BISKUT KACANG

Monday, August 30, 2010 - si tukang karang : zey at 4:48 PM
assalamualaikum~


dah 3 hari dah aq duk kat rumah ni...
drpd cuti nuzul aritu sampai la merdeka, insya Allah esok barulah aq balek uni.
rasanya cam nk cuti terus sampai raya....
tp bak kata mak aq "kalau 4 flat setiap sem tu, xpelah nk ponteng kelas sekali sekala~" yelaa...mak... =)
semlm plak kp shahril [kp=ketua praktikum] msg aq
"esok [arini] kelas statistik ada macam biasa...so tolong bagitau rakan2 yang lain.t.ksh"
ni gak salah satu sbb aq mesti balek gak lpas cuti merdeka ni... yelaaa..kelas! hergh!!


sepanjang aq duk kat rumah ni siyesly aq cakap, heaven gila!
n guess wut...mak aq masak sup kaki kambing! 
lagipun, aq memang suka segala jenis kaki.
kaki aym aq makan, kaki lembu pon best gak taw, wat sup!! nyumm..nyumm!!
jgn jeles yer, sebab rasa nya memang terbaik!
my mom is the best c0ok la!!


sup kaki kambing!

cuti ni gak, aq ada tolong mak aq wat biskut raya.
ni aq rasa cam nak kongsi kat belog ni.
1st biskut yang ktorang buat : biskut kacang.
siyes, senang gila buat,,,sedap pulak tu...
rasa biskut ni sama je cam kacang tumbuk.
korang bolehlah try...senang je.

BISKUT KACANG

bahan-bahnanya :
1 kg kacang tanah
1/2 kg gula halus
1kg tepung gandum
sedikit minyak jagung

cara-caranya :
1. panggang kacang tanah tadi sampai kacang tu bertukar menjadi keperangan.
2. buka kulit kacang tanah tadi
tips : untuk lebih mudah, boleh guna kacang tanah yang sudah dibuang kulit
3. blend kacang tadi sehingga halus. 
tips : pastikan kacang betul-betul hancur
4. selepas itu, campurkan kacang tadi dengan gula. gaul hingga sebati.
5. kemudian, masukkan gandum sedikit demi sedikit.
6. untuk jadikan adunan tadi sebagai 'doh' campur minyak jagung sedikit demi sedikit.

'doh' biskut kacang

7. adunan 'doh' tadi bolehlah dijadikan bentuk mengikut selera masing-masing =)


bentuk daun pon boleh gak.

8. untuk cantikkan lagi biskut kita, boleh disapukan telur kuning di atas biskut tadi.
9. akhir sekali, masukkan dalam microwave.
kepanasan = 170 darjah celcius
masa = 15 minit

1 adunan bersamaan 5 balang kecil.
durasi masa = ~1jam 30 minit [tidak termasuk waktu membakar]


sudah siap!





p/s : senang je buat biskut ni, aq bet budak lelaki pon boleh buat...mudah + simple +sedap!





apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME