[Resepi] Ayam Masak Black Pepper

Wednesday, November 24, 2010 - si tukang karang : zey at 12:36 PM
Assalamualaikum~

Ok, hari ni kita masak apa yang ada jer kat peti ais tuh.
Jangan membazir.
Membazir tu amalan S...muahahahaha!!
Resepi ni aq wat sendiri, guna lidah aq..men taruk je dlm kuali tu.
xsangka plak rasanya sodap! [cewah!]
Makanya, aq wat lah resepi ni kali kedua n share ngn korang.


Ayam Masak Black Pepper
Durasi masa pembuatan : 1 jam termasuk waktu siang ayam.
Jumlah perut kosong :  8 [**kot]
Budget : Depends pada maintenance  korang.
Ingat : Jangan membazir!


Bahan-bahannya :

Antara bahan-bahan kering

a) Ayam goreng [or any daging]
tips : Ini terpulanglah pada apa yang ada kat peti ais korang tuh. Kalau ada daging burger ke, sosej ke...boleh je wat.

Beberapa biji lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
3 biji bawang putih
Sedikit garam

b) Kuah lada hitam
Sebotol sos lada hitam [sweet n spicy]
3 biji cili padi [ikut lidah korang]
air asam jawa
5 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit garam

tambahan = 3 biji kentang

Cara-caranya :

1. Tumbuk kesemua bahan-bahan (a) hingga lumat. Ratakan pada daging ayam, kemudian goreng.
tips : jangan goreng daging ayam terlalu garing.
tips : jangan lupa siang ayam n buang segala lemak. ok?

kaki ayam jgn lupa!
nyumm...nyum!!
2. Seterusnya, goreng kentang yang dipotong wedges.
3. Untuk kuah lada hitam : Tumbuk cili padi + bawang putih + bawang merah + garam = hingga lumat.
4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sos lada hitam.

Sos lada hitam
Kalau boleh, cari yang sweet n spicy, so that kita xperlu tambah gula dlm masakan~

5. Biarkan sos sedikit pekat,kemudian masukkan air asam jawa. 
tips : kalau nak kuah cair, lebihkan air asam jawa.

Air Asam Jawa
mangkuk kecik camni, aq letak 3 kali air asam jawa.
6. Akhir sekali, masukkan ayam dan kentang yang digoreng sebelum tadi. Biarkan kuah sebati dengan daging. Wala! Delicious!~ 
tips : untuk seimbangkan rasa manis, tambahkan sos lada hitam. xperlu tambah gula lagi.

tadaaa....siap!






p/s : ok, aq jadik pelik bila parents aq xde [g haji] ramai gila yang willing nak jage adik2 aq...adoyyla....bkn dpt riban dwet pon...ahkak diorang yang 'mithali' ni kan ade??wawawawa~~~
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME