Cerita Bas

Wednesday, November 10, 2010 - si tukang karang : zey at 4:19 PM
Assalamualaikum~


nek bas SIHAT jum! konpem selamat =)

Sempena musim pulang ke kampung ni, xkesahla sebab cuti semester ke, cuti raya haji ke, aq rasa cam nak ingat zaman dulu-dulu.
Zaman aq muda remaja [ceh, cam dah tua sgt je]
Kisah aq dengan bas.


CERITA PERTAMA


tomboyish girl.
ok, aq memang xsangka aq boleh letak photo ahkak ni --_-

Kali pertama aq naik bas, umur aq 12 tahun.
Masa tu aq join lawatan g Cameron Highland.
Bestlaa....time tu zaman2 tomboyish gegila.
Port ktorang kat belakang tuh....
xsangka member aq yang otai tu, mabuk rupanya...
Asyik vomit je...eeyyuuww!
Tapi skang member aq tu dah lain....cun dia skang...dah x otai2..ganas2 lagi dah.
Zaman berubah, aq berubah...dia pon berubah.
Well, changes for better!
'Tahun pertama' dalam bas. xde apa yang menarik. 


CERITA KEDUA


hek eleh...rilek r...tetiba nak hangin plak?

Time ni aq study kat Penang.
Ulang-alik Muar-Penang naik bas.
Sepanjang jalan aq tido..selagi xsampai kat stesen bas...aq tido.. peduli hape aq!
Time ni aq kenal ngn 'busmate' aq nama dia : ema.
Chantek orgnya....hot n cool dia nih.
Cuma ada sekali...time tu amek muet, aq n ema xamek pada waktu yang sama plak.
So, aq joinlah bas nk g selatan..maknanya dalam bas tu semua student matrik aq.
Nak dijadikan cerita yang duk sebelah aq ni budak jb. Kecik je orgnya.
masuk je bas...cam biasa...aq tido...
Tetiba, aq terjaga.....entah nape ntah, aq rasa budak sebelah aq ni dah xde..
Mane dia pergi?? Dah gelap gulita ni..mane aq nmpak pape.
Nak kata dia dah trurun jb, xmungkinla sebab Muar pon xsampai lagi.

So, aq pon dengan langkah prihatinnya me-merayapkan tangan aq ke seat sebelah...yela, lampu tutup beb, siyes aq xnmpak apa!
Rupa-rupanya budak tu ADA.
Dia dah naik pelik + takut [maybe] bila tangan aq dah sampai kat lutut dia.
Cop. siyes shit  aq ingtkan dia xde ok?!


Budak sebelah aq ni trus bukak selimut dia..TERKEJUT!
Laahhhh...awat hang wat lagu tu? che ingtkan hang xdok dah!
Rupanya dia duk selubung satu badan dia dengan selimut.
Pehhhh....malu gila...mesti dia pikir aq yang bukan2.
Maka, aq pon teruslah pura2 tido tanpa sebarang sepatah perkataan sorry ke hape... supaya dia pikir yang aq ni MENGIGAU!
Lepas dari tu, bila terserempak dengan dia kat matrik, aq pon tersenyum sendiri. 
seb bek la time tu aq ada boyfiee, kalau xmesti dia cop aq : lesbo!


CERITA KETIGA


shoulder to lean on? duh?!

Tahun ketiga aq naik bas Seremban-Muar.
Ini time aq dah indie. Setakat balik sensorang. Aq gagahkan jer.
Bila naik bas aq suka duk dekat ngn tingkap....
Best skit tengok pemandangan luar.
Selalunya aq akan cuba duk sorang, maknanya sebelah seat aq xde orang.
Tapi kengkadang memang xley elak bila ada lelaki duk sebelah kita. 
Lepas tu, kalau naik bas tu, terlentok kat bahu org sebelah tu..biasalah..
Aq xkesa kalau dia 'alihkan' kepala aq sikit, daripada wat dunno je sampai kepala aq boleh parking baik punya kat bahu dia?! hampagas tul!
Dia ingt hape? i need a shoulder to cry on? duh! 


CERITA KEEMPAT 
yang xde kena-mengena dengan bas


lebih kurang camni kot situasi aq time tu~
credit : shout out louds

Ok, selain bas, kenderaan awam yang selalu aq naik adalah : KTM
Cerita ni berlaku sebelum wujudnya koc wanita.
Aq suka gila bila dapat seat. 
Yela, durasi perjalanan dalam 45 minit. Saket wo bahu aq ni angkut lappy kalau kena berdiri je! 
Cam biasa, dah dapat seat aq tido...
Yer, aq taw....perangai aq yang satu ni memang huduh gila kan.
Mak aq selalunya memang akan sentiasa ber-msg dengan aq utk elakkan aq tido. 
Tapi entah kenapa, aritu memang sangat penat!
Dipendekkan cerita, tengah lena aq tido ni...tetiba aq rasa xselesa, ada orang sebelah aq ni, duk tolak2 kaki dia kat aq.

Aq pon bukaklah mata sikit2...............
Ok, fine : SELURUH SEAT DEPAN AQ, N SEPANJANG SEAT AQ ADALAH SEMUA LELAKI!
Mata aq terbeliak...dan aq memang langsung xley tido! cuaxx!
Bila aq bukak mata tu...aq dengar ada mamat ni menganjing cakap cara aq tido....pehal?








p/s : Selamat Bercuti kepada semua. Drive elok2. Jangan jadikan jalan raya terlalu mencabar yer?


p/s/s : Esok last paper -ocean-. Lepas tu aq terus balik rumah. So, maknanya entri akan datang adalah berdasarkan rumah : keluarga, masak2 etc.
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME