BISKUT DAHLIA @ MENTEGA

Wednesday, September 1, 2010 - si tukang karang : zey at 10:49 PM
assalamualaikum~


korang pernah dengar x biskut mentega atau ada certain orang panggil biskut dahlia?
honestly, at first bila mak aq kata nak buat biskut ni, aq memang xboley tangkap bentuk biskut nih.
ni pulak 1st tyme mak aq buat biskut ni,
selepas digoda diajak oleh nyonya rumah depan aq yang memang suka ajak mak aq bergosip.
nasib baik lah, nyonya ni kira hormat jugaklah bulan puasa, kali ni dia lepak rumah kitorang, sambil bagi mak aq resepi. macam2 resepi dia bagi taw!
dan mengikut planning mak aq, banyak jugaklah biskut raya yang dia nak buat.
kalau selalunya tiap tahun cuma 1,2 jenis biskut raya je yang sempat buat.
yelah, mak aq kan kerja,..anak2 dara dia pulak dah merantau jauh. cewah!


cuti nuzul n cuti merdeka lepas, aq sempatlah tolong mak aq buat biskut raya ni.
selalunya kitorang akan buat biskut raya yang simple + senang + rasa cambest!


ni lah BISKUT DAHLIA
dah ingat??

ini tulisan nyonya depan rumah aq tu.
jap2 aq salin balik yer~

BISKUT DAHLIA

bahan-bahannya :
err..kali ni punya biskut raya, kita xguna timbang kilo yer. kita timbang guna gelas. olskol punya!
tips : bila buat kuih/kek menggunakan sukat gelas, sila guna gelas yang sama pada semua sukatan yer. xkiralah corak gelas camane~

tepung ubi        3 gelas
tepung gandum 3 gelas
gula                 1  1/2  gelas
mentega           1  1/2  gelas
kuning telur       4 biji
acuan biskut dahlia
ceri sebagai hiasan 

cara-caranya :
1. masukkan mentega dan kuning telur dahulu. kacau sehingga sebati.
2. kemudian, masukkan gula. kacau.
3. masukkan tepung gandum dan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil kacau.
tips : untuk mendapatkan adunan yang sebati, ambil masa yang agak lama semasa proses 'kacau' adunan.

 
kacau jangan xkacau. uhuk!

4. ok, dah selesai taruk [ayat johorian da... taruk = masuk/letak] semua bahan-bahan tu..maka jadilah adunan tadi sebagai 'doh'. doh ni pulak terpulang lah pada korang nak buat berapa sebab step lepas ni xde kena mengena dengan jumlah 'doh' yer.
 
tadaa....'doh' korang jadi rupe ni x??

5. seterusnya, masukkanlah 'doh' tadi ke dalam acuan korang.
err..memang aq akui, nak cari acuan biskut dahlia ni memang agak payah yer.
tips : aq suggest kat korang, bila dah dapat beli acuan biskut dahlia ni, tolonglah beli banyak2 dalam 3,4 ke....sebab acuan tu cepat patah [ker...aq yang ganas??? adess.entah!]


acuan biskut dahlia


lepas tu, susun kat atas loyang cumil2 camni yer.

6. final touch...letaklah buah ceri kat atas dia. ceri tu potong kecik2 yer. kalau boleh potong sehingga menjadi bentuk petak kecil.


siap dah!

7. last sekali, bakar biskut dahlia ni ke dalam microwave 17 minit dengan kepanasan 170 darjah celcius.



selamat mencuba!









nak buat biskut ke, kuih, kek....mestilah ikhlas, hati kena gembira.
kalau korang tengah m0ody, aq suggest kat korang, xpayahlah buat kuih,
tunggu bila hati korang ceria + gembira + suka baru boleh buat biskut. [peace!]

apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME