Nama Pak Cik wa IPIN. Apa ada hal?

Saturday, November 6, 2010 - si tukang karang : zey at 12:21 PM
Assalamaualaikum~

Konspirasi. Konspirasi. Konspirasi.
Aq taw, ada satu kelompok manusia yang xsenang dengan kejayaan orang lain.
Mulalah nak kaitkan dengan freemanson, iluminati, konspirasi Yahudi, Israel dan sebagainya.
Pada yang taksub dengan freemanson dan iluminati, cuba lu orang kaji, sapa kepala nya....tuan sheikh mana? 

Zahiril Adzim bawa payung kotak-kotak. Apa ada hal?


Come on la, jangan cepat melatah.
Nampak girls pakai hitam dari hujung kepala sampai hujung kaki, dah kata dia gothic...sukakan kegelapan dan sebagainya.
Yang menuduh tu, aq nak tanya, taw x pemakaian perempuan dalam Islam, warna hitam adalah digalakkan...bukan kaler warna-warni ataupun 7 kaler pelangi.

Lepas tu, pantang jumpa ni 13, nak kaitkan plak dengan iluminati.... piramid...firaun....
Yang 'pantang' tu taw x RUKUN SOLAT ADA 13?
Daripada berdiri tegak, sampailah tertib..adalah 13 perkara yang dilakukan dalam solat.
Orang kafir gebang2 kata nombor 13 pasal iluminati segala.
lu orang pon percaya. angguk. sampai ter-lupa RUKUN SOLAT kita.
Cuba lu orang kaji lagi filem THE ARRIVALS. sapa yang wat? Ahli sunnah ke syiah? kaji senyap2 jangan cepat melatah. jangan duk forward saja apa yang orang lain duk forward. kita ada ilmu. ada akal. ada agama.

Allah sukakan nombor ganjil. ingat lagi kelas agama kita dulu-dulu?

Pasal mende-mende ni aq suka senyap je. Malas nak amek port.
Sebab aq rasa mende-mende ni semua tak masuk akal.
Jangan sampai kita goyah apa yang kita pegang selama ni.

Sampailah aq terbaca artikel ni :::


*****************************************************************

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***



***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***



Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." 

Sebutlah Ariffin bukan Ipin
Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."



Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". 
kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

*****************************************************************

Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.HA.hA,HA,HA.Ha.Ha.HA.HA.HA.
Itu saja aq mampu cakap depan lappy nih.

p/s : Cuba korang cari mana datang bahasa Syriac dan Aramaic tu. Bahasa yang datang dari abad mana aq nak tanya?


artikel ni aq amek dr belog kira. kredit kat dia.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME