iklan merdeka yang paling aq suka!

Tuesday, August 31, 2010 - si tukang karang : zey at 10:52 PM
assalamualaikum~


hari ni 31 ogos 2010....
dah 53 tahun, usia tanah air kita merdeka.
soklan 'cliche' yang setiap tahun mesti timbul.
apa erti merdeka pada anda??


ceh, terasa semangat patriotik la pulak.
seingat aq tahun yang paling semangat jiwa patriotik aq ni,
tahun 2007. masa tu aq kat kem plkn.
peh, time tu la, aq cakap..semangat sayang aq kat Malaysia ni memang berkobar-kobarla,
perang olok-olok tu pon aq da rasa gerun nya, semangat nak selamatkan orang-orang kita...xkiralah kenal ke x...yang penting orang kita, bangsa kita.
tembok yang tingginya lebih berganda daripada tinggi aq pon, 
aq boleh panjat. 
yes, aq almost giv-up masa nak panjat tembok tu,
tp bila aq tengok balik muka-muka orang yang selamatkan aq,
aq jadi semangat! maka, lepaslah aq panjat tembok tu...


MALAYSIA BOLEH!



sekarang aq nak jawab balik soalan 'cliche' ni
apa erti merdeka pada anda??


merdeka zaman sekarang ni bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang.
ingat boleh suka hati ke balut jalur gemilang tu??
jalur gemilang dijadikan pakaian, balut kat bonet depan kereta...
ape ni semua???


pada aq, merdeka zaman sekarang ni...terletak dalam jiwa kita.
xyah tengok dalam konteks yang besar.
cukup kita tengok dari diri kita dulu.


independent= bebas, merdeka, berdiri sendiri. 
aq highlightkan kat sini berdiri sendiri. indie!
apa erti merdeka pada kita kalu kita sendiri xcuba untuk buat segala benda dengan titik peluh kita sendiri???
sikit2 nak minta tolong orang...
tolonglahh...indie la sikit!
aq balik johor-bangi sorang2..xde hal. ok je.
aq xsuka susahkan orang n sama gak, aq xsuka orang susahkan aq... haha!
selagi aq boleh buat sendiri...aq buat!!
unless lah kalau aq betul2 xboleh, barulah aq minta tolong orang yer.. =p


independent= bebas, merdeka, berdiri sendiri. 
bebas.
sekarang ni kita nak pergi mana2 pon, xde sapa halang.
xde pihak komunis wat sekatan lah...xde...
kita bebas pergi alamanda untu karaoke dan balik pukul 2-3 pagi tanpa halangan...*err..xde kena mengena* --_-
tp still, kebebasan tu bukan bermakna kita boleh buat suka hati je.
bila nak keluar, still kena bagitau parents, even korang jauh di mata sekali pon.
bila dah kahwin pulak, kena minta permission hubby nak keluar.. eh..eh... ke laut sudah.. =pp


oklah tu..penat aq membebel.
jom layan iklan merdeka ni....~



ni iklan merdeka yang paling aq suka.
cumill sangat kan?? 
iklan sekarang xde yang touching cam iklan2 yasmin ahmad dulu.



rindu yasmin ahmad.
~al-Fatihah~
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME