resepi muffin coklat [simple] =)

Wednesday, July 7, 2010 - si tukang karang : zey at 12:37 AM
last weekend, adik aq, azirah ajak wat muffin.
honestly, ktorg xpernah wat muffin
kalau ikutkan azirah, dia swoh je orter resepi kek coklat steamed y aq wat jadi muffin.
act, resepi kek n muffin, xlah jaoh beza...


jom belajar wat muffin coklat!
muffin y aq wat ni simple je...xdelah standard cam cupcake y cecantik jual kat luar tuh.
bolehlah wat minum ptg~


durasi masa pembuatan : 40 minit je [xmasuk baking time]
jumlah cups : 20
budget : kurang lebih RM 40  


muffin coklat


bahan-bahan 

400 g coklat masakan/bar   suggestion : baking chocolate VAN HOUTEN
140 g butter                     suggestion : butter cup
4 biji telur
100 g gula halus
120 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
toppings [anything]


cara-cara

1. cairkan coklat bar dgn kaedah 'double boiler'.
tips
: potong coklat bar kepada kepingan kecil  
: didihkan air dlm periuk. sementara itu, letakkan coklat bar dlm mangkuk [pastikan mangkuk     lebih bsar drpd periuk]. apabila air telah mendidih, tutup api dapur, kemudian letakkan mangkuk yang berisi coklat tadi ke atas periuk.
: kacau coklat agar lebih cepat cair.

 coklat bar yang dipotong kecil

2. pada masa yang sama, cairkan butter.
3. apabila coklat sudah cair, masukkan ke dalam butter [yang telah dicairkan]. kacau sehingga sebati.

butter dan coklat cair dikacau sebati

4. pada mangkuk lain, masukkan telur dan gula halus. kacau sehingga sebati.
tips
: blend gula biasa untuk dapatkan gula halus
: jika menggunakan coklat yang sudah manis, bolehla kurangkan timbangan gula halus

telur n gula halus

5. [sementara itu panaskan oven] masukkan coklat tadi ke dalam mangkuk telur. gaul rata. 
6. selepas itu, masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tadi.
tips
: tepung hendaklah diayak untuk mengelakkan adunan tidak sebati
7. susun cup ke dalam loyang
tips 
: sapu c0oking oil terlebih dahulu ke atas loyang, supaya cup tidak melekat pada loyang


  susun camni yer,

8. masukkan 3/4 adunan ke dalam cup

tadaa....eh..jap..xsiap lg nih~

9. last touch..letaklah toppings suka hati korg yer, as for me,aq letak cip coklat putih.

 white chocolate cip

10. lastly, bakar selama 40 minit pada suhu 170 darjah celcius. selamat mencuba!

simple! muffin coklat

senang je wat muffin even boys can try dis, u guys can giv it to the one u luv [like ur mom...etc]
apa u'all rasa? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WALK OF FAME