bidan terjun kelinci!

Sunday, September 26, 2010 - si tukang karang : zey at 1:40 AM
assalamualaikum~


akhirnya, aq dapat blogging setelah seminggu aq xdapat wireless kat uni tu... hergghh!!!
rindu berjalan2 kat belog korang gak.
ni aq ada kat rumah, bolehla aq blogging puas2..haha!


minggu lepas...sebelum aq balek uni = 19 sept 2010,
rabbit aq beranak....deliver babies yang cumil seramai 5 ekor.
1st time utk aq menjadi bidan terjun,
tapi mak aq da 2nd time da coz before dis rabbit tu beranak 9 ekor, mak aq yang handle....tp sekor pon xjadi...semua mati..yela..da ajal... =(


kali ni, ktorang menjadilah 5-5 ekor ni.....kami jaga bagai menatang minyak yang penuh. cewah!


tanggal 19 sep lahirlah 5 ekor baby rabbit yang cumil2 daripada keturunan kelinci.
kelinci ngan rabbit ada beza taw!


perbezaan kelinci dan arnab

1. jangka hayat kelinci lebih pendek berbanding arnab. kelinci hanya mampu hidup selama 5-10 tahun sahaja.
2. telinga mereka juga berbeza. kelinci mempunyai telinga yang tirus panjang berbanding arnab mempunyai telinga yang lebih lebar.
3. biasanya kelinci lebih kecil daripada arnab.

kelinci 

aq taw perbezaan ni pon dari pet shop.
dulu aq ingatkan kelinci cakap indonesia, arnab cakap malaysia,
rupanya kelinci n arnab 2 spesies yang berlainan.

dulu ktorang ada bela arnab..besar arnab tu,...tua dah beliau.
sekarang ni arnab tu kat rumah ak cik aq berkawan ngan kucing..hehe,

cara penjagaan rabbit n arnab sama je.

nak tengok baby kelinci? meh sini....

tali pusat pon masih melekat

5 ekor baby baru! 

aq berkenan ngan sekor yang kaler hitam tu....bulu dia cam tapir kan??
aq namakan dia 'si tapir' huhuuu.....

mak si rabbit ni bukannya heran ngan anak dia.
maka kitalah yang kena jaga mereka ni.
even time menyusukan babies ni pon mak dia xpeduli.

anak rabbit ni mestilah disusukan seminggu 2 kali dengan susu mak dia.
kalau x nanti bulu dia lambat lebat...xchantek lorr...tinggal kulit je...~
SEPANJANG waktu nak menyusukan, pegang telinga rabbit n kaki belakang nya kuat2 supata si rabbit xmeronta....

tengok la demo di bawah yer.
bukan kejam...tapi ni cara yang terbaik nak menyusukan anak rabbit ni.

sepanjang tempoh penyusuan, rabbit betina [mak] mestilah diasingkan daripada rabbit jantan [ayah] bagi mengelakkan mereka bergaduh sebab mereka memang pantang jumpa.

yang paling wajib, anak2 rabbit mesti diasingkan daripada ayah supaya tidak dimakan. seeloknya, letakkan rabbit di dalam sebuah kotak kecil diisi dengan kain lembut dan bulu2 emaknya sewaktu bersalin.

berlumba2 anak2 rabbit ni.

walaupun mata mereka xcelik lagi...tapi mereka pandai cari.


time ni kita bolehlah tolong anak2 rabbit ni menyusu.

dah kenyang..patah balik la tu...

masa anak2 rabbit ni baru lahir, kita xboleh selalu usap dia... ni bukan baby manusia.
kalau nak usap pon, lepas usap...sapukan tangan kita kat hidung si mak sebagai pengecaman sebab mak rabbit sangat xsuka bau lain, selain bau original anak2 mereka....~

si tapir.

dah kenyang...tido...tu jela rutin mereka.

cumil kan?? tido berhimpit-himpit....~























apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME