon cuma ada 3 kali je berbuka
berbuka pertama aq ngn member2 skola rendah.
berbuka kedua aq ngn member2 skola menengah.
berbuka ketiga aq ngn family aq.
ok, aq dah bahagikan kasih sayang aq sama rata kan?~
abah n mak aq bising sebab xberbuka kat rumah....so, nak x nak last puasa tu, aq mesti-wajib berbuka kat rumah! yeah!

maka sampailah hari raya pertama.....~
aq excited gila yang amat nak cari handbag utk aq bawa g istana!
ok2 biar aq cerita : seperti yang korang semua mungkin taw,
sultan johor tahun ni beraya kat MUAR!
lama baginda kat sini.... aq tabik spring toink2 la kat dia!
ulang-alik jb-muar naik heli je.. peh!

aq plak nekad gila raya pertama nak g istana.
handbag da ade.....tp rugila..ad0oyy!
rugi sebab ape??? aq bersiap lambat!
mak aq da bising...sultan pon time tu nak g solat jumaat..
ok, fine....salah aq. rugi derr!
dah..dah....sape yang dapat ang paw tuanku, jgn duk gatal tunjuk kat aq!

raya pertama aq n family sempat beraya sedara2 belah abah.
keluar dari siang sampai malam....
standard la tu, tiap tahun camtuh.... 
cambest gak r..dapat dwet raya banyak!!
kat tempat aq.. umur lagi besar... dwet raya lagi besar! yey!

tahun ni kaler ala2 gold gitu~


raya kedua ktorang beraya belah mak plak.
sampai petang...
sebab malam nya ada open house utk family abah.

raya ketiga : open house family belah mak.

mane x nya bz....lepas ni plak aq nak g beraya kat member2 area sg abong.
esk, open house utk member2 plak....
aq nak upload pic2 raya kat fesbuk pon xsempat...
ad0oyy!! bz! bz!




apa u'all rasa? 
0 00 walks Links to this post

BISKUT DAHLIA @ MENTEGA

Wednesday, September 1, 2010 - si tukang karang : zey at 10:49 PM
assalamualaikum~


korang pernah dengar x biskut mentega atau ada certain orang panggil biskut dahlia?
honestly, at first bila mak aq kata nak buat biskut ni, aq memang xboley tangkap bentuk biskut nih.
ni pulak 1st tyme mak aq buat biskut ni,
selepas digoda diajak oleh nyonya rumah depan aq yang memang suka ajak mak aq bergosip.
nasib baik lah, nyonya ni kira hormat jugaklah bulan puasa, kali ni dia lepak rumah kitorang, sambil bagi mak aq resepi. macam2 resepi dia bagi taw!
dan mengikut planning mak aq, banyak jugaklah biskut raya yang dia nak buat.
kalau selalunya tiap tahun cuma 1,2 jenis biskut raya je yang sempat buat.
yelah, mak aq kan kerja,..anak2 dara dia pulak dah merantau jauh. cewah!


cuti nuzul n cuti merdeka lepas, aq sempatlah tolong mak aq buat biskut raya ni.
selalunya kitorang akan buat biskut raya yang simple + senang + rasa cambest!


ni lah BISKUT DAHLIA
dah ingat??

ini tulisan nyonya depan rumah aq tu.
jap2 aq salin balik yer~

BISKUT DAHLIA

bahan-bahannya :
err..kali ni punya biskut raya, kita xguna timbang kilo yer. kita timbang guna gelas. olskol punya!
tips : bila buat kuih/kek menggunakan sukat gelas, sila guna gelas yang sama pada semua sukatan yer. xkiralah corak gelas camane~

tepung ubi        3 gelas
tepung gandum 3 gelas
gula                 1  1/2  gelas
mentega           1  1/2  gelas
kuning telur       4 biji
acuan biskut dahlia
ceri sebagai hiasan 

cara-caranya :
1. masukkan mentega dan kuning telur dahulu. kacau sehingga sebati.
2. kemudian, masukkan gula. kacau.
3. masukkan tepung gandum dan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil kacau.
tips : untuk mendapatkan adunan yang sebati, ambil masa yang agak lama semasa proses 'kacau' adunan.

 
kacau jangan xkacau. uhuk!

4. ok, dah selesai taruk [ayat johorian da... taruk = masuk/letak] semua bahan-bahan tu..maka jadilah adunan tadi sebagai 'doh'. doh ni pulak terpulang lah pada korang nak buat berapa sebab step lepas ni xde kena mengena dengan jumlah 'doh' yer.
 
tadaa....'doh' korang jadi rupe ni x??

5. seterusnya, masukkanlah 'doh' tadi ke dalam acuan korang.
err..memang aq akui, nak cari acuan biskut dahlia ni memang agak payah yer.
tips : aq suggest kat korang, bila dah dapat beli acuan biskut dahlia ni, tolonglah beli banyak2 dalam 3,4 ke....sebab acuan tu cepat patah [ker...aq yang ganas??? adess.entah!]


acuan biskut dahlia


lepas tu, susun kat atas loyang cumil2 camni yer.

6. final touch...letaklah buah ceri kat atas dia. ceri tu potong kecik2 yer. kalau boleh potong sehingga menjadi bentuk petak kecil.


siap dah!

7. last sekali, bakar biskut dahlia ni ke dalam microwave 17 minit dengan kepanasan 170 darjah celcius.



selamat mencuba!









nak buat biskut ke, kuih, kek....mestilah ikhlas, hati kena gembira.
kalau korang tengah m0ody, aq suggest kat korang, xpayahlah buat kuih,
tunggu bila hati korang ceria + gembira + suka baru boleh buat biskut. [peace!]

apa u'all rasa? 
2 00 walks Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME